Janganlah hanya tumpukan kepada faktor kekuatan ekonomi semata, tentang globasisasi , tentang kecemerlangan akademik individu tapi dipinggirkan faktor Nasionalisma atau Patriotisma. Kita memperkatakan tentang Perpaduan Nasional melalui Satu Bahasa. Faktor SATU BAHASA yang menjadi teras kepada Unity in Diversity.
Kerajaan hanya mempromosikan konsepnya saja iaitu Perpaduan dalam Kepelbagaian tapi amat jarang sekali mahu memperkatakan BAGAIMANA mahu mencapainya tanpa SATU FAKTOR PENGIKAT. Umpamanya contoh yang sering kita dengar tentang betapa rapuhnya sebatang ranting tapi bila digabungkan dengan ranting2 yang lain, ia menjadi kuat. TAPI FAKTOR PENGIKAT ranting2 tersebut tidak pernah mahu diperkatakan.
Tidak ada langsung keinginan dikalangan kaum cina untuk baik NGO mahupun pemimpin politik mereka untuk menitikberatkan kefahaman Bahasa Kebangsaan dalam pendidikan sekolah cina. Segala tuntutan mereka hanyalah demi memartabatkan sepenuhnya bahasa cina.
Malah mereka ketahap mahu mensekolahcinakan kelas peralihan ! ( Ada saya sentuh tentang ini di SINI ) Kelemahan pelajar cina dalam menguasai Bahasa Kebangsaan tidak pernah mahu diambil serius. Seperti yang sering saya katakan , bagi mereka TIDAK ADA KEPERLUAN untuk orang cina mahir dalam Bahasa Kebangsaan.
Ternyata kerajaan tunduk kepada tuntutan mereka demi menagih sokongan politik. Dan saya tidak nampak sebarang perubahan sekiranya pembangkang yang berkuasa malah keadaan akan menjadi semakin teruk kerana tidak mustahil matlamat orang cina mahu meletakkan bahasa cina SAMA TARAF dengan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan menjadi semakin cerah.
BILAKAH AGAKNYA AGENDA NASIONAL AKAN MULA MENJADI PERTIMBANGAN UTAMA DALAM KERAJAAN MERANGKA DASAR PENDIDIKAN NEGARA ?
Kalau sememangnya sekolah cina tidak mungkin dihapuskan, maka pastikanlah Bahasa Kebangsaan tidak dipinggirkan. Perpaduan antara kaum TIDAK MUNGKIN wujud tanpa SATU BAHASA. Dan kalau kerajaan mahu menggalakkan kemahiran dalam pelbagai bahasa sekalipun, PASTIkan SEMUA sudah mahir dalam Bahasa Kebangsaan terlebih dahulu !
Artikel Dr RT diSINI adalah sama sekali lain cuma saya ambil rohnya saja :) Silalah kesana dan baca.
Menarik satu ungkapan yang diberikan oleh Dr RT yang didakwa beliau menjadi bisikan sesama ultra kiasu dikalangan orang cina - huan na ceng ko, teng lang cau lo - bermaksud pastikan Melayu terus mundur, orang Cina mesti ke hadapan.




+ comments + 4 comments
Salam Din,
Memang betul sangat komen Dr RT ini..dah lama pun benda ni diaorg perjuangkan...cuma baru sekarang ni nampak nyata dan semakin vokal (dulu mgkin bnyk yg dipendamkan dari umum)..kenapa yer? Sebabnya melayu dah bnyk pecahannya dan bnyk sgt polemik (infighting) sampaikan agenda bangsa dan ugama pun tiada siapa ambil peduli...semuanya pentingkan survival diri masing2...
kalau kita perhatikan political maneuver ultra kiasu ni banyk ditiru dari golongan yahudi zionist di amerika...dan kalau kita perhatikan lagi benda ni bukan secara kebetulan kerana kepala ultra kiasu ni yg berpusat di Pulau Pinang ni memang berkiblatkan mentor diaorg di S'pura yang mendapatkan pula ilmu ni dari Israel.
JZ
Nampaknya terperangkap juga TPM kita dengan agenda kaum Cina ni. Saya ingat beliau lebih hebat daripada itu. Divide and conquer, divide orang Melayu, conquer Malaysia.
Kalau sesama Melayu sendiri berebut kuasa, inilah jadinya. Tapi saya lihat pemimpin cina juga tidak ada kesungguhan untuk mengutamakan agenda nasional melalui bahasa Kebangsaan.
Pemimpin cina pun berebut kuasa tapi bezanya mereka berlumba tunjuk siapa yang lebih kiasu!
Betul tu Din, dulu lagi sepatutnya semua pemimpin politik melayu- baik dari pembangkang mahupun dari kerajaan kena buat taktik ni..masing2 berlumba2 nak majukan bangsa...nk lebihkan bangsa...barulah agenda melayu terus subur dan berkembang..tapi dah natijahnya melayu ni 'kurang cerdek' dlm berpolitik maka apa saja yg dibuat hanya akan membantai dan merugikan bangsa sendiri...mungkin warisan dari seorang bekas PM yang selalu lelah kot..
Post a Comment