Pesanan Saya Kepada Budak2 Nakal dan Pas di Dataran Merdeka | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pesanan Saya Kepada Budak2 Nakal dan Pas di Dataran Merdeka

Thursday, April 19, 201212comments

Katanya budak-budak nakal di Dataran Merdeka kena serang samseng awal pagi tadi ?

Kalau tanya sayalah, jawapan spontan saya adalah - PADAN MUKA !

Tak kesian ker ? Kesian tu memanglah kesian, dan saya juga tidaklah nak menyokong tindakan penyamseng itu tapi dalam kes ini, apa yang boleh saya katakan adalah - Sendiri cari penyakit !

Terbaru kabornya Pas nak hantar pengakap mereka jaga keselamatan budak-budak nakal tu ? Aduuuh, kenapalah bengapnya diorang ni ? ?

Ginilah, saya nak bagi nasihat kat adik-adik kita tu , pertama saya respek semangat dan kecekalan anda, dan anda bijak menarik perhatian rakyat dengan cara anda bermain dengan isu. Tapi masalahnya, ISU yang dipilih itu TIDAK MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT !

Mansuhkan PTPTN ? Siapa sebenarnya yang sokong ? Hanya mereka yang berhutang dengan PTPTN dan itu  pun bukan semua DAN mereka yang menjadi penyokong Pembangkang yang akan ikut buta jer apa saja isu asalkan ianya dilihat menentang kerajaan.

Tidakkah anda hadiri kursus DEMO 101 ? Perkara utama yang menjadi asas kepada kejayaan sesuatu demo adalah ISUnya kena tepat, ISUnya mestilah isu yang mampu dirasai oleh rakyat, ISU yang mampu connect dengan hati rakyat.

Cubalah renung dan fikirkan kembali - benarkah isu PTPTN ini mewakili rakyat ? Percayalah, ramai yang melihat isu PTPTN ini sebagai ISU POLITIK semata-mata !

Anda hanya memperbodohkan diri dan kumpulan yang anda wakili dan PAS pula, bilala nak belajar cari isu yang benar2 intelligent ? Sedar atau tidak yang rakan-rakan anda dalam PR tidak respek langsung kepada Pas dan pemimpinnya ? Tengok, ada pemimpin Dap ikut sama dalam isu PTPTN ini ? Mereka nak sebut pun malu sebab takut ditertawakan oleh kaum cina !

Sekiranya anda semua bertekad untuk meneruskan kerja bodoh dengan berkampung diDataran Merdeka, silakanlah. Memang ramai yang masih menyokong 'perjuangan' anda tapi mereka hanyalah terdiri dari mereka yang saya sebut diatas.

Anda hanya menyisihkan kumpulan anda dari rakyat kerana rakyat melihat perjuangan anda sebagai perjuangan kumpulan minoriti yang TIDAK mewakili keperluan asas rakyat. Lainlah kalau keadaannya adalah rakyat tidak mendapat bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran dan kumpulan anda memperjuangkan supaya diwujudkan satu skim seperti PTPTN, saya pasti perjuangan sebegitu akan mendapat sokongan penuh !

Saya beri nasihat ini kerana memikirkan anda semua adalah sebangsa dan seagama. Politik, politik juga tapi orang bila melihat gelagat anda, mahu tidak mahu akan terlintas juga difikiran mereka - Apalah pendeknya akal orang Melayu / Islam ni ..... Takde benda lain dah ke untuk mereka perjuangkan sampai begitu sekali mereka bertindak ?

Saya malu melihat kaum sebangsa dan seagama saya diperkudakan sebegitu rupa oleh mereka yang berkepentingan politik.

Akhir kata, HENTIkanlah ... cari ISU LAIN yang lebih relevan dan ada ummph ! selain dari isu PTPTN ini.

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
April 19, 2012 at 5:44 PM

Apa la budak2 ni tau, bila suruh demo, depa pi, dapat ganjaran, bila UMNO bg makan, depa sapu, sbb PR x bg budget makan. Bila kena serang, salahkan UMNO...makan nasi dari org UMNO, tp kena pukul, salahkan UMNO..tu semuia di ajar kepada budak2 ni. Tgk lah bertapa BODOH nya budak2 sekarang yg mengaku mahasiswa....kalu pelajar luar negara lain tgk...depa mwesti kata , bebudak2 ni x tahu bersyukur dapat sebuah kerajaan yg perihatin selama ni

....................
Reply To This Comment ...................
April 19, 2012 at 6:46 PM

Bukankah kerajaan yang sah telah minta mereka bersurai tetapi mereka degil, mereka menunjukkan kesamsengan terlebih dahulu sebelum satu lagi samseng datang menyerang.

Samseng dengan samseng elok kita jangan masuk campur.

Budak sekolah menengah kalau dia hisap rokok dia dah rasa dewasa, budak U bila dia dapat demo dia rasa dia dah jadi pemimpin. Datang malaon gosok belakang, puji2 - pungkoq kembang.

Bila pungkoq kembang ada satu lagi malaon dok usya...hampa perabih sendiri ayat tuuuttt..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2012 at 6:52 PM

patut pembangkang menjadi pembangkang yg lebih baik iaitu menengahkan usul2 untuk membangunkan negara dengan memberi contoh dengan mentadbir negeri yg di perintah dengan lebih baik dari BN, ini tidak nak menjahanamkan je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2012 at 7:15 PM

derang akn kata tu samseng umno upah. hahaha dasar org gile obses ngan umno

pastu ade org akan kata x kisah asal ABU maka semua perjuangan sanggup ditempuhi(org kita yg x cerdik la) tp ingat tuhan x suka org melampau2 hatta dlm semangat ABU pn. kalau masih x buta bisu dan pekak, ambil la yg baik buang yg x baik tu

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2012 at 8:10 PM

Boleh le kot kalau pihak PR pula buat mcm tu.Yg awak tu cerdik ke.Ada akal tak tau nk berfikir.Budak2 mahasiswa tu di kata kn salah.Yg samseng tu betul.PTPTN tu hutang bro,mna pergi biasiswa?Dn kamu berpegang dgn iktikad agama apa.Islam tk pernah mngajar bersyukur pd manusia cuma pada yg Esa.Pelajar2 di paksa membayar hutang sedang kn cukong2 yg berhutang boleh pulak di lupuskn.Cuba semak knp BBMB dn Sime Bank gulung tikar!dn baca jg kes Tajudin Ramli.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2012 at 9:05 PM

Cayalah Kluangman...wa kenal lu beb..wa rasa lu pun spesis dia org kan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2012 at 11:03 PM

Kuiz: .... Berapa jumlah IPTA dan IPTS di Malaysia ? Berapa jumlah mahasiswa IPTA dan IPTS ? Berapa ribu jumlah mahasiswa yang melepak di Dataran Merdeka ? Muka yang sama bila ada demo ,,Jawab sendiri ..

....................
Reply To This Comment ...................
April 20, 2012 at 12:06 AM

sejak isu ni kecoh ada benda yg menarik perhatian saya...bila tgk video dan gambar2 yg disiarkan kita akan rasa pelik macammana PAS boleh bersekongkol dgn org Islam yg tak Islamik..ada tomboi botak perempuan pon join sekali, yg ngaku syiah pon join sekali, geng2 pro komunis pon ada jugak..solat tgh jalan satu saf dgn bukan islam yg meniru perbuatan solat org sebelah yg tah sunat ka tak pon x tau...sedangkan budak kecik yg tak sunat pon kalau solat sebelah dia bersentuhan kulit leh batal solat..pk pk la sendiri

setahu kita Pas ni amat lantang menghentam UMNO kalau perilaku atau perbuatan umno yg tak Islamik tapi boleh pulak bergabung dgn org2 yg tak Islamik hanya sbb geng depa...siap nak hantaq unit amal p berkawal hahaha

rasanya situasi la ni dah nak sampai boiling point la...kalau jadi apa apa kita jgn terkejut la sbb semua org patut boleh expect benda buruk akan berlaku kalau situasi sekarang berterusan...ramai org yg dok pendam perasaan dgn perangai PR yg buat hal ikut suka mak bapak depa dan dgn kerajaan BN yg pengecut nak ambil tindakan/kuatkuasa undang2...kalau PR boleh langggar undang2 awat pulak geng yg benci PR tak leh ambil tindakan sendiri...sama sama tak ikut undang2 la haha

PKR dan DAP selamat buat masa ni sbb parti kedua terbesar melayu Islam Pas dgn depa saja..kalau tak dah lama kena belasah geng2 adam adli Pukimak tu kena ...tapi kalau malayu lawan melayu pon negara tetap huru hara...org lain yg jadi batu api pon x selamat jugak....airport nanti semua kena kepung jgn dok lari nak keluar malaysia nooo

lagi satu walaupon saya bukan ahli umno tapi saya mula terasa hati kalau ada cina dap yg dok kutuk UMNO ...senang saja depa cop melayu yg tak setuju dgn depa org umno walhal takdak kena mengena ngan umno pon

semenjak PR menang besar dan semenjak DAP tunjuk taring sebenar ...sikap prejudis saya terhadap bangsa cina makin menebal...dah makin meluat pon ada jugak...tapi nasib baik ada jugak golongan cina yg tak sokong DAP dan boleh berfikir/bertiindak untuk kepentingan negara yg buat kita cool down sket

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 20, 2012 at 12:11 AM

Dah tak isu lain ke?Mentang-mentang 60% pengundi terdiri daripada orang muda,mereka pun carilah isu orang muda..orang muda jangan cepat melatah.
Mereka hanya nak menanguk di air keroh...ambil kesempatan sahaja.Bukan nak apa?

....................
Reply To This Comment ...................
April 20, 2012 at 12:25 AM

Inilah jadinya jika budak2 kemaruk nak berpolitik. Dan inilah sebabnya pas ngan pkr berebut2 nak auku dimansuhkan supaya dia dpt gerakkan lembu2 ni supaya menjayakan cita2 politik dorang. Mana anak hadi awang, anak nik aziz, anak anwar, anak guan eng, anak karpal singh? semua tido tilam empok ber aircon...sedangkan yg kurang akal ni duduk tido atas batu...jgnlah malaysia ni byk jenis2 ni...malang lah generasi selepas mereka nanti..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 22, 2012 at 11:12 AM

BETUL...

APA HAK MAHASEWEL TU BERKHEMAH DI SITU TANPA DIPAKSA KELUAR?

JADI ORG AWAM MCM AKU PUN BERHAK LA BERKHEMAH KAT SANA. POLIS ATAU DBKL WAIMA KERAJAAN TAK BERHAK KACAU TAU..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2012 at 7:43 PM

Budak2 pra-matang. Mendengar separuh, faham suku, berfikir kosong..

OBOC

Post a Comment

.............................BERITA DARI WEB PORTAL...............................