Mohon Penjelasan Pendirian Kerajaan - Pelajar Dan Bersih 3.0 | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mohon Penjelasan Pendirian Kerajaan - Pelajar Dan Bersih 3.0

Wednesday, April 11, 20122comments

Yayasan Terengganu akan bertindak tegas dengan menarik balik pinjaman mana-mana pelajar yang terlibat dengan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

“Penamatan serta-merta pinjaman ke atas sembilan pelajar di Mesir yang didapati bersalah menyertai perhimpunan haram Julai tahun lalu seharusnya menjadi pengajaran berguna buat pelajar yang lain agar tidak menyertai aktiviti yang merugikan diri sendiri." tegas Timbalan Pengarahnya  Mohd Razali Mahmud.

“Justeru, peringatan ini diharap mampu menyedarkan pelajar, kerana fokus utama mereka adalah mencari ilmu dan belajar bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan, bukan dengan terbabit dengan kegiatan yang jelas tidak memberi manfaat,” Sinar

Artikel ini bukan hendak mempertikaikan keputusan YT itu, secara logiknya YT selaku pihak yang mengambil risiko memberi pinjaman seharusnya punya hak untuk menentukan  syarat-syarat pinjaman. Atas pemohon , ibubapa dan para penjamin samada mahu terima atau tidak.

Kalau tidak setuju dan MAHU melihat anak-anak mereka atau pelajar yang dijamin , terlibat dalam politik maka JANGAN TERIMA pinjaman dari Yayasan Terengganu. TIDAK ADA PAKSAAN untuk tandatangan perjanjian tapi KALAU DAH TERIMA dan sign, maka pelajar TERPAKSALAH akur dengan perjanjian.

So Mudah and So Simple ! Kalau syarat sebegitu mudah pun pelajar tak boleh nak faham, saya meragui kelayakan mereka terpilih untuk ditawarkan pinjaman !

                                               **********************

OK, itu satu hal. Satu hal lain pula, saya masih tertanya-tanya pendirian kerajaan terhadap penglibatan pelajar dalam Bersih 3.0 kali ni dengan mengambilkira dua perkembangan terbaru -

Pertama - Kerajaan dalam proses membuat Pindaan AUKU yang akan membenarkan pelajar terlibat dalam aktiviti politik diluar kampus.

Kedua - Bersih 3.0 sudah mendapat permit Polis, bermakna ia adalah Demo Halal.

Nanti saya duk hentam para pelajar yang terlibat dalam Bersih3.0 sebagai membuang masa, tidak mengutamakan pembelajaran akademik bla bla bla tapi kerajaan @ Kementerian Pendidikan sendiri tidak punya masalah ....... tak ke masalah lain pulak nanti sebab saya akan dilihat sebagai menentang polisi kerajaan pula !

Tak nak retoriks, tak nak kenyataan umum .....saya nak tahu secara spesifik - APAKAH PENDIRIAN KERAJAAN TERHADAP PELAJAR YANG TERLIBAT DALAM PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 ?

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2012 at 6:56 PM

salam bro,

tonton berita tv, dia kata ramai pelajar cemerlang tak payah bayar pinjaman. tukar jadi biasiswa. ramai pelajar cina tak payah bayar sebab cemerlang. lebih 8 libu. pelajar melayu ramai kat ipt, jumlah yg tak bayar pun ramai, lebih 2 libu aje. india pun ramai kat ipt, tak ingat la pulak jumlah dia. kurang 2 libu daripada jumlah pelajar melayu.

rasanya kerajaan kena tukar la, sapa yang banyak berdemo, bercakap, lulus takat c dan d, patut tak payah bayar pinjaman. mau lebih daripada 8 libu pelajar melayu yg tak perlu bayar pinjaman. baru boleh lawan pelajar cina. mesti yayasan terengganu fening-fening mau cari pelajar yang tak berdemo. minta yayasan terengganu senaraikan pelajar cemerlang yg tak perlu bayar pinjaman.

....................
Reply To This Comment ...................
April 11, 2012 at 11:42 PM

Bahana meritrokrasi .... kesan jangkapanjangnya bagaimana ?

Post a Comment

.............................BERITA DARI WEB PORTAL...............................