Eh, ko tau tak... ada orang ambik gambar Nuar ngan Sidar makan aiskeeeriiiiiimmmmm .....
Dah tu kenapa ?
Nuar tu siapa ?
Tuuuu, yang selalu kuar TV tuh. Ayah aku cakap dia dulu kuar penjaraaaaaaa...
Mesti orang jahat kan ?
a-ah la, ayah aku pun ada cakap. Nuar kena penjara sebab dia tembak belakang orang.
apalah .. orang tembak depan-depan, dia tembak belakang. Koboi pun tembak depan.
Sidar tu sapa ?
Gepren Nuar la..
Abih tu, apa jadi ?
Ayah aku cakap, sipenjual aiskrim tu ... aaaaa... nama ia Nala, ia ambil gambar video Nuar ngan Sidar tengah makan aiskeeeriiiiiiiimmmm...
eeeee.... tak malu, orang tua pun nak makan aiskrim
eh, tak per apa.. ayah ngan mak aku selalu makan aiskerim. OK jer.
habis tu kenapa orang bising ?
meh sini aku bisik, ayah aku kata benda ni rahsia. Jangan kasi tau orang lain. Aku nak citer kat korang berdua je tau.
Eh, ko suka aiskerim apa ah ? Aku suka cokelat.
Cokelat tak best, seteroberi lagi sedap.
Nuar tu suka aiskerim apa ?
Ayah aku cakap, diorang masa ambik gambar tu tengah makan aiskerim batang.
ish, sedapnya ..... ko pernah makan aiskerim batang ?
Pernah, dulu sekali. Ia warna merah.... pastu kat hujung ia warna gelap sikit..
haaaa.... aku tau, aku tau... kat hujung tu ia bubuh kacang kan ? Sebab tu warna ia gelap.
Hei dengarla ni, aku nak bisik ni !
Ha... citer la
Korang tau tak kenapa orang bising ? Sebab ayah aku cakap, diorang makan aiskerim haraaaammm ..
Hah ? Ia bubuh babi ke ?
Taaaaak, Nuar curi airkerim dari Nala. Dia tak bayar pun. Pastu dia lari ngan Sidar. Diorang masuk semak nak makan aiskerim haram tu. Meleleeeeeeeh ...
selekehnya !
ish.... tak baik curi ! Kenapa dia curi ? Nuar takde duit ke ?
Taaak, ayah aku cakap, Nuar banyak duiiit.... Tapi dia memang suka benda haram.
Tak baik betul... masuk api neraka dia ngan Sidar sebab makan benda haram
Nala yang jual aiskerim tadi, kejar diorang. Dia bawak kamera video. Diorang tengah sedap makan aiskerim batang tadi tak sedar pun Nala ambik gambar video.
oooooh .... patutlah orang besar sume bising tadi.Tak senonoh !
***********************
dari mynewshub
KUALA LUMPUR – Senator Datuk S.
Nallakaruppan hari ini tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi
menyerahkan bahan bukti berhubung salah laku moral yang didakwa
dilakukan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar
Ibrahim kepada peguamnya, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.
Bahan bukti tersebut diserahkan di
perkarangan lobi Mahkamah Tinggi dengan disaksikan beberapa orang
pengikut setia beliau yang hadir menyokong tindakannya.
Bahan bukti yang disampaikan oleh Nallakaruppan itu adalah berbentuk rakaman video.
“Ini (pita rakaman) saya
serahkan kepada peguam, Shafee akan bawa ke mahkamah. Semua bukti ada
dalam pita ini. Saya berikan tanggungjawab ini kepada Shafee untuk
menjaga dan menyimpan bukti ini dengan baik,” kata Nallakaruppan di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan
bahan-bahan yang terkandung dalam pita video rakaman tersebut dan
segalanya akan terungkai dalam perbicaraan nanti.
Dalam sidang media itu juga,
Nallakaruppan sekali lagi mendesak Anwar untuk mempercepatkan tindakan
saman yang dibuat oleh Penasihat PKR itu.
“Saya sedang menunggu ketibaan Anwar di
mahkamah dan saya mahu Anwar percepatkan perbicaraan kes saman beliau
terhadap saya. Jangan gantung kes ini tak bertali. Saya cabar Anwar
saman saya RM500 juta. Saya juga cabar Anwar membuat kenyataan terbuka
mengatakan saya seorang pembohong.
“Saya tidak sabar mahu
menceritakan di mahkamah berkenaan hubungan sulit Anwar dengan Shamsidar
Taharin. Saya ingin menceritakan bagaimana Anwar makan ais krim bersama
Shamsidar,” katanya.
Nallakaruppan juga menegaskan tidak akan
sekali-kali gentar dengan tindakannya membongkar sikap Anwar walaupun
sudah diugut sebanyak dua kali pada bulan lepas termasuklah kereta
sahabatnya, U. Thanothaaran telah dipecahkan oleh tiga orang samseng
pada 5 April lalu di Sri Gombak.
Nallakaruppan menerima notis saman
sebanyak RM100 juta daripada Anwar sebulan yang lalu selepas beliau
mendedahkan pemimpin PKR itu sebagai seorang biseksual.
Ekoran dari notis saman itu,
Nallakaruppan mendesak Awnar mempercepatkan saman dan prosiding
perbicaraan mahkamah supaya beliau dapat membuktikan Anwar sebagai
biseksual dan juga sebagai pesalah laku moral dengan memberikan
bukti-bukti kukuh yang ada.
********************************
Ko kenapa tadi aku tengok macam orang takuuuut jer ?
Dia baru bangun tiduuuuur, dia mimpi hantu tadi
Betul ke ? Ko mimpi hantu apa ?
Ish, tak nak cakap la... takut !
Laa.... mana ada hantu siang2 nih ? Cakap la, ko mimpi hantu apa tadi ?
Hantu tu besaaaaaar .... warna gelaaap je. Orang kata ia Hantu Pulut Kuning !
eeeee...... takuuuutnya ....
Aku pun nak balik ah, takut !







+ comments + 7 comments
hahaha bro ni mcm2 la! yang tulisan warna coco tu mesti anak bro kan ? takde orang lain yg boleh kelentong sunat mcm tu !
kalau anak saudara yang bertanya kenapa semua orang heboh tentang video makan aiskerim Anwar, saudara nak cakap apa ? :))
AKU DAH AGAK DAH ! DINTURTLE MESTI BUAT LAWAK ICECREAM HAHA DAH BOLEH BACA BRO..GAMBAR NALA SIPENJUAL ICECREAM TU MEMANG MASUK..CANTIIIK..
hahahhaha gambar terakhir dgn dialog tu yg tak leh tahan tu...powahhhh pok chik dinPenyu.....
hahaha...sakit perut siottt..terbaikkkk
Assalam Bro
Boleh buat skrip drama Bro... pecah perut ketawa... Risau juga Bro... anak yang kecik tu dah pandai baca akhbar dan suka bertanya yang mana dia tak faham... Parah Bro kalau timbul cerita orang tua kutuk ni.... Barasap nak jawab...wakakakaaa
bolehlah guna cerita diatas buat panduan :))
Post a Comment