“Saya duduk di kerusi bernombor tujuh sebaris dengan Azmin (tiga) tetapi tidak mendengar apa-apa yang didakwa oleh Rahman,” Sinar
“Mungkin dia (Rahman) ada buat pembedahan plastik surgeri ke apa,hingga boleh mendengar sebab jarak antara kami adalah jauh kerana saiz kerusi tersebut agak besar."
Malah Khalid mempertikaikan mungkin Dr Rahman TIDAK ADA pun dalam majlis itu dan sengaja mereka-reka cerita !
“Kenyataan dia (Rahman) mengelirukan apabila mengatakan duduk di depan ahli parlimen pembangkang padahal kita tidak duduk asing malah bercampur bersama ahli parlimen BN.
“Jadi saya pertikaikan sama ada dia hadir dan sekiranya ya maka apakah nombor kerusi dan barisnya?”
Hanya kerana Khalid tidak mendengar tidak bermakna kejadian itu tidak berlaku. Kita kena ambilkira faktor kedudukan nya waktu itu, iaitu di TEPI selang 4 kerusi. Suara lebih jelas kepada mereka yang berada didepan muka orang yang bercakap berbanding mereka yang ditepi.
Satu lagi persoalan, apakah Khalid juga menuduh P Kamalanathan juga menipu ?
Sebenarnya ada atau tidak cctv atau rakaman ketika kejadian ? Bagaimana dengan saksi lain yang berada berdekatan kumpulan terbabit ? Kenapa mereka tidak mahu tampil dan memberikan versi mereka pula ?
Isu dah jadi panas dan dilapurkan banyak media, seharusnya mereka semua tampil tanpa perlu disuruh ! Rakyat nak tahu dengan pasti, apakah benar berlaku sebagaimana yang didakwa oleh Dr Rahman dan disahkan oleh P Kamalanathan.
PS - Baca kenyataan Hasan Ali @ JATI mengenai isu ini - KLiK




+ comments + 8 comments
hello khalid, kamu gagap, org gagap memang pekak badak sikit. Tanya doktor. Apa lah kau ni.
selagi tiada bukti audio atau video serta saksi2 berwibawa tampil memberika versi mereka tentang insiden tersebut,selagi itulah semua ini dilihat sebagai spekulasi semata...
Khalid duduk selang 4 baris jauhnya. Secara logik jika khalid dpt mendengar omelan2 itu maka seluruh baris depan dan belakang juga dpt mendengarnya walaupun tidak diketahui biji butirnya. Maka saksi khalid juga tidak terpakai. lagipun dia kan member gereja takkan kita nak dengar cakap dia.
PENIPU. Dr Rahman sebenarnya dia MENIPU tu ajer ... maklum nak dapat gelaran Dato' kena laa menonjolkan diri .. agar diberi perhatian oleh pemimpin BN.. saya sendiri bolee buat semua perkara macam nie .... cuma perlu pen dan kertas .. pastu imagine apa yang patut...
mungkin dr rahman menipu, tapi memang bodohla dia nak menipu dlm keadaan begitu sbb risikonya terlalu besar. Kamalanathan pula? pemimpin PR pula kenapa melatah? Bukankah kelebihan buat mereka siasatan dilakukan biar terbongkar penipuan rahman? ni habis semua melatah kenapa?
In the first place, dah tau pembangkang ni memang tak suka institusi diraja, kenapa jemput diaorang datang sama? Beruk dapat cincin, gitulah jadinya. Kerajaan ni baik sangat, baik tak bertempat.
saya pun x suka jika jemput puak2 yg x hormat Raja2 pada majlis macam tu...tp harus di ingat..Raja kita adalah raja kepada semua rakyat jelata..termasuklah pembangkang..dan seharusnya x kiralah kita sbg rakyat samada pihak kerajaan
atau pembangkang mestila tau adap tatsusila sebg tetamu jemputan dan taat setia pada Raja ..jgn belagak cam samseng di hutan..
SEMUA ADUN DAN AHLI PARLIMEN WAJIB HADIR...BUKANKAH SEBELAH AZMIN DR MAT ZIN DARI UMNO?HARAP BELIAU BERI KENYATAAN
Post a Comment