........... Drama Menarik Di Sijangkang Kuala Langat | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Drama Menarik Di Sijangkang Kuala Langat

Saturday, April 7, 20128comments

Kisah yang dibongkar oleh blogger Double Y ini memang macam cerita drama tv la. Sebelum penyakit drama bersiri melanda negara, biasanya plot-plot sebegini banyak digunakan jika drama memaparkan kehidupan kampung. Fokus utama adalah perebutan kuasa dan selalunya yang direbutkan adalah jawatan Ketua Kampung atau JKKKKK atau Imam mesjid.

Dicampurlah dua-tiga plot sampingan macam anak dara tuk imam berkasih dengan anak teruna sipencabar tadi, atau kumpulan yang fanatik agama cuba memaksa orang kampung menerima fahaman mereka bla bla bla ...  tapi plot utama adalah Jawatan, dan tujuan perebutan Jawatan itu adalah kerana kuasa dan wang.

Double Y hanya mengulas tentang plot utama, jadi saya tak pastilah samada melibatkan watak sampingan seperti diatas, tak juga disebut tuk imam itu ada anak dara ke tidak ....... Ok serius. Fakta yang BENAR -

Jawatan - Nazir Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang
Lokasi - Sijangkang Kuala Langat
Status - SEDANG HEBUH
Isu - Politik Umno-Pas , Kuasa DAN Wang.

Hj Yassin


Isu bermula bila Ketua Pemuda Pas Sijangkang Abd Ghani Abd Manaf menulis dalam FB -
Dari atas kita difahamkan Hj Yasin yang merupakan orang Umno adalah otai mesjid situ dan tahun 2008 bila Pas menang, Pas ambil alih pengurusan mesjid. Ghani dakwa waktu penyerahan jawatan dan tanggungjawap, tabung mesjid takde duit langsung. Walaupun mengambilkira Kutipan derma dan dana kerajaan serta hasil kebun milik masjid seluas 35 ekar. 

Dalam 4 tahun Pas ambilalih pengurusan mesjid, baki duit tabung sekarang ada RM120ribu setelah buat renovation masjid. Maknanya Ghani beri gambaran Hj Yasin songlap duit masjid dan Pas lah yang paling telus, jujur dan amanah dalam menguruskan kewangan masjid.

Dibawah adalah Penyata Kewangan Mesjid bertarikh 31 Mei 2009


Jelas tertulis bakinya RM148ribu ++ dan juga tercatat dengan teliti setiap pergerakan keluar masuk wang masjid. Kenapa Ketua Pemuda Pas Abd Ghani mengatakan tidak ada satu sen pun yang diserahkan ? ( KLiK untuk cerita sepenuhnya )

Yang ini pula dari keris7lok yang menunjukkan Borang K iaitu borang serah tugas bertarikh 14 Jun 2009. Jelas Penyata diatas adalah yang terakhir dibawah pengawasan Hj Yasin iaitu Mei 2009.


Tidak ada wang tunai yang diserahkan tapi ada diserahkan 2 buku akaunbank, satu buku kutipan Jumaat dan satu buku Ledger.

SIAPA YANG MENIPU ?

Sebenarnya tak susah perkara ini, asalkan pihak pengurusan baru Masjid dibawah Pas sanggup menunjukkan baki akaun kedua bank itu pada waktu serahan. Dan jika cara penjagaan akaun yang kemas dulu diteruskan oleh pengurusan baru, pasti semuanya dapat diperjelaskan dengan mudah.

Kemudian kita boleh lihat apakah Ketua Pemuda Pas Sijangkang Abd Ghani Abd Manaf bercakap benar atau melontar fitnah ! Dan kita juga boleh pastikan apakah wujud sebarang penyelewengan amanah mana-mana pihak yang terlibat.



Tahniah blogger Double Y dan Keris7Lok, teruskan pendedahan hingga selesai isu. Jangan ada yang menjadi mangsa penganiayaan dek sebab politik dan perebutan kuasa/wang.

PS - Tanya juga kot2 Hj Yasin ada anak dara tak ?

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2012 at 10:51 PM

Islam di Malaysia dah la tertinggal akademiknya, ekonominya, hampir banyak la kita tertinggal..

udah2 le.. bukan Islam tepok tangan tengok orang kita pecah belah umno, pas, pkr, jati, perkasa n bagai2 lg..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2012 at 11:00 PM

apalah terok bebenor orang pas nie...kalau nak bohong pun tengok2lah sikt, kalau dulu bolehlah korang kelentong.

....................
Reply To This Comment ...................
Aku Sayang Tun Mahathir
April 7, 2012 at 11:04 PM

kalau tak memfitnah, bukan hamPAS namanya.....

....................
Reply To This Comment ...................
Aku Sayang Tun Mahathir
April 7, 2012 at 11:07 PM

kalau tak Ngok Goblok bukan hamPAS namanya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2012 at 11:27 PM

diorang ni nak masuk syurga ke nak masuk syurga hampas, fitnah jadi makan dan minum diorang.

....................
Reply To This Comment ...................
April 7, 2012 at 11:58 PM

salam semua - saya fikir ada baiknya kita jangan menuduh sebarangan sehingga benar2 ada bukti nyata atau satu keputusan resmi dibuat. Mereka boleh saja katakan yang bukti diatas hanya berbentuk angka yang ditulis atas kertas.( hehehe layan je lah )

Kalau dapat ditunjukkan baki akaun bank semasa penyerahan tugas, baru confirm siGhani penipu ! Lepas tu baru dikaji pengurusan kewangan dibawah Pas pula.

Kalau angka2 diatas betul bermakna selama 3 tahun dibawah Pas, kewangan mesjid telah berkurang lebih 20k dari waktu penyerahan.

Ghani mesti tengah panik sekarang ni !

....................
Reply To This Comment ...................
April 8, 2012 at 8:47 AM

sabar..yang hak pasti akan berdiri..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 9:03 PM

Salam.... saya kenal bendahari masjid sebelum bertukar pemerintahan di Kg Sijangkang..Bendahari ni banyak jasanya dan dengan kerjasama AJK masjid sebelum ini la, masjid Kg Sijangkang menang banyak kali sebagai masjid tercantik dan sentiasa kemaskini dokumen yang perlu diserahkan kepada pihak pjbt agama islam sebelum bertukar tangan.. kalo rakyat di Kg Sijangkang nak pertikai, dalam akaun yang dibuat oleh bendahari sangat detail kerana beliau adalah orang berjawatan dan sangat teror dalam urusan kewangan....

kejadian ni berlaku, apabila pihak pengurusan baru, tidak mengendalikan kewangan dengan baik dan terus menggunakan duit masjid sehingga habis.. untuk pengetahuan, bendahari dulu selalu mengingatkan kpd AJK masjid, seandainya hendak menggunkan duit masjid yang didermakan oleh mereka yang selalu bersedekah di dalam tabung masjid terutama hari jumaat, duit tersebut hanya digunakan untuk memperbaiki kerosakan di masjid dan bukan untuk majlis..pjbt agama islam sentiasa akan berikan dana seandainya masjid hendak membuat aktiviti masyarakat malah iamam, bilal, siak yang dilantik akan menerima gaji mereka daripada pjbt agama islam dan lanngsung tidak menggunakan duit kutipan masjid...tetapi tidak tahu bagaiman pengurusan masjid yang baru..ini semua, bagaimana bendahari mengurus duit? mana hilangnya duit selepas pentadbiran baru? tu semua kena tanya mereka atau pengurusan yang baru..

saya banyak tahu tentang pengendalian masjid ni ketika dengan bendahari lama..sebab saya sangat mengenali beliau...jangan la menuduh Pak Nazir yang dah berusia dan uzur, beliau la antara yang paling tua dan pernah berada di zaman negara kita dijajah..doakan kesihatan pak nazir lebih baik... :-)

Post a Comment