Ada seorang sahabat telah meminjamkan saya satu buku kecil lama bertajuk KOLEKSI SANDIWARA cetakan tahun 2002. Menarik juga kenyataan2 yang ada disebut nya.
Mungkin ia cerita lama ..... tapi benarkah pemimpin pembangkang yang ada sekarang tidak lagi memegang pendirian yang sama ? Bagus juga kalau dapat ditanya komen mereka sekarang .... jom kita layan antaranya -
DAP boleh bekerjasama dengan Pas tetapi tidak dalam hal berkaitan dengan sebarang usaha ke arah pembentukan sebuah negara Islam - Chong Eng MP DAP Bukit Mertajam - Utusan Malaysia 22 April 1999
Negara Islam yang didirikan oleh UMNO nampaknya lebih diterima oleh masyarakat Cina. PAS terlalu bising untuk menegakkan negara Islam. UMNO pula melakukannya secara diam-diam tanpa disedari oleh rakyat. PAS seperti ayam bertelur sebiji tetapi riuh sekampung - Penasihat DAP Chen Man Hin - Mingguan Malaysia 30 September 2001
Kita mahu mewujudkan negara pelbagai kaum dan agama, bukan negara Islam yang diperjuangkan Pas - Dr Chen Man Hin Berita Harian 15 Disember 2001
Ketika kita menghormati impian dan matlamat jangka panjang setiap parti dan individu, kita turut saling menghormati perbezaan pendapat. Amat jelas bahawa manifesto tidak menyebut hasrat ahli pakatan untuk membentuk negara Islam adalah matlamat bersama - Presiden Keadilan Dr Wan Azizah Ismail - Sin Chew Jit Poh 28 Julai 2001
Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan Pas asalkan tidak mendirikan negara Islam - Nik Aziz Nik Mat - Berita Harian 12 Mei 1999
*****************************
Menentang Pas adalah haram mengikut alQuran - Nik Aziz Nik Mat - Berita Minggu 24 April 1994
Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan Pas sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia ( DAP ) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu. - Nik Aziz Nik Mat - Utusan Malaysia 4 Ogos 2001
Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong kenapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong Pas, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima. - Nik Aziz Nik Mat - 24 Januari 1999
Kalau ayat-ayat yang diguna pakai dahulu sudah tidak relevan lagi sekarang, bermakna ayat-ayat yang digunapakai sekarang pun bakal tak boleh dipakai beberapa tahun lagi. Adoi, susahnya nak follow macamni. Tu cakap bohong namanya.
ReplyDeletePoint yang bagus !
Delete