Monday, March 5, 2012

Pemuda Pas - Mana Lebih Penting ? Pandangan TDM Tentang Hudud ATAU Perjuangan Hudud Pas

Mengikut laporan Harakah, pemuda Pas dibawah Nasrudin akan bertemu Tun Mahathir pada 12 Mac ini bagi mendapat sendiri kepastian kenyataan beliau terhadap hukum hudud yang mana sebelum ini beliau mengatakan hudud tidak ada di dalam Al-Quran.

"Kita mahu dengan sendiri apa sebenarnya motif serta maksud sebenar kenyataan beliau, selepas penjelasan diperolehi baru kita akan berbincang terhadap isu yang beliau timbulkan itu,"

Saya ingin bertanya - UNTUK APA ? Kenapa yang pemuda Pas atau seluruh orang Pas sekalipun nak sibuk dengan apa yang Tun Mahathir katakan berkaitan hudud ?

Bukankah Pakatan Rakyat yang disertai Pas TIDAK memperjuangkan Hudud ? ( Hudud Bukan Perjuangan PR )  Pas secara bersendirian mungkin masih mahu perjuangkan Hudud, dipentas-pentas ceramah dikampung2 Melayu yang tidak disertai oleh pemimpin Dap mungkin pemimpin Pas masih bercakap tentang Hudud.

Tapi bila Pas menyertai Pakatan Rakyat dan akur untuk TIDAK LAGI memperjuangkan Hudud atas nama perjuangan bersama rakan2 Dap dan Pkr, apakah isu Hudud masih lagi penting untuk dibicarakan oleh Pas ? Mana yang lebih patut diutamakan -

Meminta penjelasan dari Tun Mahathir tentang apa yang Tun maksudkan melalui kenyataan lama beliau tentang hudud  ATAU

Meminta penjelasan dari kepimpinan tertinggi Pas kenapa perjuangan Hudud Pas TIDAK terdapat dalam Manifesto Pilihanraya Pakatan Rakyat ?

Mana lebih PENTING ?

10 comments:

  1. dinturtle - saya yang bukan ahli pas pun boleh terkedu baca peringatan saudara itu. adeh ... saya setuju, terima lah peringatandari dinturtle ini dengan ikhlas - PAS, SET UR PRIORITIES STRAIGHT ! PERBETULKAN DIRI ANDA DULU SEBELUM SIBUK NAK PERBETULKAN ORANG LAIN !

    ReplyDelete
  2. bro, aku nak tanya satu. Kenpa kalau bro hentam pas, bro hentam kaw-kaw ? ! hahahahhaha ...

    ReplyDelete
  3. hmm mcm cuba mengalih isu.

    rasanya rakyat yg nk mengundi berhak tau apakah pas akan melaksanakan hudud atau tidak sekiranya menang nnt. simple saja ya atau tidak. dolak dalil x payah.

    sbb sebenarnya saya rasa la kalau derang nk buat sgt dh lama dh derang buat kt kelantan. kalau sanggup sampai turun buat demo utk pilihanraya(bersih) utk anwar dan sebagainya, kita masih menanti org2 pas kelantan utk turun berdemo melaksanakan hudud. so priority la kan. xkan anwar dgn bersih PRU lagi penting dr hudud kot? tp tu la action speaks louder than words. kt mana kesungguhan derang kita semua nampak.

    bukan apa sbb menipu pengundi atau cuba misleading tu dosa.. ye2 saya tau umno pn. tp kalau dh baik sgt then jgn la buat kan. so xtau la. kalau xnak buat jgn jadi tin kosong. rasanya masih ramai lagi yg voting percaya hudud pas akan laksanakan.

    melayu hampa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu cubaan 'save face' dari Pemuda Pas tentang isu Hudud, konon mereka lah hero hudud.

      Delete
  4. salam bro,

    cakap bab hudud lebih mudah banyak daripada memperjuangkan dan cubaan untuk menegakkan hudud di mesia ni. orang pas ni terkenal dengan mudah cakap tetapi tang praktikal tak boleh pakai. orang lain kena buat amali, orang pas setakat boleh cakap. usaha untuk memperjuangkan cakap bab hudud kena diteruskan. tdm perlu terus disalahkan. perjuangan setakat cakap dah besar macam dah berusaha sampai ke titisan darah yang terakhir tu. pelaksanaan, salahkan umno yang tidak menyokong. kita orang pas dah berusaha bersungguh-sungguh, tetapi orang umno yang kafir tu, tak mau sokong kami untuk menegakkan hudud. ( dok kata umno kafir, tapi minta sokong hudud, nampak sangat cakap berbelit)

    ReplyDelete
  5. Aku rasa tindakan Pemuda Pas nak jumpa Mahathir bincang pasal hudud ni suatu tindakan bodohlah..

    buat apa kecoh2 nak jumpa mahathir..mahathir bukan boleh ubah pun cakap dia, malah dia akan kutuk pas lagi ada lah...

    nak bincang hudud dengan mahathir? dah terang2 mahathir kata hudud tiada dalam alquran, dan mahathir pun memang perlekeh soal hudud ni, so biarlah dia dengan interpretasinya sendiri...buat apa nak nak bincang2...

    org macam mahathir ni bagi jer dia nak cakap apa pun...dia nak kata apa pd pas/pr dan hudud dia punya pasal, jangan sekat dia nak cakap..makin byk dia cakap, makin merapu dia seorg diri...

    so..tak payah jumpa lah, kalu jumpa maknanya pas dah surrender dan bagi peluru percuma utk tembak pas sepuas hati dia..

    ABUzar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tak perlu jumpa TDM dan buang masa kerana yang lebih penting bagi pemuda pas adalah perjuangan hudud DIRI SENDIRI yang SENDIRI sanggup tolak ketepi bila bersama PR.

      Bila Pas sendiri dah tak perjuangkan Hudud, nak sibuk buat apa orang lain komen ...ya tak ?

      Delete
  6. He he he...PAS dah masuk perangkap Tun. Tun sengaja je nak umpan supaya Hudud ni berkumandang semula sebab semenjak dua menjak ni senyap je.

    Bila Hudud berkumandang semula, DAP dan PKR mula panas punggung.

    ReplyDelete
  7. dia nak jumpa tun sebab tun ketika sesi soal jawab kat unimas baru-baru ni mengatakan hudud tiada dalam quran. kat fesbuk, blog pembangkang semua ada upload video ni. mung tak tengok lagi kot din? tapi yang aku prasan jawapan tun pasal hudud tu berdasarkan soalan yang ditanya oleh seorang peserta kenapa sstengah negeri tak amalkaan hudud. tun cakap hudud yang dibuat oleh negeri2 tu bukan berdasarkan al-quran tapi cuma pemahaman ahli feqah negeri2 tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, betul tu, saya belum tengok. Tapi macam saya tulis diartikel, apa bezanya pada Pas ? Bukan diorang perjuangkan Hudud pun..

      Delete