Kerajaan buka tender ambil alih projek pusat Fidlot Nasional
Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini). Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat,"
Saya setuju tindakan ini, TAPI acu try gostan sekejap ...... NFCorp apa cerita ? Mereka kena bayar balik pinjaman ke apa ? Apa dah jadi dengan kes mahkamah yang belum lagi bermula ? Tak nak tunggu keputusan hakim dulu ke ?
Maksud saya kalau tidak melibatkan mahkamah mungkin tak nampak janggal sangat. Tapi bila dah libat mahkamah untuk menentukan apakah Pengarah Urusan NFCorp bersalah dalam tuduhan salah laku / pecah amanah atau tidak, bukankah lebih baik tunggu dulu ?
Atau kerajaan berasa NFCorp sememangnya bersalah atau kemungkinan besar akan didapati bersalah atau apa-apa pun lah .... hingga terpaksa jump the gun ?
Atau saya ada terlepas apa-apa perkembangan sebelum ni ?





+ comments + 3 comments
Lawak
woot woot pok chik dinTurtle....
pasal isu nie saya musykil sket...public terlalu memandang kepada NFCcorp adik beradik..sehingga terlupa isu utamanya...adakah pemberian pinjaman kepada syarikat tersebut mengikut tatacara kewangan yg diamalkan oleh kerajaan?...yg sepatutnya kena siasat dan dididakwa adalah pegawai2 yg meluluskan pinjaman tersebut jika pinjaman tersebut tidak mengikut tatacara kewangan yg sepatutnya...
pening2...
kes nie dah masuk mahkamah
SATU Malaysia Musykil ! Najib pun musykil sama rasanya hehehehe ...tapi pendapat saya kerajaan kena konsisten, jangan membelakangi proses mahkamah atau ia akan jadi isu LAIN pulak nanti.
Post a Comment