Sunday, March 4, 2012

Kemelut Pas Kedah - Persetujuan Hampir DiCapai TAPI ......

Mesyuarat Khas kepimpinan Pas pusat dikediaman resmi MB Kedah semalam telah mencapai satu penyelesaian ' sebulat suara ' , kata Salahuddi Ayub awal pagi tadi.

"Sudah ada keputusan, keputusan ini keputusan sebulat suara... ia akan diumumkan dalam waktu terdekat. Itu sahaja yang boleh saya cakap buat masa sekarang,"

Bagaimanapun ketika dihubungi jam 10 pagi tadi, beliau berkata Pas masih meneliti beberapa perkembangan sebelum mengumumkan hasil pertemuan semalam.

Itu berita yang resminya, yang TIDAK RESMI pula ada melapurkan suara masih belum cukup bulat untuk diumumkan kerana masih belum mendapat kerjasama dan persetujuan dari SATU pihak penting. Usaha-usaha memujuk sedang giat dilakukan !

Perkara ini dikuatkan dengan laporan tidak resmi yang diterima semalam oleh para pemberita yang berkampung dikediaman resmi MB, dimana ketika mesyuarat ditamatkan pada pukul 3 pagi, kedengaran laungan suara yang kuat -

TIDAK  !  TIDAK  !  TIDAK  ! TIDAAAaaaaaaaaaaaak  !

Suara yang jelas kedengaran dari dalam kediaman MB itu walaupun oleh para pemberita yang duduk berkumpul jauh diluar amat menggemparkan dan mengejutkan kesemua mereka yang menunggu. Ada yang berkata suara itu juga agak menyeramkan .......

Kedua pemimpin yang memulakan kontroversi, Datuk Seri Azizan dan Phahrolrazi dikatakan keluar terlebih dahulu bersama-sama dengan muka yang sugul tapi sumber mengatakan kedua mereka bersalaman dengan mesra. Kalau persengketaan antara mereka telah didamaikan, kenapa tidak diumumkan keputusan mesyuarat itu dengan segera ? Dan siapakah yang meraung dengan bunyi yang menyeramkan semalam ? Apakah kaitannya ?

Mat Sabu yang keluar kemudian dikatakan berwajah sugul dan resah. ????  Diikuti oleh Haji Hadi yang menggeleng2kan kepala sambil mulutnya berkumat kamit seolah berkata, degil, degil ( ?? )

Mahfuz dilaporkan sebagai yang terakhir keluar dari bilik mesyuarat pada pukul 4 pagi dengan mata yang merah ........sambil menggeleng2kan kepalanya ..... apakah beliau yang meraung tadi ? Apakah beliau  menangis ?

Penganalisis politik yang tidak terkenal yang juga seorang blogger, dinturtle, yang bersungguh2 menghubungi wartawan berkata, semua petanda yang ada hanya menunjukkan satu konklusi - Persetujuan damai yang dicapai adalah -

1 - Datuk Seri Azizan akan terus menerajui kerajaan Pas Kedah tapi beliau tidak akan dicalonkan lagi pada PRU13 yang akan datang, Bermakna tamatlah karier politik beliau, kerana beliau dilihat gagal mengawal barisan kepimpinan dibawahnya.

2 - Phahrolrazi dan Dr Ismail akan menerima perlantikan exco lama mereka tapi mereka juga terpaksa bersara dari politik pada PRU13 kerana mereka telah menunjukkan contoh kepimpinan yang negatif, iaitu penentangan secara terbuka kepada ketua. Mereka terpaksa dihukum.

3 - Mahfuz diminta bertanding kerusi ADUN dan terpaksa melepaskan kerusi Parlimen Pokok Sena pada PRU13. Mahfuz akan dilantik menjadi MB Kedah yang baru selepas PRU13.

Suara kuat yang menyeramkan awal pagi tadi adalah suara Mahfuz yang kononnya kecewa kerana cita-citanya untuk menjadi PM terpaksa dikuburkan dek percaturan politik kepimpinan tertinggi Pas ! Makanya Mahfuz yang telah menduga perkara ini semalam, telah mengeluarkan kenyataan berbunyi -


“Buat apa jadi MB, baik jadi PM. Bukankah MB duduk bawah PM,”

Ternyata MatSabu lebih bijak dalam politik Pas ! Awal-awal lagi Mat Sabu, yang terancam dengan ketokohan dan aura Mahfuz telah berpakat dengan Haji Hadi untuk mengambil kesempatan diatas kemelut politik Kedah untuk mencantas Mahfuz yang dilihat sebagai mencabar usaha mereka berdua yang mengidamkan kerusi PM.

Sekarang usaha masih berjalan bagi memujuk Mahfuz supaya menerima keputusan mesyuarat semalam. Sebaik saja menerima persetujuan beliau, barulah pengumuman akan dibuat.

PS - sori ah orang Kedah, cek bergurau ja noo ... cek pun tak sabar menunggu keputusan

2 comments:

  1. Alah..macamlah UMNO/BN tidak pernah mengalami krisis..

    ABuzar

    ReplyDelete
  2. Bro, gurauanmu tidak dapat dimaafkan kehkehkeh

    ReplyDelete