Tuesday, March 6, 2012

Isu Kedah Jadi Bukti Pas Mampu Tadbir Negara ? Hahahaha ...

MELAWAKKAN ! Baru saja baca tajuk saya dah tertawakan mentaliti orang disebalik kenyataan ini dan juga Harakah kerana tergamak menyiarkannya.

Isu Kedah : Bukti PAS mampu tadbir negara ?

Takkanlah sebesar itu cara pemikiran orang Pas ? Boleh diorang samakan kejayaan menyelesaikan masalah kepimpinan Kedah dengan kemampuan memerintah negara ?

Baca apa yang disebut oleh Pas WP -  “Penyelesaian konflik ini menunjukkan PAS sememangnya matang dan mampu untuk mentadbir kerajaan apabila berjaya mencapai kata sepakat dengan kerukunan dan penuh adab,”, membuktikan mereka tidak berebutkan jawatan, pangkat, harta atau kedudukan seperti yang ditohmah oleh sesetengah pihak, dan tidak meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan jemaah.

Lebih 2 minggu baru nak ada kata putus, yang putus itupun belum tentu lagi. Berjam-jam berbincang, dua tiga kali mesyuarat, siap ada mamat sorang tu pergi Kota Bharu jumpa Nik Aziz sebab tak puas hati, kemudian yang terbaru ada bersyarat pulak iaitu kena ada Jawatankuasa Pemandu disamping itu persetujuan perlu perkenan Sultan ..... Banyaklah diorang punya matang, rukun, adab dan tidak pentingkan diri sendiri !

Bagaimana pula dengan analisis dari Sinar ini - Masalah Pas Kedah sudah selesai ?


Itu satu hal, satu lagi - Apa yang boleh buat pemimpin Pas bermimpi untuk memerintah negara ! ? Tanding kerusi pun tak cukup nak jadi majoriti tubuh kerajaan. Dan kalau bersama kerajaan PR, besar mana sangat pengaruh Pak Turut Pas dalam kerajaan kelak ?

Prinsip boleh digadai, kena gertak dengan Dap pun boleh terkencit ! Cuba tanya Dap dulu, kalau menanglah nanti, ada tak mana-mana pemimpin Pas yang Dap mahu lantik jadi Menteri ? Tanyalah kalau berani. Sebab saya percaya tidak ada seorang pun pemimpin Pas yang kafir Dap respek untuk diiktiraf sebagai pemimpin mereka !

Pas dan Harakah, tak sudah-sudah mahu menipu orang Islam !

2 comments:

  1. Ayat-ayat cover up dan utk menjaga air muka PAS.

    Ayat-ayat manis utk pentaksub PAS dan ABU utk beranggapan PAS adalah relevan.

    Moga penyokong PAS, PR & ABU sedar dari lamunan.

    anon 10.03

    ReplyDelete
  2. Betul tu.Hanya PKR dan sayangku yang patut memerintah Kedah dan Malaysia.Homo cun suka bontot.

    ReplyDelete