Dapatkan Gambaran Sebenar Pas !

Wednesday, March 7, 20123comments

Semalam saya dah tulis semula kenyataan2 lama para pemimpin pembangkang terutama dari Pas tentang perjuangan mereka. ADA lagi tuh .... tapi nanti-nantilah saya keluarkan lagi.

- Sweet Memory 1 Pas
- Sweet Memory 2 Pas

Pasti akan ada suara sumbang yang cuba memperkecilkan gema suara lama pemimpin2 Pas itu kononnya semua itu bersifat Retro, tak relevan dah kini atau manusia berubah bla bla bla .... tapi harus diingat, seperti kata seorang pembaca yang komen -

Kalau ayat-ayat yang diguna pakai dahulu sudah tidak relevan lagi sekarang, bermakna ayat-ayat yang digunapakai sekarang pun bakal tak boleh dipakai beberapa tahun lagi.

Seingat saya, belum pernah berlaku walau sekali pun mana-mana pemimpin Pas menarik balik dan meminta maaf diatas sebarang kenyataan mereka !  Termasuklah juga, Haji Hadi bila Amanatnya dipertikai hebat oleh umat Islam. Beliau tetap mempertahankan Amanatnya dengan pelbagai tafsiran. Persoalannya, dimana beliau sewaktu pengikut2 fanatik Pas membuta tuli mengharamkan segalanya yang bukan Pas akibat terpengaruh dengan Amanat itu ? Haji Hadi dan pemimpin2 Pas yang lain MEMBIARKAN dan memerhatikan saja.

Saya ada jawapan yang diberikan oleh Haji Hadi itu, tapi biarlah orang Pas mencari2 dalam apajua arkib yang mereka ada. Ramai bloggers Pas yang tidak melalui zaman 80an dan mereka putus akal nak menjawap jadi kenalah rajin sikit cari. Dah jumpa nanti baru kita berdebat tang itu pula hehehehe ...

Seperti yang saya selalu tulis, cara Pas dari dulu hingga sekarang adalah menggunakan pendekatan politik menghukum. Senang jer kerja mereka ..... kritik saja apa yang kerajaan Umno buat dan HUKUM sesuka hati. Itu Haram, ini Haram, itu Tak Boleh, ini Tak Boleh .... tanpa sekalipun mereka mahu bersusah payah menerangkan dengan terperinci bagaimana pula cara Pas yang Boleh dan Halal itu.

Begitu mudah cara mereka berpolitik dulu.  Target market mereka pula hanya terhad kepada orang Melayu Islam. Jadi mereka memainkan sentimen agama perkauman yang amat merbahaya, haram mengundi orang kafir, orang kafir haram menjadi pemimpin bla bla bla .... tapi bila mereka sudah mula bertapak, dan mula memasang angan-angan yang lebih besar, para pemimpin Pas menyedari yang mereka terpaksa keluar dari pasaran terhad Melayu Islam ..... dan mereka mula berbaik-baik dengan parti kafir yang dulu mereka begitu hebat haramkan sebarang percampuran.

Maka keluarlah hukum hakam yang baru pula bagi menghalalkan apa yang mereka haramkan keatas pemimpin Melayu Umno sebelum itu. Begitu mudah agama diperlakukan oleh Pas.

Bandingkan perubahan 'Hukum' yang pemimpin Pas amalkan -

OGOS 1963 - Hukum Dewan Ulamak Pas Kelantan - "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram."

JANUARI 1999 - Nik Aziz - "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong kenapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong Pas, saya terima. Usahkan Dap, syaitan pun boleh saya terima."

Begitu juga Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan Perlembagaan Negara dulu, tapi sekarang dia lah pejuang sebenar Perlembagaan Negara !

Nah, ni satu lagi contoh lama politik menghukum pemimpin Pas -



Sememangnya kerja mereka dipermudahkan oleh ulama Pas ! Bayangkan dulu, tahun 1995 bagaimana orang Melayu di kampung2 terpaksa berdepan dengan hukum-hukum politik Pas seperti diatas.

Melihat pada skop yang lebih luas, tidakkah 'fatwa-fatwa' songsang sebegitu memberi impak kepada cara orang Melayu berfikir dan bertindak ? Segala bantuan2 yang diberikan kerajaan bagi memajukan orang Melayu semuanya diharamkan Pas ..... Nah, bukankah itu juga satu faktor kenapa Melayu mundur ?

Jika minda orang Melayu telah diracuni dan mereka menolak pembangunan bersama kerajaan, tidakkah itu juga memberi kesan kepada pencapaian matlamat dasar-dasar DEB ? Siapa yang memundurkan orang Melayu sebenarnya ?

Seorang sahabat blogger - bekas wartawan saudara Hambali sedang berusaha mengumpulkan semula segala bahan-bahan yang beliau ada berkaitan penyelewengan agama oleh Pas dibawah tajuk - Pengkhianatan Pas Terhadap Islam. Sila Klik - teganuku.blogspot.com , ada dipaparkan disebelah kanan blog beliau.

Akan dipaparkan kembali gambar-gambar lama dan keratan2 akhbar lama yang ada dalam simpanan beliau. Tujuan kami mudah je - DEDAHKAN PAS. Selepas itu, terpulanglah kepada pembaca. Kami tidak memaksa anda menyokong Umno atau menolak Pas, itu hak anda. Tapi biarlah keputusan itu dibuat setelah anda mendapat gambaran sebenarnya.

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 7, 2012 at 11:56 AM

Salam,

sbb perangai PAS yg macam ni la kot Allah tak bagi PAS perintah Malaysia ni...dan sbb perangai PAS yg camni la kot perut DSN tak pecah2 lagi walaupun didoakan oleh 'Nabi'PAS hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2012 at 7:35 PM

org islam kene pandai la. kalau jahat pastu pakai serban, quote quran, buat fatwa, mcm tu je boleh kabui mata susah la. jgn lupa konsep islam wasatiah.. jgn melampau dlm apa2 pn. sampaikan nk kafirkan org islam lain.. ape la.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2012 at 9:24 PM

Bursa Saham PAS
dagangkan Islam
Apungkan Hudud
Buat perubahan
Islam didagangkan semula
tapi kali ini dengan modal lain
Islam dikebajikkan..
tiada lagi negara Islam..
hudud juga cuma 0.0009%
Didagangkan semula..
akhirnya lingkuplah Is;lam kalau ini cara PAS memperdagangkan Islam..

Post a Comment