........... Alhamdulillah DanTerimaKasih Kepada Yang Telah Membantu | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Alhamdulillah DanTerimaKasih Kepada Yang Telah Membantu

Thursday, March 1, 201223comments

Minggu lepas ada saya menulis masalah yang menimpa saya bilamana medium yang saya gunakan sebagai penggerak blog dinturtle.blogspot.com yakni laptop saya telah rosak dan langsung tidak boleh digunakan lagi....

Bukan sengaja mahu meraih simpati tanpa bersebab, tapi berdepan dengan situasi dimana kemungkinan besar saya tidak mampu lagi meneruskan perjuangan dialam maya ini, maka saya tidak punya pilihan selain meluahkan masalah saya disini. Saya berserah pada ketentuanNya, jika Allah mahu saya teruskan perjuangan ini, nescaya akan dibukaNya pintu itu.

Saya anggap masalah itu sebagai titik penentuan segalanya berkaitan blog ini. Waktu sama dapat juga saya menilai respons pembaca terhadap kewujudan dinturtle ini hehehehe .. dan juga beri saya kesempatan menilai keikhlasan orang lain.

Tak ramai yang faham tahap keseriusan masalah ini pada saya, ada yang menyindir dan komen secara sinis konon saya nak buat duit dan sebagainya...  Takpe lah, mereka mungkin tidak sedar yang tidak semua orang senasib sama, taking for granted, seolah orang lain pun sama dengan mereka.

Sebenarnya penantian saya tidak lama, tidak sampai dua jam selepas keluar artikel itu, saya menerima SMS dari seorang sahabat blogger yang ternyata amat perihatin dengan nasib yang menimpa diri saya. Saya amat terharu dengan keperihatinannya, walaupun beliau sendiri tidak cukup serba serbi, tapi beliau berusaha memanjangkan masalah saya kepada mereka yang mampu membantu.

Dan keputusan yang diberi juga begitu cepat - OK, Kita bantu dia.

Bukan nak banyak songeh, tapi macamana pun berdetik juga dihati apakah bantuan itu diberikan beserta dengan sebarang syarat, contoh kena masuk sebarang kumpulan atau terikat dengan sebarang perjanjian  ..... dan jawapan yang saya terima amat melegakan - Tidak ada sebarang Syarat. Saya bebas untuk menulis apasaja, bantuan diberikan supaya saya dapat terus menulis seperti biasa. Itu saja.

Memendekkan cerita, Dinturtle akan terus membebel !

Disini saya ingin merakamkan ucapan TerimaKasih kepada blogger APA yang perihatin mahu membantu sahabat blogger dan kepada Tun Faisal @ UMB kerana ikhlas memberi sumbangan berbentuk laptop sebagai penyambung nyawa blogger jalanan seperti saya. Terutama sekali syukur saya kepada Allah yang telah mengizinkan saya untuk terus berjuang dialam maya ini .

Alhamdulillah !

Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2012 at 6:16 PM

bukan semua faham masalah kita alami bro.perjuangan kena ikhlas.seperti apa yg telah kita bincang tempohari di kuala terangganu

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2012 at 6:20 PM

Syukur Alhamdullilah....

....................
Reply To This Comment ...................
KA
March 1, 2012 at 6:28 PM

Alhamdulillah Din.

Saspen juga sebenarnya bila mula2 baca tentang masaalah Din tempoh hari.

Bagi saya tiada salahnya bercerita tentang kesulitan kita dan juga sudi menerima bantuan orang demi meneruskan perjuangan.Sesetengah orang amat ego tidak mahu mengaku perlukan bantuan. Yang rugi nanti siapa? kita pembaca2 ni lah kan sekiranya saudara Din mengutamakan ego itu. Alhamdulillah ternyata Din seorang yang waras dan mampu membuat keputusan yang terbaik untuk semua.

Kalau tidak tak tau macam mana lah kami hendak melalui hari2 tanpa membaca blog ini!kannn

Sorry lah baru sekarang saya menulis tentang risaunya saya sekiranya ia benar2 berlaku.

Syukur juga bantuan itu ikhlas dan tidak dikenakan sebarang syarat.Murahlah lagi rezeki pemberi sumbangan tersebut. Amin

peminat setia

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2012 at 6:29 PM

Selamat kembali menulis bro din :)

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2012 at 6:44 PM

:).. teruskan perjuangan..kami bersama..sentiasa bersama..

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2012 at 6:44 PM

keep on blogging din...
sambil mancing udang pun bleh blogging hahaa!!

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2012 at 6:46 PM

tumpang gembira penyu masih dapat berenang ke rantau abang.. heheheh..

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2012 at 6:46 PM

auw Kenn aku mahu baca komen kau, please

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2012 at 6:49 PM

TerimaKasih KA, baguslah saudari dah register nama KA sebagai hakmilik mutlak, jadi orang lain tak boleh ciplak.

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2012 at 6:50 PM

Saya BACA dah komen Kenn sebelum dia padamkan !!! Boleh tahan sensitif giler mamat ni hehehehe .....

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2012 at 6:53 PM

salam Matkilaupenang, Unknown, KA, RockyMY, Kenn, Mohamed, Keris7Lok, lemandicaprio - TerimaKasih diatas sokongan anda semua.

Untuk pengetahuan sengaja saya lewatkan artikel ni selepas beberapa artikel supaya jelas bahawa cara penulisan saya tetap sama. Kan ?

OK, Siapa nak kena bantai sekarang .... hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
KA
March 1, 2012 at 6:55 PM

sama2 kasih. :)

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2012 at 6:58 PM

Salam,

tahniah kepada Pakdin diatas rahmat ni hehe,dah ada rezeki takkan nak tolak kan nanti kufur nikmat pulak, terima kasih jugak kepada APA dan Tun Faisal dlm membantu Blog yg bagi saya patut dibantu

Penang Mali

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2012 at 7:35 PM

Kecik hati namo kawe demo dok sebut Pok Deng.... hahahaha natam!

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2012 at 7:36 PM

Minta maaf banyak-banyak Sdr mohamed... ianya cuma satu pemerhatian saya sendiri (entah benar entah tidak) tentang apa yang berlaku di dunia blog politik di antara "the so-called pro-BN bloggers" dekat-dekat PRU..


Din,
Tak aci lagu tu... hehehehehe..

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2012 at 8:20 PM

Salam

haha jahat jahat...

Din nak bantai DS Najib kita boleh? sbb apa dia tak buat highway persisir pantai timur lagi? kesian kat org utara yg nak balik Ganu n kelantan...lambat sgt n merbahaya....

sudah2 lah melabur kat Penang ni...banyak sgt dah.. Jambatan sampai 2 dah ( yg 1st dulu pon depa kecoh kata Tun M membazir duit rakyat-agak2 kalau geng anti-Lynas ni ada zaman dulu mesti Penang Bridge n PLUS takdak lagi la ni)

bila ada highway Utara Selatan pantai timur baru la pesat membangun sikit negeri pantai timur...

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2012 at 8:20 PM

nak kena panggil dia abang ka? hehe

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2012 at 10:18 PM

sori din lambat la pulak respond to this piece. sibuk skek. anyway, syukur alhamdulillah you are back in the blogging groove. walaupun saya bukan so-po blogger per se, you know pendirian & haluan politik saya.. sama2 kita berjuang..:-))

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2012 at 10:24 PM

Ye le, highway dari Jabor ke Bukit Besi tu bila nak siap. Dah banyak tahun dah ni.

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2012 at 10:26 PM

Alhamdulillah, akhirnya segala kesulitan dapat di atasi. Harp-harap selepas ni, kalau marah sangat dengan Ak Kit dan Ah Eng anak beranak tu, jangan pulak Laptop tu jadi mangsa..he he he gurau je.

....................
Reply To This Comment ...................
March 2, 2012 at 12:02 AM

YY, kan saya tulis - 'memendekkan cerita ', jadi apa dan siapa yang termasuk dalam part yang terpaksa dipendekkan itu, takdelah saya sebut hehehehe ....

Ya TerimaKasih Bro !

....................
Reply To This Comment ...................
March 2, 2012 at 12:04 AM

banyak bahagian dari hiway tu dah siap, cuma perlu disambungkan jer, jadi mungkin part nak sambung tu tak masuk, dia lari sikit hahahahaha .... agaknyalah.

Post a Comment