Projek Lembah Sireh Kota Bharu - Apa Pulak Cerita Ni ?

Wednesday, February 8, 20121comments



Ni apa cerita tentang Projek Lembah Sireh di Kota Bharu ni ? First time dengar ni ....  Ikut Utusan - NGO bernama Ombak rindu nak tahu perkembangan projek ni dari kerajaan Pas.

- Kerajaan Negeri Kelantan sain kontrek dengan Liziz Standaco untuk menjalankan projek pembangunan di Lembah Sireh di sini. ( LIZIZ ? ziz, ziz kat belakang tu macam biasa dengar jer .... )

- Kerajaan Negeri ( KN ) bagi 400 hektar dan Liziz bayar RM1juta jer tapi kena bangunkan projek-projek bernilai RM370 juta. Antaranya mesjid ( RM20j ), Jambatan Kampung Cina - Palekbang ( RM150j ), Jembatan berkembar sebelah Jambatan Sultan Yahya ( RM160j ), Stadium Tertutup wanita ( RM25j ) dan Wang untuk Tabung Perumahan ( RM15j )

- Kontrek tamat selepas 12 tahun iaitu tahun 2014, tinggal lagi 2 tahun tapi semua projek diatas belum dibangunkan.

 - Jika KN mahu bangunkan sendiri projek, Liziz kena bayar pada KN.


"Bagaimanapun sekarang, kita tahu jambatan berkembar itu sedang dibangunkan oleh kerajaan Pusat dan hampir siap jadi persoalannya adakah kerajaan negeri sudah menerima wang RM160 juta iaitu kos yang ditanggung kerajaan Pusat dan di mana wang itu." tanya OMBAK yang merindui jawapan.

Jembatan Kg Cina pula dikatakan batu asasnya telah diletakkan 18 tahun dulu, yakni sebelum kontrek diberikan, jadi kenapa dimasukkan dalam kontrek - "Adakah ini bermaksud kerajaan tidak mampu melakukannya sehingga memasukkannya dalam syarat perjanjian yang sampai sekarang pun masih belum dibina,"

Juga yang menjadi kerinduan OMBAK - penjelasan turut perlu diberikan sama ada kerajaan negeri ada menerima apa-apa bayaran dan di manakah duit itu sekarang disimpan atau adakah ia telah dibelanjakan.

Sinar Harian pun ada cerita juga -

Projek Lembah Sireh melibatkan pembangunan dan pengindahan di tebing Sungai Kelantan yang membabitkan kos kira-kira RM2 bilion. Selain dari yang disebut diatas , ia turut melibatkan pembinaan rumah kedai komersial, pelbagai kemudahan sosial untuk penduduk tempatan, kompleks membeli-belah antarabangsa, bangunan pejabat, pusat komersial, lingkaran jalan ke semua arah ke bandar Kota Bharu, water front, laluan pejalan kaki dan jeti awam.


Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri sehingga ketika itu ( November 2010 ) hanya menerima bayaran sebanyak RM7,357,883 daripada pihak pemaju sejak projek tersebut dilaksanakan.

"Oleh kerana projek ini hanya 50 peratus dapat disiapkan, kita anggap ia sebagai projek yang bermasalah dan kerajaan sedang membuat kajian untuk mendapatkan pulangan seperti dijanjikan dengan keluasan 50 peratus tanah yang telah ditimbus semula," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri akhir November 2010.

Bagaimanapun sehingga 2010, antara bangunan yang terdapat di Lembah Sireh adalah pasar raya Tesco, terminal bas dan beberapa blok komersial yang kebanyakannya masih kosong atau dalam pembinaan.

                                        *********************************

Dari blog kelatekito ada satu artikel bertarikh 27 Jun 2011 berkaitan isu ini. Disitu ditulis 1000 ekar pula !

Artikel ni cuma nak sentuh latarbelakang kes je, mana tahu meletop, adalah juga tempat merujuk. Jom kita cek laman LiZIZstandaco pula.
MASTER PLAN nya -


Keseluruhan projek meliputi 4 parcel, merangkumi 10 km sepanjang kiri dan kanan Sungai Kelantan dengan keluasan 1000 ekar.

Pembangunan mengikut Zon / Parcel adalah seperti dibawah. Zon yang disebut diatas adalah Zon D -


Land Area: 440 acre, primarily commercial & residential developments
Scheduled developmend period: 2007 to 2015

• Tesco Hypermarket (Completed)

• 2,560 units of Shop-houses (Partly completed and sold out)
• Waterfront & esplanade (Completing)
• Luxury apartments and residential houses (Commencing in May 2011)
• Integrated transport terminal
• Budget hotel
• Integrated building mall
• Mosque
• Five star hotel
• Golf course
• Dry and wet central market



ZONE LAND AREA DEVELOPMENT ITEM DURATION
(ACRE)
D 440 2,560 shops offices, 1 hyper-market, 1 international building mall, 1 integrated transport terminal, 1 golf course, exclusive bungalows, semi-Ds, & terrace houses 2007-2015
A 230 Residential area 2016-2020
C 280 Residential & commercial buildings 2015-2019
B 50 Public recreation area s 2013-2016


Ada kenyataan akhbar mengenai projek ini -

Pendekata - PROJEK MEGA ! 


OK, kita tunggu perkembangan selanjutnya .....

Share this article :

+ comments + 1 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Pakcu Rantau Panjang.
February 8, 2012 at 6:37 PM

Kalau tengok dia punya model plan kalah KlCC punya oiiii..tu lah jangan lekehkan Kelantan Bro Din....ni bukan cubaaan tapi betul..betul..
Macam kat kampung Pakcu tu...papan projek akan siap pada tahun 2005 dulu tapi hari ini baru naik tiang masjid Bandar Rantau panjang...dan saiznya dikecilkan...entah kenapa???...bukan tak cukup tanah agak-gak tak cukup apa ..yaaa.... ni betul-betul tau bukan cubaaaaan...

Post a Comment