Halalkah Makanan Di Kantin Sekolah Vernakular ?

Thursday, November 24, 20112comments

Kepada umat Islam yang menghantar anak-anak bersekolah di sekolah vernakular diminta ambil perhatian ! Larang anak-anak anda dari memakan sebarang makanan yang dimasak dari kantin sekolah kerana timbul keraguan akan status halalnya.

Ini berikutan kenyataan Wee Ka Siong dalam paper The Star semalam yang membuat saya terpanggil untuk timbulkan isu ini. Kata ahWee, tidak ada arahan dari Kementerian Pendidikan yang mensyaratkan hanya makanan halal saja boleh dijual di sekolah vernakular.

Walaupun terdapat garispanduan yang operator kantin mesti menyediakan makanan halal jika terdapat bilangan murid Islam yangberpadanan ( sufficient ), mereka dibenar juga untu menjual makanan haram kepada murid-murid kafir.


Bagaimanapun ahWee berkata, mengikut amalan, operator kantin menyediakan makanan bebas babi.

Saya tak tahulah tuan-tuan, tapi pandangan saya bila baca artikel itu jelas menunjukkan betapa rendahnya tahap pemahaman ahWee terhadap isu Halal dalam pemakanan. Baginya yang haram cuma babi. Tidak terlintas pada ahWee dan majoriti orang cina akan soal cara penyediaan makanan yang juga merupakan faktor penting menentukan status halal.

Saya tertanya juga, apakah pihak JAKIM ada membuat pemeriksaan keatas kantin-kantin sekolah vernakular bagi menentukan apakah tempat-tempat itu Halal bagi umat Islam.

Sepatutnya perkara sebegini tidak timbul lagi dah setelah negara merdeka selama 54 tahun, setelah rakyat berbilang agama hidup bersama selama itu. Seharusnya telah wujud satu bentuk pemahaman akan pantang larang, halal haram , yang dituntut oleh pelbagai agama yang ada dinegara kita. Jika masih perlukan 'arahan' , ia menunjukkan kurangnya toleransi dan pemahaman orang kafir tentang perkara asas yang dituntut oleh Islam seperti isu makanan halal haram.

Dengan tahap pemahaman yang begitu rendah, apakah tidak mungkin terdapat kakitangan sekolah yang bawa bekal makanan haram dari rumah untuk dimakan disekolah dan mereka menggunakan peralatan kantin seperti pinggan, sudu garfu dan cawan ..... dan peralatan yang sama akhirnya digunakan juga oleh muri-murid ? Saya tidak fikir orang cina pernah dengar tentang 'samak' ....

Bagaimana pula dengan makanan yang tanpa babi tapi masih diragui status halalnya ? Siapa yang membekalkan ayam, itik dan daging kepada kantin mereka ... apakah disembelih cara Islam ? Apakah faktor halal timbul dipemikiran operator kantin disekolah vernakular ? selain dari makanan tanpa babi ...

Entahlah ... mungkin ia isu remeh. Namun saya suka mengesyorkan pihak Kementerian Pendidikan mensyaratkan setiap kantin disemua sekolah vernakular mendapatkan sijil Halal dari pihak Jakim. Kalau bukan untuk kepentingan murid-murid Islam, fikirkanlah juga pemimpin-pemimpin Melayu yang akhir-akhir ni amat rajin turun melawat sekolah-sekolah cina untuk beri pelbagai bantuan .... tidakkah mereka juga akan dijamu dalam majlis-majlis tersebut ?


The Star - No directive to serve only halal food in Chinese dan Tamil schools

KUALA LUMPUR: There is no directive from the Education Ministry that only halal food be sold at all Chinese and Tamil primary schools, said its Deputy Minister Datuk Dr Wee Ka Siong.

He said while under the ministry's guidelines, canteen operators must provide halal food if there was a sufficient number of Muslim students in the school concerned, Chinese and Tamil school canteen operators could also offer non-halal food to their non-Muslim students.

"However, in practice, school canteen operators usually offer pork-free food," he told reporters at the Parliament lobby Wednesday.

Dr Wee was responding to a vernacular news report stating that a circular was recently issued by the Negri Sembilan Education Department to schools in the state that only halal food be sold by canteen operators.

Based on initial feedback, he said Negri Sembilan's Education Director had confirmed that no such directive had been issued.

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Otak Geliga
November 24, 2011 at 2:06 PM

minta je keluarga bekalkan makanan dr rumah/ dibeli di tepi jalan yg sememangnya dijamin halal

....................
Reply To This Comment ...................
November 24, 2011 at 11:44 PM

salam Otak geliga - memang doh ... tapi inti artikel ini sebenarnya tentang betapa rendahnya tahap pemahaman rakyat negara kita tentang ugama dan budaya lain, menunjukkan kurangnya interaksi sebenar antara rakyat. Sepatutnya benda macam ni dah tak perlu diungkit lagi setelah negara merdeka 54 tahun !

TerimaKasih !

Post a Comment