Yang paling banyak orang siarkan adalah gambar pertama ni yang menunjukkan kehadiran Hassan Ali dan Harussani. Saya TABIK tuan berdua !
Media kata 5ribu, kawan kata 10ribu ... sebagai satu majlis anjuran NGO kehadiran amatlah membanggakan. Tapi jika mengambilkira tujuan majlis dan berdasarkan 'janji' beberapa pihak yang mahu menghantar sekian-sekian banyak peserta, ternyata ia amat mengecewakan.
Suka saya petik kenyataan Pengerusi Bersama Himpun yang juga Pengerusi Teras, Mohd Azmi di TMI berkenaan kehadiran Hassan -
“Saya berbesar hati dengan kehadiran beliau, kami hantar jemputan kepada semua, kepada PKR, kepada Umno, kehadiran beliau hari ini bukanlah atas dasar organisasi politik, sebaliknya sebagai individu Islam yang memperjuangkan perkara berkaitan murtad ini,”
Banyak sebenarnya yang boleh diperkatakan tentang Himpun ni, ramai dah yang ulas ..... tapi saya nak komen satu je. Mengenai gambar yang saya nantikan itu -
DI MANA GAMBAR PEMIMPIN UMNO ? Di Manakah Kau ....?
******************************
Oya, berikut adalah komen seorang pengunjung tetap yang saya kira boleh diterima sebagai pandangan seorang yang neutral tentang Himpun yang dihadirinya.
Majlis pun bermula dalam pukul 3 lebih. Stadium tu agak besar so sebelah bahagian yang penuh di tengah2 saja. Saya rasa dekat 10,000 tapi saya baca kat blog2 pembangkang cakap dalam 5000 tapi tak kisahlah tu kan.
Saya cuma boleh komen selepas saya datang. Ucapan2 ataupun ceramah pendek dari penceramah jemputan dan juga wakil2 Ngo yang hadir termasuk Perkasa menyeru umat Islam bersatu. Perkasa mengatakan akan memberi sokongan penuh kepada Himpun. Saya menunggu mufti Harunsani berucap dan ternyata tidak mengecewakan. Beliau berucap dengan nada perlahan tetapi berkesan.
Penceramah2 lain juga bagi saya menepati tujuan himpun ini iaitu bukan hendak menakut2kan ugama lain. Kita cuma mahu umat Islam sedar tentang akidah dan juga menyeru penganut ugama lain respek ugama Islam. Tiada hasutan, tiada ucapan yang negatif menakut2kan umat Islam ataupun sesiapa sahaja.
Kehadiran Hassan Ali juga ditunggu2 tetapi beliau bukan beri ceramah cuma doa penutup yang menyentuh perasaan sesiapa saja yg mendengar. Walaupun hujan tetapi semasa bacaan doa tu tiada yang berganjak. sebab sebak !
Yang pasti Himpun ini sebenarnya ingin melihat sambutan umat Islam adakah kita prihatin dan sanggup bersatu tanpa mengira politik dan penganjur Himpun mengatakan ini bukan yang terakhir, meraka akan jelajah setiap negeri insyaAllah.
Kesimpulannya, walaupun kehadiran tidak ramai tetapi membanggakan bagi saya sebab ramai orang2 muda hadir dan tanpa ikatan politik. yang memakai baju seragam cuma Ngo saja, tidak ada Umno, Pas atau Pkr tapi saya pasti ramai mereka yang hadir jadinya suasana amat tenang. Ya, saya rasa tenang dan bangga adik dan kakak saya mahu hadir dan mereka juga setuju dan tidak merasa bosan ataupun rasa kesal kerana hadir.
Akhir sekali, saya berkongsi pandangan dengan teman blogger Tukang Duk Peghati di SINI
TERKINI - Dengar dan saksikan video doa Hassan Ali itu diartikel selepas INI
TERKINI - Dengar dan saksikan video doa Hassan Ali itu diartikel selepas INI











+ comments + 5 comments
ia akan lagi bagus kalau ada pemimpin2 umno yg turut hadir smlm.Tetapi bagi siapa yg hadir smlm tak pikirkan sangat siapa hadir dan siapa tak hadir, dan perlu diperbetulkan fakta yg mengatakan hanya golongan2 mahasiswa atau ahli2 ngo saja yg ramai hadir.Yang pasti org2 seperti saya dan ramai lagi yg volunteer sendiri utk hadir utk menyokong tanpa mengharap sebarang habuan etc2. Niat kami ingin menyokong niat dan hasrat himpun dan berharap ia diteruskan dan membuat program2 lagi utk menyedarkan kita umat islam semua tentang isu akidah ini. banyak sebenarnya boleh kita buat.So bagi saya its a good start dan harus teruskan dan tak perlu dipertikaikan esp dari umat islam sendiri.sungguh sedih bila membaca komen2 mereka ini. :(. mereka patut beri cadangan yg membina instead of just condemn.Betul x?
KA
Salam KA,
Terimakasih diatas pengalaman yang saudari nukilkan itu. ya, dari gambar2 yang ada, ramai yang terdiri dari 'orang biasa', yang tidak banyak cakap tapi 'buat' setelah mereka yakin akan kebenarannya.
Bilalah agaknya akan ada satu majlis yang neutral dimana SEMUA boleh sepakat hadir ...?
saudara Din, pasti ada yg prihatin dan cuba anjurkan majlis2 neutral ini lagi,insyaAllah.Bak saya katakan himpun ini satu permulaan untuk kita sambung dengan program2 ilmuan maupun program2 yang boleh menuju ke arah itu.kalau kita kaji banyak kelemahan2 kita yg perlu kita perbaiki dan masing2 ada tanggungjawab utk kita laksanakan mengikut kemampuan kita,insyaAllah.
KA
sepatutnya hal berkenaan islam adalah titik neutral. malangnya selagi semua hal adalah mengikut perkiraan politik, sampai bila xkan ade titik pertemuan.
perjuangan politik dahulu memberatkan tentang nasib agama rakyat dll.
perjuangan politik sekarang ialah, whts in it for me?
melayu hampa.
salam melayu hampa - pahit untuk diterima, namun itulah hakikatnya sekarang ...apakah mungkin berubah ? InsyaAllah ...
Post a Comment