Monday, September 26, 2011

Konfrontasi Hudud Pas-Dap : Mungkinkah Ia Strategi Agung Pakatan ?

“Jika anda berkata sebarang perkataan dalam prinsip bersama dalam Buku Jingga itu menyebut tentang hudud atau negara Islam, saya fikir bukan sahaja saya tetapi semua anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan meletakkan jawatan."

Demikian  cabaran / janji /ugutan Lim Guan Eng kepada Nik Aziz seperti dilapurkan Utusan. Nak tak nak saya terpaksa tabik kepada ketegasan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin Dap. Saya yakin ramai yang percaya mereka mampu dan akan menunaikan janji itu. Kalau bab menentang Islam, sememangnya Dap pejuang sejati yang sanggup mati dari mengalah.

“Pendirian kami jelas, kami tidak menerima hudud ataupun sebuah negara Islam,”

Memang jelas, tidak ada ruang untuk disalahtafsirkan, tidak ada syarat-syarat yang dikenakan seperti lazimnya orang berpolitik. Ini bukan kenyataan politik tapi ia adalah satu pegangan hidup.

Krisis Hudud Pas-Dap sudah memasuki fasa terakhir. Pas perlu membuat keputusan samada tunduk mengalah kepada ketegasan Dap dan menyelamatkan perpaduan Pakatan namun berdepan risiko selamanya dicop sebagai Bacul dalam perjuangan Islam, hanya pandai ber retorik bab Hudud ATAU bertegas, membuktikan kepada umat Islam bahawa Pas tidak akan sekali-kali tunduk mengalah dari perjuangan menegakkan Hukum Allah dibumi Malaysia dan risikonya pula Pakatan akan berpecah.

Ia sememangnya mendebarkan saat-saat negara hanya menunggu masa saja untuk menghadapi PRU 13. Bagi ramai penganalisis politik, situasi ini tidalah mengejutkan. Pakatan yang sering digambarkan sebagai tidur sebantal, mimpi lain-lain hanya menunggu masa saja untuk dua parti yang berpaksikan asas perjuangan umpama air dan minyak ini, berdepan dan menyelesaikan perbezaan utama itu.

Ramai yang menjangkakan Nik Aziz akan mengalah. Sekiranya itu berlaku, Pas mungkin mampu mengekalkan sokongan ahli mereka yang sememangnya taksub dengan pemimpin tapi berdepan risiko kehilangan sokongan dari orang Melayu yang dikategorikan sebagai atas pagar. Golongan inilah yang telah banyak membantu Pas dan Pakatan dalam prestasi terbaik mereka semasa PRU12.

Apakah ada pilihan / strategi lain selain dari itu ? Mungkin ada tapi risikonya terlalu besar namun mampu menjanjikan Putrajaya sekiranya berjaya.

Pas bertegas dan memilih untuk keluar dari Pakatan demi mempertahankan prinsip perjuangan mereka. Pakatan Rakyat akan terbubar TAPI pakatan tidak resmi dalam menghadapi PRU13 masih mampu dilaksanakan. Selama inipun setiap calon dalam Pakatan bertanding atas tiket parti masing-masing kerana Pakatan Rakyat tidak diiktiraf sebagai sebuah gabungan parti seperti BN.

Kesan perpecahan mungkin tidak serius malah kemungkinan kedua-dua Pas dan Dap mampu mendapat sokongan yang lebih besar dari apa yang mereka terima pada PRU12. Mereka akan dilihat sebagai parti yang tetap pendirian masing-masing, Pas dengan perjuangan Islamnya dan Dap dengan sekularnya. Orang Melayu akan teruja dengan ketegasan Pas memperjuangkan Islam dan orang bukan Islam akan teruja dengan ketidak kompromian Dap terhadap konsep negara Islam.

Sekiranya mereka dapat bersepakat dalam pembahagian kerusi yang ditandingi, mengekalkan pertandingan satu lawan satu dengan calon BN dalam setiap kerusi, peluang pembangkang akan cerah kali ini. Motto mereka nanti pastinya - ' Jatuhkan BN ( Lepas tu apa nak jadi pun jadilah )'

Hanya dengan cara ini sajalah yang mampu menyelamatkan maruah kedua parti. Risikonya besar. Ia bakal menjadi misi berani mati bagi mereka. Namun melihatkan situasi BN dan Najib yang masih terkapai-kapai mengumpul sokongan, peluang keemasan ini mungkin tidak akan dilepaskan. BN dalam keadaan paling lemah ketika ini dan keadaan sebegini mungkin tidak akan berulang lagi.

Selepas saya melayan senario diatas, timbul satu persoalan yang menarik. Apakah konfrontasi Pas-Dap atas isu Hudud ini sememangnya dirancang dari awal ? Seingat saya, isu ini timbul secara tiba-tiba minggu lepas bila Nik Aziz tak semena-mena menimbulkan kembali isu Hukum Hudud yang ramai beranggapan sudah dilupakan Pas. Apakah mungkin selama seminggu ini Pas dan Dap hanya bersandiwara ?

3 comments:

  1. ANAK BUKIT HIJAUSep 25, 2011 06:04 PM

    Salam.

    Sandiwara atau tidak hakikatnya jelas.

    Dengan berpegang tegas dan teguh dengan prinsip "menolak Islam" parti berkenaan sangat-sangat mengharapkan tiada penyokongnya akan "lari".

    Begitu juga sebaliknya. Setelah "mengistiharkan" ia tidak lagi berjuang bagi menegak sebuah Negara Islam, tetapi sanggup berubah kepada Negara Berkebajikan, parti berkenaan sedar agak ramai juga ahlinya turut "berubah" dan mencari dahan yang lebih kuat untuk bergayut, mau tidak mau perlulah dipujuk kembali mereka yang kecewa dengan menimbulkan kembali Hukum Hudud.

    Pada pandangan aku ahli-ahli yang "merajuk" kerana perubahan perjuangan, amat sukar untuk diyakini hati dan pemikiran mereka, kerana aku percaya bagi mereka, perjuangan bukan sama dengan pilihanraya.

    ReplyDelete
  2. Untuk mengandaikan pas-dap benar2 bergaduh kerana isu hudud adalah agak mustahil.Mereka masing2 bukan baru dalam politik dan tidaklah semudah itu dipermainkan oleh media(diprovok oleh media).

    Jangkaan saya,ini memang permainan mereka untuk mengukuhkan kedudukan pas sebenarnya.Ini adalah kerana dap tahu tanpa sokongan Melayu pakatan rakyat tidak akan kemana.Mereka(cina dan agenda cina) sangat perlukan sokongan Melayu melalui pas sekurang2nya 50% untuk ke putrajaya.

    Dap melihat sokongan Melayu pada pas sudah jauh merosot atas isu2 agama dan bangsa yg sentiasa menyebelahi bukan melayu(baca dap)yg boleh dianggap sebagai 'pengorbanan' pas.Jadi sudah pasti pimpinan2 dap dan pas juga pkr perlu melakukan sesuatu menjelang PRU13 yg akan tiba bila2 masa untuk mengembalikan sokongan(seperti biasa melayu atas pagar)pada pas.

    Strategi 'kembali' ke prinsip perjuangan asal biasanya akan membuahkan hasil yg lumayan.Kalau kita ingat lagi dap pernah keluar dr Barisan Alternatif setelah melihat kemerosotan sokongan yg teruk dr cina kerana berkompromi dengan pas pada PRU sebelumnya.Hasilnya dap telah mendapat kemenangan yg besar pada pilihanraya itu.Begitu juga yg berlaku pada pas.

    Jadi politikus2 tegar ini amat sedar tentang betapa pentingnya perkara ini('kembali' ke landasan asal).Makanya apa yg mereka sedang lakukan sekarang adalah untuk mengembalikan keyakinan pengundi tentang 'keteguhan' prinsip perjuangan masing2.

    Oleh itu sama2lah kita saksikan setakat mana lakonan ahli2 politik ini memperdayakan rakyat.Pas mungkin pura2 tidak mengalah seperti selalunya.Paling kuat pun mereka akan biarkan isu ini tergantung dalam keadaan pas dilihat 'teguh' dengan semangat hududnya sehingga PRU13.Tapi kalau pas sampai sanggup berpura2 keluar dari pakatan,ini sudah tentu sesuatu yg sangat menarik untuk dilihat.Sama2 kita tunggu sambil makan popcorn.

    ReplyDelete
  3. salam ANAK BUKIT HIJAU - Dunia politik kita telah menyaksikan banyak pemimpin yang melakukan perubahan prinsip , semuanya masih diterima rakyat. Bukankah Melayu Cepat Lupa, dan juga Cepat Memaafkan ?

    Salam tobeng - Dek tempuh masa yang suntuk sebelum PRU, agak sukar untuk Pas perbaiki imej sekiranya Nik Aziz mengalah. Alternatif lain ..... inilah dia. Last kopek buat Nik Aziz sebelum pergi holiday.

    TerimaKasih !

    ReplyDelete