........... Kelebihan Belajar DiSekolah Cina - Pengalaman Seorang Ibu Melayu | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kelebihan Belajar DiSekolah Cina - Pengalaman Seorang Ibu Melayu

Monday, August 8, 201131comments

Seorang pembaca ada mengirimkan email menceritakan pandangan beliau tentang Sekolah Cina melalui pengalaman menghantar anaknya belajar disana. 

                             ***************************************

Salam Din.

Saya nk beri pandangan saya berkenaan sekolah vernacular ni. Anak lelaki saya 6 tahun saya sekolahkan di sekolah cina semasa di sekolah rendah.

Kenapa saya berbuat demikian? Sebab saya nk anak saya mahir dalam bahasa mandarin. Tu tujuan utamanya. At the same time anak2 lain saya sekolahkan di sekolah kebangsaan saja. Anak ketiga saya cuma 3 tahun saja di sek cina dan dia tak boleh cope sebab tak dapat mahirkan dalam bahasa mandarin so saya sambungkan dia di sekolah kebangsaan saja lepas tu.

Dari situ saya buat perbandingan antara sekolah cina ni dan sekolah kebangsaan. Terlalu banyak bezanya. Di sekolah cina ternyata kaum lain selain cina di treat secara sama dan malah banyak juga kelebihan di berikan tak taulah cuma berlaku di sekolah anak saya ataupun si semua sekolah cina. Misalannya, since cuma dia seorang sahaja melayu dia akan diberi peluang untuk menyertai beberapa aktiviti saya dah lupa lah aktiviti apa tapi bagi saya satu penghargaan lah juga.

Namun daya saing sangat hebat di situ especially kena mahir dalam bahasa mandarin sekiranya nak belajar subject lain ie matematik sains etc2.Saya pasti anak saya akan mendapat lebih markah jika disekolah kebangsaan tetapi pencapaian dia agak membanggakan saya kerana tujuan utama saya inginkan dia mahir dalam bahasa mandarin so saya tak lah sampai push dia mesti straights A utk semua matapelajaran.

Selain itu saya dapati silibus dan kaedah2 yang digunakan sangat berkesan. Imagine mereka belajar sampai ke hari terakhir sekolah! Kalau sekolah kebangsaan, habis periksa mulalah murid2 ponteng sekolah sebab guru tak mahu mengajar so dia org akan duduk termenung je di kelas.

Bila cuti murid2 kena beli buku latihan khas untuk dibuat semasa cuti sekolah. Dari segi homework pulak, ada satu buku khas untuk catit apa homework yang mereka kena buat dan buku ini kena ditandatangani oleh ibu bapa so ibu bapa akan tahu yang anak2 mereka ada homework yang perlu di buat.Sebarang announcement sekolah juga akan dilekatkan dibuku tersebut.

Dari segi keselamatan juga, mereka akan make sure murid2 beratur di dalam kawasan sekolah mengikut barisan menunggu bas sekolah dan driver bas akan masuk mengambil budak2 ini ke bas mereka.

Bila hujung tahun, ibu bapa akan di beri list buku untuk tahun depan dan guru akan tolong belikan dan beri kepada anak murid sebelum sekolah berakhir so bila buka sekolah semua dah ready.

Banyak lagi lah kelebihan mereka especially dari segi latihan tak henti2 dan guru akan cek latihan2 tersebut dan bukan suruh saja buat tapi tidak di cek.

Sekiranya anak melayu ingin survive di sekolah cina, mereka kena aktif dan tidak pendiam untuk memudahkan mereka bertutur dalam bahasa mandarin dan memang extra effort kena dilakukan untuk bersaing dengan murid2 cina ini.

Di sekolah cina juga mereka pentingkan IT. makmal computer sangat lengkap dan memang ada kelas 2 kali seminggu setiap murid kena attend dan bukannya di kongsi computer dan kelas itu wajib.

Oleh kerana banyak belanja mereka akan minta ibu bapa memberi sumbangan utk makmal dan juga bayaran letrik utk aircond jika kelas ptg supaya murid2 selesa belajar.

Di sekolah kebangsaan pula, semuanya opposite bila saya bandingkan. Bukannya tak bagus langsung tapi saya boleh nampak guru2 sekolah cina berusaha nak mendidik bangsa mereka.

Cuma di salah sebuah sekolah anak saya, ie sekolah kebangsaan, guru besar dia berbangsa cina tetapi sangat fasih berbahasa melayu dan beliau sangat hormatkan budaya n ugama islam bila ingin membuat sebarang program atau aktiviti.

Saya nampak beliau cuba serapkan beberapa perkara yang sekolah cina saja applykan tapi tak semualah. At least there is an effort.

Saya boleh buat perbandingan ini kerana saya ada 5 org anak dan mereka bersekolah di beberapa sekolah yang berlainan. Apa yang saya ingin katakan disini, saya memang sokong satu sekolah untuk semua bangsa supaya mereka di didik dari awal bergaul dengan semua bangsa.

Yang saya nampak disini, ibu bapa cina sangatlah tekankan pelajaran untuk anak mereka. Tak kira mereka cuma penjual sayur ataupun berpangkat besar tapi mereka akan sediakan rotan dan meja ditgh2 rumah dan duduk bersama2 anak mereka pastikan anak mereka belajar. Pernah tak Din nampak situasi ini, setiap rumah mereka mesti ada meja lipat yang mereka akan gunakan utk anak2 mereka belajar.

Dengan teknik pembelajaran anak2 mereka di sekolah cina, saya boleh nampak kenapa mereka lebih suka menghantar anak2 mereka belajar di situ dari sekolah kebangsaan. So, pendapat saya, yang penting bagi mereka, adakah anak2 mereka mendapat pembelajaran yang secukupnya seperti yang diamalkan disekolah cina tersebut di sekolah kebangsaan juga?

Mampukah kerajaan merealisasikan ini semua? Yang saya nampak guru2 sekolah kebangsaan tidak bersungguh2 dan teknik pembelajaran tidak sama mungkin tidak ditekankan/di ajar cara begitu. Guru2 sangat penting kerana mereka yang mendidik anak2 kita walaupun ibu bapa tidak boleh harapkan guru semata2.

So, saranan saya, kajilah semula dan tengok macam mana teknik pembelajaran yang di ajar di sekolah cina dapat di apply di sekolah kebangsaan ini.

Ambil mana yang bagus seperti cth saya tadi. Di samping itu terapkan aktiviti2 yang berlandaskan perpaduan antara kaum. Galakkan mereka beraktiviti di mana wajib setiap kaum dalam sesuatu group untuk membuat assignment atau apa saja bersama2.

Perlu banyakkan cara yang membuat pembelajaran itu interesting dari hanya baca buku text dan buat latihan. Contohnya subjek sains, kalau kita dapat tunjukkan secara live apa yang di pelajari dari dlm buku text itu membuat murid lagi teruja dan mereka akan paham lebih cepat lagi.

Lagi satu contoh sabjek sejarah. Buat satu ‘play’ dan suruh mereka lakunkan kembali peristiwa2 yang berlaku seperti sewaktu kemerdekaan dan sebagainya.Wajibkan semua ini dilakukan berkumpulan dan berbilang kaum. Tekankan n terangkan budaya masing2 dari awal lagi supaya mereka akan dapat paham.

Adakah semua ini tidak masuk akal? Bagi saya boleh saja dilakukan. Perlu input dari banyak pihak untuk wujudkan sekolah ini menjadi kenyataan.

Pertama, kaji semula dan ambil cth2 pembelajaran yang bagus dari sekolah cini dan praktikkan.

Kedua buat pembelajaran itu interesting dan buat murid2 suka datang ke sekolah

Ketiga, involve interaction antar kaum dan ajari mereka budaya berbilang kaum.

Keempat pelajaran seperti IT harus diwajibkan dan setiap murid harus dapat peluang itu, ini tidak. Anak saya selalu cakap computer selalu rosak dan tiada kelas wajib utk itu.

Kelima, bahasa ibunda harus di di ajar dan buatkan ia matapelajaran wajib ie mandarin utk cina, tamil utk India dan arab utk melayu tapi boleh juga buat dibuka bahasa mandarin utk semua kaum etc2.

Seperti yang saya cakap tadi, masyarakat cina amat pentingkan pelajaran dan bahasa mereka. Jadi berikan mereka kedua2nya dan kaum lain juga dapat manfaat itu juga so why not kan.

Bukanlah saya cakap ini bangsa lain esp melayu tak pentingkan pelajaran tetapi cara mereka lebih aggressive dan kenyataan ini adalah secara general lah.

Kepada soalan tambahan dari saya mengenai tahap penggunaan Bahasa Kebangsaan diSekolah cina, ini jawapan beliau - 

According to anak saya, di sekolah cina bahasa kebangsaan hanya di gunakan di kelas BM saja sebab matapelajaran lain dlm bahasa mandarin kecuali math n sains dwi bahasa dan juga subjek ugama.

Ketika perhimpunan murid2 menyanyikan lagu negaraku, lagu bahasa jiwa bangsa, lagu selangor semua dlm BM dan lagu sekolah saja dlm bahasa cina.

Memang penggunaan bm amatlah terhad tapi rasanya ada juga tulis rukun negara etc2 dlm bm di dinding sekolah etc2.

Bukanlah sy tulis kelebihan sekolah cina ni sy sanjung mereka tapi kita kena terima kenyataan sekolah cina mmg agak teratur dan menyediakan murid dgn cabaran dn daya bersaing dan mereka sanggup keluarkan duit lebih utk keselesaan murid dan kelebihan belajar seperti buku2 latihan tambahan dan bayaran aircond etc2.
KA

TerimaKasih saya ucapkan kepada Puan KA diatas artikel yang bagi saya ikhlas.Saya komen pendek je buat masa ni. Saya akui akan kelebihan sistem sekolah cina, malah banyak kali juga saya dengar pengakuan dari beberapa orang teman yang menghantar anak mereka kesana. Saya setuju dan saya sokong sekiranya sistem pembelajaran disekolah cina itu dapat dinikmati oleh SEMUA murid-murid.

Apa yang saya bangkang adalah KEWUJUDAN SEKOLAH CINA kerana ia memisahkan interaksi anak2 dua kaum terbesar dinegara kita. Selain mengharapkan yang terbaik dibidang akedemik, kita juga tidak harus melupakan faktor PERPADUAN antara kaum.  Kesan pemisahan itu semakin terasa sekarang bila produk sekolah cina yang majoritinya tidak fasih / tidak faham Bahasa Kebangsaan, tidak terdedah pergaulan dengan kaum lain, mula memasuki alam dewasa / pasca sekolah.

Majoritinya tidak faham akan sensitiviti kaum dan agama lain, hidup berasingan sesama kaum mereka .... pendekata - menjadi punca kepada masalah perkauman yang sedang kita hadapi ketika ini. Dan keadaan menjadi semakin parah bila semakin ramai produk sekolah cina keluar dan semakin banyak sekolah cina dibina.

PERPADUAN TIDAK MUNGKIN WUJUD MELALUI PENGASINGAN !

Jalan terbaik adalah Sistem Satu Sekolah dimana semua sistem dan cara pembelajaran yang terbaik diSATUkan, dan murid-murid diSATUkan dibawah satu bumbung, dengan bertulang belakangkan Bahasa Kebangsaan. Inilah Sistem Pendidikan Satu Malaysia yang sebenarnya !

Share this article :

+ comments + 31 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2011 at 12:42 PM

Saya setuju bahawa guru-gur cina berusaha utk membantu bangsanya .Perkara ini juga berlaku dengan guru-guru melayu yang ingin melihat bangsanya maju. Tapi semenjak ibu bapa mula melihat bahawa segala bentuk tindakan guru mencubit serta merotan sebagai satu kesalahan yang besar sehingga ada yang membuat laporan polis maka dapat kita lihat bagaimana prestasi pelajar-pelajar melayu selepas itu. Adakah sistem pembelajaran kita yang salah atau sikap ibu bapa yang mendorong perubahan sikap guru-guru melayu dalam mendidik anak bangsa.Lu pikir la sendiri

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2011 at 1:44 PM

Saya tidak bersetuju dengan kenyataan "KEWUJUDAN SEKOLAH CINA memisahkan interaksi anak2 dua kaum terbesar dinegara kita".
Sepatutnya kita kena terapkan kepada ibubapa agar berfikiran lebih terbuka untuk membuat pilihan yang terbaik bagi masa depan anak-anak kita.
Dulu semasa zaman look east, berpuluh2 pusat bahasa diujudkan agar kita dapat berbahasa lebih dari satu dan memudahkan kita berurusan dengan Negara Jepun. Tapi itu dulu semasa Jepun menguasai Teknologi Dunia, sekarang Negara Cina merupakan satu kuasa besar dari segi Teknologi maupun Pembangunan. Apasalahnya kita belajar menguasai bahasa Cina? lihat sahaja Negara Jiran kita Indonesia yang lebih dahulu mewujudkan Bangsa Indonesian?....dimana kedudukan mereka? masih kebelakang dari Negara Kita dibandingkan dengan Singapura.

Saya adalah bekas pelajar sekolah Menengah Jenis Kebangsaan yang suatu masa dulu pernah menggunakan dwi bahasa dalam segi pembelajaran, Bahasa Cina dan Inggeris. Sekarang terdapat sedikit rasa kekesalan pada diri saya kerana tidak dapat menguasai bahasa China kerana pada masa itu saya lebih di suruh untuk menguasai bahasa Inggeris oleh orang tua saya. Memang pada masa itu bahasa Inggeris lebih digunakan dalam mana-mana organisasi Kerajaan mau pun swasta kerana kita masih menggunakan cara-cara British.

Tetapi selepas saya menamatkan persekolahan dan mula bekerja, 90 peratus syarikat/organisasi maupun perniagaan di Kuala Lumpur dikuasai oleh Bangsa Cina dimana masaalah komunikasi membuat bangsa Melayu terbelakang dari segi Perjawatan.Sehingga kini kalau kita lihat iklan jawatan kosong diakhbar berbahasa Inggeris yang menyatakan "Preferably Chinese" or Chinese spoken..

Ini memang berbeza sekiranya kita bekerja di agensi Kerajaan, tetapi berapa ramaikah diantara kita yang bertuah dapat menjawat di perkhidmatan Awam?...dan bagaimanakah mutu perkhidmatan Awam yang masih berlaku hingga kini? Walaupun beberapa usaha dimajukan agar Jabatan2 tersebut dapat bersaing dengan dengan Organisasi yang lain?

Saya juga selalu kecewa berapa ramai antara orang2 kita yang diperbodohkan oleh bangsa mereka semasa kita berbelanja dikedai mereka..saya pernah cuba untuk membeli sesuatu dan jurujual itu bertanya kepada Towkeynya berapakah diskaun yang harus diberi pada saya....anda TAHU apa jawapan yang diberi oleh towkey itu?....SEMBELIH AJA BANGSA INI (yang bermaksud kenekan harga yang tinggi kepada saya!!) bila saya menyatakan saya tahu apa yang mereka perkatakan, dengan muka merah mereka memberi saya diskaun yang paling banyak saya pernah terima....!!!
Sehingga kini saya masih rasa kesal berapa ramaikah bangsa kita yang telah ditipu/digunakan oleh bangsa mereka...

Oleh itu anak-anak saya sekarang saya hantar mereka untuk belajar di Sekolah Cina agar masadepan mereka lebih terjamin dan dapat menguasai bahasa mereka, dan akhir-akhir ini Taiwan telah menawarkan kursus Vokasional secara percuma untuk Rakyat Malaysia yang mahir berbahasa Mandarin..

Jangan lah Kita selesa dengan kemunduran pemikiran kita...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2011 at 1:59 PM

Adalah tidak banyak pentingnya membandingkan aspek keselesaan, keselamatan, motivasi dan interaksi pelajar untuk dua buah sekolah yang berlainan.

Contohnya untuk apa membandingkan antara masjid di tempat A yang ada air-cond dengan masjid B yang tidak ada aircond? Sudah tentu kalau ditanya para jemaah, yang ada air-cond lebih selesa!

Soalnya, kalau mahu membuat perbandingan antara epal dan epal, bandinglah rasa dan khasiatnya. Kalau dibandingkan kotaknya, negeri asalnya, saiznya dan warnanya, ia tidaklah banyak pentingnya dalam konteks epal sebagai produk makanan.

Justeru dalam bab masjid, perbandingan dari sudut estetika, parkir, keselamatan dan pengangkutan tidak banyak pentingnya. Yang penting bab ibadatnya. Apakah ibadat di masjid A sama atau tidak sama dengan di masjid B. Atau, adakah kurikulum pembelajaran agama di masjid A dan B sama atau tidak.

Makanya dalam konteks sekolah, kalau analogi epal dan masjid dijadikan contoh, makanya bandingkanlah sekolah A dan B dari sudut kurikulum yakni apakah kurikulum sekolah A lebih baik dari B atau sebaliknya.

Chinglot

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2011 at 2:37 PM

Umur saya 50th sekarang. Semasa sekolah menengah kami bercampur cina melayu india dlm kelas. Saya baik dengan semua org termasuk anak-anak cina ni. Pergi sekolah pun selalu naik basikal bersama-sama, yang bestnya sya ni tak berada..ada budak cina tu bapak dia juga kerja toreh getah. tetapi dari sikap bapak dia...anak dia ada complete buku rujukan untuk SRP lk 8 buah (utk semua subject) . Saya cuma ada 1 buku je. Bila cuti penggal 2 minggu dia bagi pinjam semua buku rujukan itu kat saya. alhamdulilah bila exam say dapat jadi best student dan budak cina tu juga dapat baik sebagaimana saya. Oleh itu saya galakan supaya sekolah cina melayu india bercampur..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2011 at 2:48 PM

Terima kasih kerana sudi berkongsi fakta berkenaan sekolah cina based on pengalaman saya menghantar anak ke sekolah cina. :0

Saya mengharapkan kita dapat wujudkan sistem satu sekolah dan study dulu apa kelebihan sistem yg digunakan di sekolah cina dan applykan / terapkan konsep perpaduan dari mula lagi.

KA

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2011 at 3:00 PM

Menghantar anak ke sekolah cina adalah satu pelaburan yang sangat baik.

Tujuan utamanya perlu dijelaskan kepada anak itu sendiri agar dia tidak rasa tertindas atau dianiaya oleh ibu dan ayahnya....Ia umpama kita berada di bumi China.... Pastinya wujud perasaan asing....

Tetapi apabila sudah tamat pengajian, pasti si anak akan tahu apa kesannya dia berada di sekolah cina dulu.

Cth terdekat, rakan aku sekarang, dia maju dlm perniagaannya apabila dulu dia disekolahkan di sekolah cina.

Org Cina menguasai ekonomi, dan kita hnya boleh mengharunginya jika kita fasih berbahasa mereka.

Kata member aku lagi, org Cina sangat respek jika kita boleh bertutur dlm bahasa mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2011 at 3:58 PM

Di Johor anak islam wajib hadir ke sekolah agama islam. Saya lihat anda semua tak sentuh pun pasal pelajaran agama islam yg menitik beratkan tauhid, fekah dan tasauf. Adakah dgn mempraktikkan sekolah yg anda semua kata bagus ni pelajaran islam tidak terabai.

Fikir-fikirkan,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2011 at 4:33 PM

saya seorang profesional bumiputera Islam, dulu bersekolah cina dan mahir berbahasa mandarin.
tidak hilang pengetahuan agama dan tidak susut iman saya kerana ia diterapkan oleh ibubapa di rumah.
saya berkawan dgn semua kaum. sebab dari kecil kami bergaul dan bermain dgn semua kaum. bila dah dewasa, saya tidak kekok bersama rakan2 berbilang bangsa. waktu di universiti, roommate saya seorang cina dari negeri Perak. saya rasa selesa, room mate saya pun selesa sebab kami masing2 menghormati budaya dan agama masing2. mungkin sebab saya boleh berbahasa mandarin maka dia berasa selesa dgn saya.
jadi pada pendapat saya, berikan yg terbaik utk anak2 kita jika kita mampu. Bukan hanya pendidikan agama, lebih baik juga jika anak2 dilatih utk belajar bahasa kaum lain dan kanak2 memang perlu diajar bergaul bersama rakan2 dari kaum lain supaya perpaduan yg sebenar mampu dicapai. Insya Allah, byk kebaikannya kemudian hari. Jgn hancurkan keamanan negara kita semata2 kerana politik! dan kepada ibubapa Muslim di luar sana, adalah lebih molek jika kita sendiri yg mendidik anak2 kita tentang tauhid, fekah mahupun tasawwuf di rumah kerana kita akan mengingatkan diri kita sendiri dan juga kita boleh pantau pengetahuan agama dan akhlak anak2 kita. sekian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2011 at 5:12 PM

Tapi... kita berada di Tanah Melayu yang mengagung-agungkan serba-serbi kecinaan!

Terlalu mengagungkan kecinaan sampai kita sanggup menghina budaya dan bangsa kita sendiri di tanah asal kita tanpa menyedari kita dulu maju tanpa kecinaan yang diagung-agungkan tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2011 at 5:24 PM

bagus kalau kita menimba sesuatu yg baru cthnya belajar bahasa mandarin.

tp benarkah sebab itu je kita nk hantar anak2 kita ke sekolah mereka?

atau malaysia semakin shifting ke arah menjadi semakin memerlukan cina. maka lepas ni semua kene belajar bahasa cina kalau x xleh hidup kt msia.

saya rasa sudah ada mentaliti begini. trend menhantar anak ke sekolah cina oleh kaum lain bukan kali pertama saya dgr. saya harap saya salah. tp kalau cuma nk memperbanyakan ilmu berminat nk belajar bahasa saya xde masalah. cuma niat kenapa kita nk belajar bahasa tu.

sbb kalau mentaliti adalah seperti di atas,....mmg benarlah cina mmg dominant di msia.

fikirkan. cina berasa tidak perlu belajar bahasa malaysia. tp kita org melayu berasa perlu utk belajar bahasa mereka (sekiranya mentaliti yg saya ckp tu mmg ada). sedangkan kita dimsia seharusnya terbalik.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2011 at 5:53 PM

salam anon 12:42pm - fokus artikel ini bukan membandingkan guru Melayu dengan guru cina tapi menekan kepada perlunya satu bentuk sekolah untuk semua murid demi perpaduan rakyat.

salam ayam den - Bahagian mana hujah saudara yang mengatakan sekolah cina TIDAK membawa kesan negatif kepada interaksi. Saudara lebih menjurus kepada kelebihan berbahasa cina.

Dalam Sistem Satu sekolah kita boleh jadikan Bahasa cina sebagai opsional. Dan selepas sesi sekolah, ibubapa masih boleh hantar anak2 kekelas tambahan bahasa cina.

Jangan anggap Satu Sekolah itu seperti sekolah kebangsaan yang ada sekarang, itu kesilapan besar pro sekolah cina. Satu sekolah adalah sistem yang sebagaimana yang kita mahu ASALkan ia SAMA untuk SEMUA murid ( dalam ertikata tidak ada lagi sekolah vernakular atau sekolah kebangsaan )Dan menjadikan BM teras utama.

Senario yang saudara gambarkan itu lah yang kita mahu elakkan melalui Satu Sekolah, bukan sekarang tapi dimasa depan.

Salam Chinglot - Bukan maksud saya mahu buat perbandingan. Tujuan utama saya adalah, 'mereka' boleh senaraikan 1000 kelebihan sekolah cina pun saya takde hal kerana satu sekolah boleh terapkan kesemua 1000 kelebihan itu !Nampak ? Jangan salah faham bahawa Satu Sekolah itu dalah Sekolah Kebangsaan dalam bentuk yang ada sekarang.

Salam anon 2:37pm - Ya, suasana mesra itulah yang kita mahu untuk anak2 kita.Ia mencorakkan minda mereka dan seterusnya mencorakkan generasi masadepan kita. Itu POINT sebenarnya !

salam KA - TerimaKasih diatas artikel yang menarik dan ikhlas. Ternyata ramai yang masih tidak faham maksud Satu Sekolah. Mereka fikirkan ia adalah Sekolah Kebangsaan spt yang ada sekarang.Seolah saya mahu buang sekolaah cina dan satukan semuanya dibawah sekolah kebangsaan. SILAP TU ! Hmmm mungkin kena tulis satu lagi artikel bagi menerangkannya.

TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2011 at 5:56 PM

haiyo ape la korang2 nie komen.....masalah bahasa pun leh jadi isu ker....bukak la sket minda..

perkara yg baik kita ambil jadi amalan...perkara yg tidak baik kita ambil buat pengajaran...bukan kita nak angung2kan atau memerlukan sistem skolah cina..tp perkara yg baik ada pada sistem mereka mengapa kita perlu tolak....demi memajukan anak bangsa yg beragama Islam serta negara yg tercinta mengapa kita tidak boleh/malu belajar perkara2 yg baik yg ada pada mereka...

setuju ngan pok Din...mereka semua perlu bercampur gaul untuk mengenali satu sama lain...dulu ade konsep skolah wawasan...ape sudah jadi arrrr

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2011 at 6:08 PM

salam Tamingsari - Maaf saya tidak setuju pendapat saudara. Saya faham maksud saudara tapi bukankah itu seperti kita terima keadaan sekarang dan tidak mahu mengubahnya ? Bagaimana dengan situasi perniagaan masih lagi cina tapi bahasa utama adalah BM ? Dan tidak ada lagi cakap2 hal perkauman ? Bukankah itu lebih baik ?

salam anon 3:58pm - Saya bercakap tentang isu perpaduan. Soal pendidikan agama, Satu Sekolah boleh saja adakan kelas khas untuk itu.

Saya ingin tekan kan - Satu Sekolah adalah sistem yang terbaik sebagaimana yang majoriti mahukan BUKAN sekolah kebangsaan spt sekarang. Penekanan adalah kepada Satu sistem untuk semua murid dibawah satu bumbung demi memupuk integrasi dan perpaduan dan BM sebagai bahasa utama.

salam anon 4:33pm - Terimaksih diatas komen saudara, ya itu yang saya mahukan juga - Yang Terbaik.

salam anon 5:12 pm - kita terima sistem yang baik tak semestinya dari cina, asalkan ia baik dan sesuai. Dan kita Malaysiakan bertunjangkan Bahasa Kebangsaan kita.

salam melayu hampa - ya saya pun hairan kenapa harus dipertahankan sekolah cina hanya kerana bahasa cina ? kalau melalui Satu sekolah pun boleh belajar bahasa cina apakah lagi alasan mereka yang pro bahasa cina ?

TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2011 at 6:21 PM

Belajar di sekolah Melayu bukanlah bermakna tidak akan mampu menguasai bahasa Inggeris. Malah ramai pelajar dari medium Melayu mampu menguasai bahasa berkenaan.

Dalam konteks yang sama, belajar di sekolah Melayu bukanlah bermakna tidak akan mampu menguasai bahasa Mandarin.

Kalau isunya mahu anak kuasai bahasa mandarin, ia boleh dipelajari di sekolah kebangsaan sebagai subjek tambahan.

Kalau pelajar sekolah melayu boleh menguasai bahasa Inggeris makanya tidak ada alasan lain-lain bahasa tidak boleh dikuasai.

AntiBebal

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2011 at 7:08 PM

bro din,

pandangan saya baik kita agungkan bahasa ibunda dari nak blaja bahasa penindas.

pendekar laut

....................
Reply To This Comment ...................
Are You Gonna Go My Way
August 8, 2011 at 8:29 PM

"Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara." (3:103)

"Dan Dia menyatukan hati mereka. Sekiranya kamu menafkahkan kesemua yang di dalam bumi, tentu kamu tidak akan dapat menyatukan hati mereka; tetapi Allah menyatukan antara mereka; sesungguhnya Dia Perkasa, Bijaksana." (8:63)

Bro Din,

hanya Allah yang dapat menyatukan hati manusia...
Okay lah tak payah cerita bab ni..sebab bukan orang faham pun....

masalah sekarang adalah penyatuan rakyat Malaysia....Cina India Melayu....penyatuan tidak berlaku sebab agent2 pemisah banyak...you can list down berderet2....dan nombo satu adalah Politik. Kita UMNO PAS dan Keadilan semua melayu dan belajar di sekolah dan university yang sama.....kenapa kita tak bersatu?

Kita juga baca al-quran yang sama, kenapa kita intepretasikan nya berbeza? sampai berlainan mahzab dan politik islam berbeza?

Perpaduan antara kaum hanya berlaku bila ada sifat hormat kepada sesuatu kaum itu. People want to be your friend, people want to emulate you when you're great.

Aku tak kata satu sekolah tak perlu........aku kata create satu sekolah yang bagus dulu...macam kau kata din, satu sekolah bukan berbentuk seperti sekarang. So buat lah dulu sekolah kebangsaan yang ada ciri2 tu semua...biarlah sekolah cina tu hilang dgn sendiri..(kalau bole hilang lah) contoh nya sekolah tamil dah slow sekarang...

Perpaduan antara kaum ni bukan senang nak berlaku.....perpaduan antara manusia yes...
perpaduan antara Melayu lebih penting...biar orang respect sikit kita.

Sekarang ni melayu tak bersatu kerana politik dan agama.......sebab masing2 nak perbetulkan orang lain tanpa memperbetulkan diri masing2.

Pada mu agama mu, pada ku agama ku...
adalah ditujukan kepada orang Islam bukan kepada ugama lain.

....................
Reply To This Comment ...................
August 9, 2011 at 1:04 AM

salam kolognyer, anti bebal dan pendekar laut - saya hairan kenapa dikatakan kalau nak belajar bahasa cina kena masuk sekolah cina ? Adakah kerana bahasa cina merupakan bahasa pengantar disekolah cina ? Tidak itu satu pengakuan yang sekolah cina melanggar Perlembagaan dimana mengatakan bahasa pengantar bagi sebarang urusan resmi mestilah BM ?

Jika Satu Sekolah dapat menyediakan kelas bahasa cina dengan guru yang terlatih khas, apakah sekolah cina masih menjadi keutamaan ?

Kenapa tidak ada sesiapa pun yang kaitkan sekolah cina dengan perpaduan ? Perpaduan tidak pentingkah ? Bukan marah saudara2 hehehehe.... sekadar melontarkan persoalan...

salam AYGGMY - Satu komen yang menarik. Bercakap tentang Melayu Bersatu pun jadi perbalahan :) Saya unjurkan persoalan yang mudah - Satu sistem atau pelbagai sistem yang lebih bagus untuk perpaduan - itupun payah nak disepakati.

TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2011 at 3:52 AM

BRO DIN,

setahu saya semua sekolah menengah ada pendidikan bahasa cina dan india.yg dok kalut nak antar anak pi skool cina apa hal nak suh training makan babi kot..sori kalau kasar bahasatgh marah...

pendekar laut

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2011 at 4:53 AM

Assalamualaikum. Saya berumur 45 thn. Saya anak kampung dari luar bandar di hujung negeri Selangor, bersekolah menengah di St John Institution, masuk Universiti hingga peringkat Master, Isteri Pensyarah. 3 anak saya bersekolah Jenis Kebangsaan China, 2 anak bersekolah Kebangsaan Melayu. Saya bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh KA. Anak saya semuanya saya hantar belajar di Sekolah Rendah Agama/KAFA sebelah petangnya. Tiada masalah hilang bahasa Melayu atau Pelajaran Agama dapat B. Alhamdulillah bila periksa semuanya A. Tidak pula bertukar akidah. Yang penting sebagai ibu-bapa, saya tahu sekolah mana yang ada kelebihannya dan saya boleh lihat hasilnya.

Anak yang sulong baru masuk MMU ambil Kejuruteraan. Dalam kelas beliau 30 Pelajar China, 20 pelajar India dan 10 pelajar Melayu. Maha hebat bukan? Apabila anak saya belajar disekolah Jenis Kebangsaan China dia fasih berbahasa China dan Inggeris kerana katanya bahasa pertuturan pelajar China di dalam kelasnya lebih banyak bertutur bahasa Inggeris(SRJK Lai Ming) semasa berkomunikasi dengan rakan-rakan. Dalam pengajaran memanglah menggunakan bahasa China kecuali BM dan Agama.

Saya pernah menghantar anak pertama saya untuk ambil tiusyen bahasa Inggeris. Pengalaman yang saya dapat dari 100 pelajar yang mendaftar, hanya 5 pelajar Melayu yang selebihnya China dan India. Kemudian kita menyalak anak Melayu akan lemah bila pembelajaran Sains dan Matematik menggunakan bahasa China. Anda fikirkanlah sendiri. Bangsa lain berkorban berbagai cara untuk anak mereka. Bangsa Melayu masih mengharapkan tiusyen free. Sekolah China mengaplikasikan konsep latih tubi sama dengan konsep Hafazan Al-Quran. Kerja rumah usah cerita, emak bapa tak sanggup nak tunggu anak. Sekolah Kebangsaan, bila tanya anak " Cikgu tak beri kerja rumah" Sekolah China setahun 2 buku latihan untuk setiap mata pelajaran, sekolah kebangsaan satu buku belum tentu 1/3 muka surat dibuat latihan. Tidak kedengaran disekolah China Ibu bapa merungut anak bawa beg besar, sekolah Kebangsaan kecoh satu negara dibuatnya. Macam-macam teori dan kaedah diperkenalkan untuk mengurangkan buku yang di bawa.

Saya dah masuk 2 Universiti, 4/5 buku rujukan yang ada adalah dalam bahasa Inggeris kecuali mengambil bidang bahasa Melayu atau berkaitan Islam. Saya juga dah tanya anak saya adakah buku rujukan dalam bahasa Melayu? Dia kata semuanya Inggeris. Jadi tak adalah perbezaaan 25 tahun dadulu dengan sekarang.

Sedarlah anak-anak dan ibu-bapa, orang Melayu sebenarnya kelebihannya hanya menuding jari menyalahkan orang lain. Kita lihat sahaja komen-komen diatas. Masih menuding jari juga. Cubalah proaktif dan bukannya menyalahkan orang lain. Jikalau kita mahu anak kita ada kelebihan, kita sepatutnya yang mengarahkan anak kita kepada kelebihan itu. Jangan hanya menunggu subsidi.

Saya amat tertarik dengan tulisan KA, kerana apa yang beliau lihat adalah untuk mencari kelebihan dan kebaikan untuk anak-anak. Bukannya menyalahkan orang lain. Alhamdullillah kami sekeluarga boleh berjalan di negeri China tanpa pembantu pelancung. Ingat, China adalah salah satu kuasa ekonomi dunia dan penduduk Islamnya melebihi Melayu Islam Malaysia.

Wassalam

Zan66

....................
Reply To This Comment ...................
August 9, 2011 at 9:04 AM

to mr Zan66...

saranan pok chik Din adalah mengenai integrasi antara kaum dibawah satu sistem persekolahan...apa yg baik dan bagus dlm sistem skolah cina mengapa tidak dibawa kedalam satu sistem persekolahan yg dicadangkan ini....

kita akui kaum melayu kurang kesedaran/gigih untuk memastikan anak2 mudanya mendapat pendidikan yg sempurna...semua mengharapkan kepada kerjaan...tp kesedaran itu sudah mula timbul cuma impaknya tidak meluas...

....................
Reply To This Comment ...................
August 9, 2011 at 9:10 AM

salam zan66 - saya akan sambung disatu lagi artikel petang ni ( Selasa ) , itu pun kalau tidak ada isu tergempar.

Secara ringkas, kolognyer dah tolong jawab sebahagiannya :)

TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2011 at 1:29 PM

Thanks Zan66.

Memang tujuan utama saya menghantar anak ke sekolah cina agar dia boleh bertutur dengan fasih dlm bahasa mandarin selain bahasa melayu dan inggeris yang bagi saya tidak ada masaalah utk beliau.

Tetapi lepas itu saya lihat sistem yang dipraktikkan di sekolah cina amat menarik dan bersistematik cuma dari segi perpaduan memang kurang kerana 90% adalah dari kaum cina semestinya.

So, saranan saya sekiranya kita hendak membuat sistem satu sekolah maka kita haruslah kaji sistem dari sekolah cina dan applykan mana yang bagus di satu sekolah tersebut di samping tekankan konsep perpaduan tanpa abaikan hal2 ugama.

Memang kita boleh belajar bahasa mandarin di sekolah kebangsaan tetapi saya dah lihat sendiri ia tidak dilakukan sepenuh hati or hangat2 tahi ayam aja begitu juga dengan kelas computer di mana sekolah cina amat tekankan pembelajaran ini.

saya harap kita dapat improvekan sekolah kebangsaan yang ada dan jadikan satu sekolah yang terbaik dari segala segi untuk anak2 kita,insyaAllah.

KA

....................
Reply To This Comment ...................
tni
November 15, 2011 at 7:06 PM

setuju sgt...sbb ank sy sek cina, teknik pembelajaran diorg lg bagus....ank sy skang tahun 3, mmg fasih berbahsa cina....tambh2 lg tggl di tmpt di keliling bangsa cinaa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2012 at 3:34 PM

slm.. tiba-tiba st betul2 tertarik dgn ko KA... untuk pengetahuan semua saya adalah pelajar sekolah SRJC sewaktu darjah 1-6 .. setelah tamat darjah 6 saya masuk semula ke SMK sehinggalah saya tamat STPM... Memandangkan saya juga anak jati johor..dan semua telah sedia maklum bahawa sebelah petang di johor ada sekolah agama... dan sy jugak masuk jugak kelas KAFA tersebut...kawan2 sekolah sy pagi rmai berbangsa cina namun di sebelah petang kawan2 berbangsa melayu dan islam... dulu kecik2 sy selalu emrungut dgn mak dan ayah saya sbb kdg2 letih sbb xdpt rehat.. kelas SRJC kebanyakkanya tamat kelas pukol 2 sebb ade tusyen dsb... selepas balik dr kleas pagi sy perlu ebrgegas ke kelas agama pula... pernah jugak sy marah2 dgn mak dan ayah penat... tp alhamdulillah ayan dan ibu saya sgt baik dan fhm situasi saya... ayat yg sy xbley lupa sampai skrg adalah... 'adik kene belajar semua ye...nanti dah besar mesti senang'.. budak kecik manelah saye fhm aper2... bile saya dah start sekolah menengah...alhamdulillah UPSR sy mendapat keputusan yg cemerlang 6A dan 1B bagi subjek mandrin..walupon sy xdpt straigt A dlm subjek tersebut tp sy boleh mengusai bahasa dan seba sedikit menulis... di sekolah menengah sy masuk SMK biase shj walaupon ditawarkan sekolah asrama penuh... anak tunggal katerkan... so mak dan ayah xlepaskan saya utk belajar di asrama... tp xmengape...


cume sy nak bgtau... sy sgt gembira sgt2 sbb sy kawan dgn ramai bangse...semua kawan2 dan kebanyakkan kawan2 cina juga menyenagi sya... ketika sy diuniversiti juga begitu.. maybe sbb sy fasih berbahasa madrin sy jugak senang belajr dan satu group dgn kumpulan mereka..kami saling bntu membantu... percaye atau x kdg2 study group dgn mereka sgt berbeza dgn cara pelajar melayu... (sp yg pnh berada disituasi sayemesti tahu kenape).. tp itu xbermakne sy mengabaikan suruhan sy sebagai penganut gama islam...
sy rase ibu dan ayah saya sudah cukup emmberikan bimbingan utk mengetahui mana betul atau salah...

alhamdulillahs etelah tamat belajar di universiti... sy cepat ditawarkan kerja... dan paling best... majikan sy yg berbangse cina juga terkejut sy boleh berbase madrin even sy bertudung..

pada pndangan say xsalah hantar ank ke sekolah.. didikan dan cara kite mencorakkan anak kite mampu merubahnye...

....................
Reply To This Comment ...................
December 18, 2013 at 10:19 AM

berminat baca ni...berapa lama anak dapat kuasai bahasa cina??anak saya umur 5tahun.sudah bersekolah 1 tahun di tadika cina..masih belum dapt berkomunikasi dalam bahasa cina.tapi dapat menulis,mengikut pecakapan,mengira dalam bahasa cina yg mudah...saya seoang ibu yg tak pernah ada pengalaman dalam mengajara anak dalam bahasa cina,cuma dpt membantu sedikit sahaja...apa komen?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 17, 2014 at 11:15 PM

Anak aku 4 org sekolah cina.. Semoga ini adalah satu oelaburan yg bijak.. Amin..

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2014 at 12:07 PM

dear all,
anak sekolah cina adalah satu pelaburan yang bijak, saya adalah salah satu parents yang bersekolah cina dan kini anak saya pula saya hantar sekolah cina, sekarang 1 kemestian kita wajib tahu lebih dari 2 bahasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2015 at 9:00 PM

Saya sebagai seorang Cina yang bersekolah di sekolah kebangsaan sejak darjah 1 lagi masih xdpt lihat perpaduan yang sebenarnya... sehingga sekolah menengah isu-isu perpaduan masih dipertikaikan.. org cina duk ngan org cina yg india ngan india & melayu ngan melayu... masa makan kat kantin pun sama... klulah satu kwn bgs lain himpun ngan kwn bgs lain yang "lain" tu akan diasingkan walaupun xsprba jls...fhm kat hati sbnrnya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2015 at 1:19 AM

Saya hantar anak ke sekolah cina untuk dia menguasai bahasa mandarin selain bahasa melayu dan bahasa inggeris. Dah. Itu saja. Habis cerita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2015 at 3:07 PM

Saya baru bercita2 nak masukkan anak ke sekolah cina. Saya tak ada pengalaman sekolah cina tapi saya bekerja dengan cina.Satu2nya staff melayu selama berbelas tahun. Saya seronok bergaul dengan mereka dan tidak rasa didikriminasikan.Alhamdulillah,

....................
Reply To This Comment ...................
December 4, 2015 at 7:19 AM

Ustaz saya pernah sebut, jika kita nak kuadai sesuatu kaum, Kita mesti menguasai bahasa kaum tersebut. Sebab itu bangsa cina maju dan menguasai melayu kerana mereka menguasai bahasa melayu.

Post a Comment