........... Bersih 2.0 - Imbas Kembali ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bersih 2.0 - Imbas Kembali .....

Sunday, July 10, 20115comments

Bersih 2.0 dilancarkan pada 11 November 2010, Awal lagi dah dibandingkan dengan Bersih 2007 cuma perbezaannya kali ini ia dikatakan diterajui oleh Ngo. Waktu itu Bersih 2.0 ada berjumpa dan berbincang dengan SPR tentang tuntutan mereka.

19 Mei dengan resminya Bersih mengumumkan mahu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai. Waktu itu negara heboh dengan isu Kristian Agama Resmi?, kemudian isu kemungkinan kenaikan harga barang. Awal Jun kita sibuk dengan Muktamar Pas pula.

Jadi bila Pemuda Umno dan beberapa Ngo buat lapuran polis pertama terhadap Bersih pada 9 Jun KLIK, ia tak berapa menarik perhatian ramai. Saya sendiri mula beri perhatian pada 12 Jun bila menyindir Amaran Pertama dari Hishamuddin. Maknanya Hishamuddin telah pun sedar akan bahaya Bersih2.0 sebulan lebih awal bila mengeluarkan amarannya. KLIK

Kesedaran dimulakan oleh Utusan, dan tanda kedegilan Bersih disuarakan pada hari sama Hishamuddin beri amaran - Himpunan Bersih Tetap Diteruskan . Waktu sama Perkasa melancarkan pergerakan anti Bersihnya.

15 Jun Datuk Seri Zahrain membawa usul mengutuk Bersih tapi ditolak oleh Dewan Rakyat kerana ia tidak perlu disegerakan dan KDN / Polis telah mengambil langkah perlu.

Esoknya 16 Jun  TPM umumkan Himpunan Bersih 2.0 ancam keselamatan negara dan Polis juga beri kata putus menolak sebarang rundingan. KLIK
21 Jun Ambiga beritahu SPR bahawa Masa untuk bincang sudah berlalu.

22 Jun sekali lagi Hishamuddin beri amaran, siap panggil penganjur2 Perhimpunan ........ tapi tak pasti mereka akan datang atau tidak ! KLIK

24 Jun Polis KL dngan yakin berkata mereka ada cara halang himpunan 9 Julai KLIK


Jun 25 Najib bersuara ! 9 hari selepas TPM dan Polis keluar warning, dan 2 minggu sebelum 9 Julai, kenyataan Najib adalah -

" Masing-masing ada hak. Bagaimanapun kita ada undang-undang dalam negara kita dan semua pihak tertakluk kepadanya."

Hishamuddin pun terus ikut tukar nada kerasnya padahal pada 12 Jun beliau dah beri amaran pertama. Begitu juga TPM. KLIK

29 Jun Polis mula bertindak menahan mereka yang mempromosikan perhimpunan itu.
30 Jun Najib serahkan tanggungjawap kepada Polis untuk bertindak ikut keadaan. KLIK. Lagi sembilan hari .....? 

Yang selebihnya pasti masih segar diingatan tuan-tuan.

Tujuan saya imbas kembali perkara diatas adalah untuk kita sama-sama fikir apakah demo 9 Julai yang telah berlaku mampu dielakkan lebih awal sekiranya :
1- Pihak Polis diberikan kuasa sepenuhnya LEBIH AWAL ?
2- Hishamuddin diberi peluang mengeluarkan lebih banyak amaran ?
3- Najib bertegas lebih awal ?

Yalah benda dah berlaku .... tapi tak salahkan kalau kita cuba kaji dan belajar cara menanganinya supaya perkara seumpamanya tidak berulang. Saya tidak nampak akan ada perubahan dari segi cara pemimpin kita menangani sebarang isu-isu sensitif.

Ada satu pemikiran jahat cuba meresapi pemikiran saya hehehehehe apalagi kalau bukan teori konspirasi - Apakah mungkin demo semalam sengaja dibiarkan tapi dalam skala kecil ? Entahlah ........ kalau semua perkara hendak dipolitikkan, beginilah jadinya. Yang menjadi mangsa adalah rakyat.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2011 at 11:09 PM

Anwar mempunyai tabiat Psycho Path iaitu pentingkan diri sendir. Tabiat begini sanggup membelakang keluarga nya sendiri asalkan cita-cita sampai. Anwar sanggup membiarkan keluarganya tanggung malu dengan perangai dan nafsu immoral semata ingin jadi PM. Siapa sanggup melihat PM seorang bangsa Melayu yang kaki bontot. Di mana nak letak muka kepada bangsa asing? Ekonomi Malaysia jatuh pun tak asalkan dia PM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2011 at 11:23 PM

Hahaha...

Api kalau xsempat menyala, orang xrasa haba panasnya. Dan orang tak nampak kerja si pemadam api.

Jadi, biarkan dia menyala sedikit. Biar orang terasa panasnya, asalkan kita dapat mengawalnya. Dan orang akan memuji kita kerana dapat memadamnya. Betul tak Bro Din??? hahahaha...

Dari awal sy merasakan sememangnya kerja puak2 Bersih nie menguntungkan UMNO. Dari satu segi, setelah pihak kerajaan bergelut dengan isu2 y menimbulkan amarah Melayu (isu kitab, Kristian, pemberian kpd bukan Bumi dll) dan mengurangkan populariti mereka, hadir pulak puak Bersih yg berjaya dimanipulasi dan diolah dgn begitu baik oleh pihak kerajaan. Secara tidak langsung, UMNO berjaya mengembalikan sokongan atas pagar kepada mereka. Tahniah... Yang jadi balaci nya puak2 Melayu lupa diri.

UMNO = Sasaran tercapai
AnuWar (peribadi) = Misi peribadi tcapai wpun lakonan amat memalukan
PAS, DAP, AMBIGA = Totally failed.
Puak Balaci = Satu haram tak dapat apa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2011 at 12:00 AM

sebenarnya saya secara emosi berpendapat kita patut black opss je anwar dr dulu awal2 hahaha. kan settle semua masalah. tempting gila. tp xpe ade hikmah kot semua ni.

saya rasa kalau najib berkeras awal2 org2 yg x berapa pandai akan mengutuk. tp keadaan akan lebih terkawal. org nk jgk tgk kalau najib mampu bendung semua ni.

dgr2 ade lagi beberapa demo di tempat lain. terbaru saya dgr permatang pauh.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2011 at 12:31 AM

salam anon 11:09pm - Mengenai Anwar saya takde masalah dengan komen saudara. Tapi dipihak kerajaan pula, apakah demo itu memang tidak dapat ditangani/ dihalang ?

salam anon 11:23pm - terdetik juga hati perkara yang saudara sebut tu. Najib seperti tak bersungguh menghalangnya. Playsafe atau Play politics ?

salam melayu hampa - saudara tak banyak komen hal Bersih ya :) perhatikan sokongan Najib kepada Patriot .... ( artikel seterusnya pagi esok ) seperti ditulis oleh satD di Pure shiite. Najib restu Patriot ? disebalik titah tuanku Agong ?

Yang menjadi concern saya apakah rakyat sekarang ni menjadi buah catur kepada permainan politik pemimpin yang ada ?

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2011 at 8:01 AM

pak din..Najib pun licik juga....nk dekat pilihanraya nie baru start bukak mulut..sebelum nie duk diam ja buat kerja..org2 bawah yg menjawab setiap tohmahan yg dilemparkan....tup tup tup kebelakangan nie suara najib kuat duk p hentam anwar..siap buat gaye2 lagi......kekekkekeke dasat permainan dia org nie..kita rakyat marhaen nie jugak yg duk pening.... Ill follow u (kata-kata ajaib org kuning) hehhe

Post a Comment