........... TERENGGANU JUARA PIALA FA 2011 | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

TERENGGANU JUARA PIALA FA 2011

Sunday, June 12, 20118comments



TAHNIAH TERENGGANU !!! JUARA PIALA FA 2011 !

Wa cakap lu.... tadi baru betul kalau dikatakan jaringan saat akhir. Guru-guru diTerengganu boleh jadikan perlawanan Terengganu-Kelantan tadi sebagai contoh kepada ungkapan Berpantang Mati Sebelum Ajal !

Selepas Kelantan mendahului 1-0 minit ke 80, penyokong Kelantan hanya menantikan wisel penamat untuk meraikan kemenangan namun berbekalkan semangat juang yang begitu tinggi, tidak kenal erti kalah, pemain Terengganu melancarkan satu serangan buat kali terakhir sementara pengadil hanya menunggu masa saja untuk menamatkan perlawanan.

Tandukan oleh pemain Kelantan sendiri Nurul Azwan yang menerjah gawang Kelantan seolah memberi nyawa kepada Terengganu 1-1 !

Saya menonton di 2Cafe  bersama ramai penyokong Terengganu lain bersorak bagai nak runtuh bumbung. Kegembiraan, kelegaan ...... dan entah apa lagi perasaan waktu itu dilepaskan dengan sorakan hingga serak suara hehehehehe ....

Bila perlawanan bersambung dalam waktu masa tambahan, berbekalkan semangat jaringan penyamaan itu, Terengganu jelas menguasai perlawanan. Dalam hati saya yakin Terengganu akan menang dan ini disahkan oleh Ahmad Nordin yang menjaringkan gol kemenangan minit 109 dan menobatkan Terengganu sebagai Juara Piala FA 2011.

TAHNIAH TERENGGANU ! Satu kemenangan yang tidak mudah dilupakan sampai bila-bila. Tahniah juga kepada pemain Kelantan yang mempamerkan permainan yang baik.

NEVER SAY DIE !

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
kepok gete
June 12, 2011 at 1:14 AM

bukun nurul azwan bro tapi daud su... hehe...peteh!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2011 at 1:26 AM

ganu nombo wang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2011 at 1:38 AM

beh giler!

kak kama

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2011 at 1:52 AM

dah ada berbunyi suara2 sumbang dah.. yang terengganu pakai bomoh siamlah, kelantan negeri islam tak main bomoh2 lah.. apalah korang, kalah menang tu resmi pertandingan la.. terima ajalah kenyataan yang kemenangan kali ini hak terengganu..

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2011 at 9:53 AM

Bro, aku nula sokong ganu bila pemain kelantan mula main kasar secara sengaja - perangai nak cari gaduh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2011 at 10:37 AM

ada yg kata bola semalam ala2 pas lawan bn.
team merah belum menang lagi dah bagi cuti sehari.. punyalah confident. last2 kecundang.

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2011 at 10:47 AM

salam semua - satu perkara yang saya suka waktu sebegini adalah kita tolak politik dan bersama2 bersorak menyokong pasukan masing2. Baru kuat suara Melayu :)

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2011 at 1:44 PM

Tranung bernasib bak pasal Pengadil terlupa nak tiup wisel. Ha ha ha , gol penyamaan pada minit ke 98. Tambah masa 4 minit, patut perlawanan tamat minit ke 94 atau 95 tetapi Pengadil syok sampai terlupa nak tiup wisel penamat. Kira Kelantan tak ada nasib le.

Post a Comment