Nur Jazlan dan UDA Kini Hero Melayu ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nur Jazlan dan UDA Kini Hero Melayu ?

Wednesday, June 8, 20117comments


Saya menulis topik ni memandangkan dua isu terbaru yang dibawa oleh bloggers kini telah menukar imej Nur Jazlan seolah-olah dari samseng kepada hero Melayu. Hehehehehe ... saya takde masalah peribadi dengan sesiapapun, saya kemukakan isu yang saya tidak puas hati dan selagi belum terjawap, saya akan tetap teruskan. Kalau ternyata persepsi saya salah, Alhamdulillah !

Pertama isu 'Tuntutan Jaafar Abu Hassan', Pengarah Urusan UDA yang meletak jawatan secara mengejut. Ramai yang mengaitkan tindakan Jaafar itu dengan kemelut BBCC. Saya tidak menulis tentang perkara ini sebelumnya kerana info yang ada dipaper tidak cukup untuk saya buat apapun kaitan kecuali ia satu tindakan peribadi. Saya merujuk artikel di Gelombang Wangsa Maju.

Terlebih perlu saya nyatakan yang saya tidak ada akses kepada mana-mana sumber 'rahsia/esklusif' selain dari apa yang ada di paper dan blogs, dan apa yang saya tulis adalah berdasarkan pemerhatian saya.

Pemerhatian saya tentang apa yang dikatakan 'Tuntutan Jaafar' dibawah - Biar Betul ! ....

Secara logiknya, 8 perkara yang kononnya dituntut itu semuanya Tak Logik ! Merepek ! Seorang bertaraf Pengarah Urusan UDA tidak akan menulis tuntutan keanak-anakan  ala skrip drama tv seperti itu ! Dan yang paling saya pelik - Sejak bila pula orang yang nak resign ada buat tuntutan ? Lainlah kalau ia satu ugutan SEBELUM resign, maknanya ' kalau tak ditunaikan, aku akan resign.'

Tapi ia ditulis sebagai 'syarat perletakan jawatan', dan hasil dari tuntutan itu, orang atasan marah dan Jaafar dipecat. ( Huh ? ) Kalau skrip drama sekalipun ia akan berbunyi seperti ini -

Bos desak A letak jawatan, tapi A enggan. Dan A balas dengan senarai tuntutan kalau mahu dia letak jawatan. Bos marah dengan tuntutan itu dan pecat A.

Kalau skripnya begitu, logiklah. Tapi ikut apa yang saya baca, Jaafar yang beri surat letak jawatan terlebih dahulu. Entahlah .... adalah tu cerita dalaman yang saya tak tahu, seseorang itu takkan buat tuntutan merepek sebegitu untuk iringi perletakan jawatannya. lainlah kalau tuntutan itu dibuat sebagai syarat UNTUK letak jawatan DAN itupun jika orang itu ada 'benda' yang dia pegang sebagai leverage - yakni satu bentuk ugutan.

Last sekali, kenapa tidak ada sesiapa yang mempertikaikan kesahihan 'tuntutan' itu ? Siapa Paperwaris ? Benda itu diterima bulat-bulat sebagai sah dan digunakan habis-habisan bagi mencemar nama Jaafar dan secara tidak langsung menyelamatkan imej Nur Jazlan.

Tapi apapun mungkin benar kewujudan tuntutan itu, dan benar Jaafar seorang Pengarah Urusan paling bodoh didunia kerana buat tuntutan itu dan sewajarnya Jaafar dipecat !

Perkara yang lebih besar berlaku adalah penjelasan UDA tentang projek BBCC ( juga dari blog Gelombang Wangsa Maju ) Panjang sangat untuk saya copy, tapi dijelaskan tentang pemilihan EICEC, syarikat dari China yang dipilih mengendalikan projek itu. Komen saya - Alhamdulillah ! Jika benar bagai dikata, memang tak rugilah UDA dibawah Nur Jazlan memilih EICEC. UDA tak rugi sikitpun. Malah saya ingin cadangkan nama Nur Jazlan sebagai CEO of the Year kerana berjaya merundingkan sesuatu yang begitu WOW ! untuk bangsa dan negara. Serius ni !

Saya takde masalah dengan BBCC kerana saya tidak privy kepada info dalaman. Saya ada tulis satu artikel mengenainya tapi ia lebih berbentuk komen kepada tulisan Dr. Siti Nabiha dalam Mingguan Malaysia. KLIK.

Tapi saya galok dalam isu penjualan tanah diJalan Sultan Ismail oleh UDA kepada Mutiara Goodyear. Dan yang ini NJ tidak menjawap soal dakwaannya bahawa UDA sudah buat kajian dan mendapati MGDB sah sebagai syarikat Bumi sedangkan kajian bodoh saya mendapati sebaliknya KLIK dan KLIK.

Jadi sebelum saya letak nama Nur Jazlan sebagai CEO of the year kerana kebijakannya dalam memilih EICEC yang ternyata begitu WOW !, saya yakinkan diri saya dulu tentang dakwaan NJ bahawa MGDB itu syarikat Bumi. Tidak mungkin orang sebijak NJ itu boleh buat kesilapan dalam kajian terhadap taraf Bumi MGDB.

Akhirkata, ya, saya akui saya tidak privy kepada info-info dalaman. Saya hanya rakyat biasa yang menilai mengikut apa yang dibenarkan rakyat biasa baca/lihat/dengar dalam media. Mungkin juga jika perkara2 rahsia korporat didedahkan, memang benar Nur Jazlan itu Hero Melayu ? Ya... mungkin saja ....

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2011 at 10:28 AM

PELAPIS UMNO UNTUK MEMERINTAH MALAYSIA..............ERMMM HABIS LA....NASIB DIA BAIK JE BAPAK MENTERI PENERANGAN..CUBA BAPAK TOREH GETAH MMG TAK JADI BENDA NYA..........TAHAP PIKIR TAHAP PALING BODOH

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2011 at 10:54 AM

Senang jer nak ubah persepsi masyarakat. Semuanya boleh di beli. Upah jer blogger...bersihlah nama! Jadilah hero! Urusan anak bangsa letak tepi!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2011 at 12:49 PM

Tahniah bro kerana berpegang pada prinsip dan tidak mudah dipengaruhi sehingga dibuktikan salah. Saya sokong pendirian bro dan artikel ini !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2011 at 2:46 PM

Bukan soal politik...ni soal agenda bangsa...tak sanggup pikul bagi pada orang yang sanggup...dulu2 masa dapat tanah free mana duitnya...jangan cari jalan mudah....kalau melayunya dah kurang macamnilah jadinya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2011 at 8:14 PM

Ni nurjazlan sorang lagi penyagak besar! Masa pak lah dulu dia ikut bontot KJ. Entah cam mana melaun ni terpileh jadi chairman UDA puak, aku tak tahu lah? Masa duduk dalam BOD TM dulu semua orang TM tahu dia bawa masuk Huawei dapat projek beratus juta. Dia ni suka guna nama nak selamatkan melayu tapi sabenarnya nak buncitkan perut dia je. Dia marah dgn Tun Mahathir tak beri arwah bapak dia projek berbillion. Tapi dapat la beratus juta. Tu pun tak puas hati. Nak berbillion pulak!! Ini lah namanya melayu tamak nak makan melayu tak pernah puas dengan apa yg ada!

....................
Reply To This Comment ...................
June 8, 2011 at 9:01 PM

salam anon 10:28am - pelapis pemimpin ? selisih malaikat 44 ! Hancur kalau Mamat Alasan ni jadi pemimpin.

salam anon 10:54 am - emmmm ..... maksud saudara ?

salam anon 12:49pm - ya, lawan hujah saya dilu baru saya tukar pendirian :)

salam anon 2:46pm - Kalau diterima alasan korporat NJ, habislah Melayu ! Cakap banyak tak nak, buktikan melalui harta UDA sedia ada dulu, adakah setaraf korporat lain ?

salam anon 8:14pm - Inilah info rahsia/dalaman yang saya tak ada ! hehehehe...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2011 at 5:55 PM

melayu dah mudah lupa bangsa . adalah pengkianat hapuskan dia

Post a Comment

.............................BERITA DARI WEB PORTAL...............................