........... Isu Kampung Baru | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Kampung Baru

Sunday, June 12, 20113comments

Dalam seminggu ni telah beberapa kali keluar artikel tentang Kampung Baru yang tiada siapa nak komen. Saya tunggulah juga kot2 ada mereka yang mahir dalam bidang ekonomi/undang2 beri pendapat. Saya kalau komen lebih kepada logik dan sentimen bangsa tapi akhir2 ni, sentimen bangsa dah tak berapa nak jadi keutamaan oleh orang Melayu bertaraf korporat.

Saya suka melihat isu Kampung Baru sebagai isu pertembungan Pembangunan vs Hak Melayu dan secara berselindung terdapat unsur2 kepentingan peribadi. Hmmmmm ..... macam biasa dengar je.

Terus teranglah, saya sebenarnya teramat hairan kenapa yang kerajaan begitu BERMINAT sekali hendak majukan kawasan Kampung Baru ? Pastinya demi membantu Melayu kan kan kan ? Dan tak ada kena mengena dengan kedudukan Kampung Baru yang berada dipinggir Segitiga Emas yang mana kalau dimajukan pastinya akan mengembangkan segitiga itu sendiri kan kan kan ?

Siap gubal Akta Kampung Baru dan akan dibentang diParlimen lagi ......... Sebenarnya penduduk dan pemilik hartanah Kampung Baru setuju atau tak tanah mereka dibangunkan ? Atau dalam kes ini kerajaan menggunakan alasan kepentingan awam dan pemilik tanah tidak punya pilihan dan terpaksa akur juga ? Yalah seperti banyak berlaku diperkampungan Melayu diSEMUA bandar2 besar Malaysia sebelum SEMUAnya bergelar bandar besar seperti sekarang.

Maaf kalau saya sebut ni, tapi SEMUA projek2 demi kepentingan awam itu asalnya kerajaan janji akan kekalkan peratusan hak milik Melayu tapi sekarang seperti yang kita dapat lihat hampir SEMUAnya dimiliki cina. Dan alasan2 yang sama juga diberikan kenapa akhirnya hakmilik terpaksa dilepaskan kepada cina juga. SEMUAnya berasal dari janji nak tolong Melayu !

Saya bukan anti pembangunan tapi saya anti Hak Melayu terlepas. Masalahnya dinegara kita, pembangunan dan Hak Melayu tidak berjalan seiring ! Setiap projek janji yang sama diberi, perkara yang sama berlaku dan alasan yang sama diberi. Jadi salahkah jika terdapat bangkangan bagi projek2 baru yang masih menggunapakai janji dan cara yang sama ? Kerana ikut logik, akhirnya hasil yang sama juga akan berlaku - Semuanya dimiliki cina.

Tak cukup lagikah tanah yang sudah dilepaskan kepada cina diKuala Lumpur ?  Kenapa kesungguhan untuk pembangunan yang sama tidak ditunjukkan kepada kawasan2 luarbandar ? Kenapa yang diharuk juga kawasan Kampung Baru ?

Kerana kononya takut pemilik akan jual pada cina akhirnya ? Habis tu, projek yang dicadangkan tidak ? Kenapa tidak diwartakan kawasan Kampung Baru sebagai selama-lamanya TIDAK BOLEH dimiliki oleh bangsa lain selain Melayu dan akan dirampas sekiranya dimiliki secara Alibaba.  Kemudian baru bangunkan ...... hehehehehe

Apakata pemilik berpakat meminta pengiktirafan Kampung Baru sebagai Tapak Warisan Bersejarah oleh PBB sepertimana cina lakukan kepada beberapa Chinatown mereka ?

Entahlah .... bagi saya, sekali dah terlepas usah haraplah nak dapat balik. Seperti kes UDA.... biarpun alasan yang diberi untuk penjualan tanah di Jalan Sultan Ismail untuk Melayu juga, saya tidak dapat menerimanya kerana ia melibatkan pelepasan Hak Melayu keatas Tanah Melayu.

Apakah trend korporat Melayu ( dan mungkin juga kerajaan ) jika Melayu hendak maju mesti melepaskan Hak Melayu ? Tidak ada cara lain dah ? Pasti ada cara lain atau mereka yang dipertanggungjawapkan sebenarnya tidak mampu memikirkannya .... maknanya tidak layak. Kerana jika itulah saja caranya untuk Melayu maju ie dengan terpaksa melepaskan hak, LEBIH BAIK TAK MAJU ! Tak ada ertinya maju jika kita menumpang.

Saya akan kumpulkan artikel2 mengenai Kampung Baru sepertimana yang disiarkan oleh Malaysian Insider, mungkin perkaranya akan lebih jelas buat kita apa yang telah dan sedang berlaku.

Oya satu lagi, seperti yang pernah saya tulis baru ni, kenapa Umno tidak membantu perjuangan menuntut hak bagi penduduk Kampung Baru ? Yang saya perasan, Pas yang agresif dan nama yang sering muncul ialah Lo' Lo' ......... Umno ada masalahkah mahu membantu mereka mendapatkan yang terbaik ?

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2011 at 10:42 AM

org kg baru mana ade setuju... setuju hanyala paper saje, biarlah kg baru tu mcm tu lagi elok, klau dah dimajukan, tak mampu melayu beli hartanah disitu, klau ade nama melayu yg beli disyaki mereka ni ali baba saje..

UDA tu dari dulu tak releven, compy non bumi klau ade tanah sikit pun leh maju jaya, tapi UDA ade simpanan tanah yg banyak masih gagal memajukan agensi tersebut, bahkan hutang keliling pinggang...

hampeh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2011 at 9:54 PM

Patutnya biarkan saja Kg Baru macam tu. Kalau tanah tu milik orang Melayu, atau melayu yang duduk, mesti ada saja alasan pembangunan. Kalau betul-betul nak membangunkan tanah orang melayu, perbaiki saja infrastruktur Kg Baru tu. Perbaiki sistem longkang, jalan, etc. Itu baru menunjukkan keikhlasan "mambangunkan" orang melayu. Bukan dengan cara menghalau mereka keluar. Kaum yang satu tu walau duduk kat tanah TNB pun, bila kena keluar, pampasan yang depa dapat, fuh!

....................
Reply To This Comment ...................
June 13, 2011 at 1:16 AM

salam anon 10:42am dan anon 9:54pm - setelah saya baca kesemua artikel MI dalam kelima siri Kampung Baru, baru saya faham perjuangan pemilik Kampung Baru. Saya sokong usaha mereka.

Selalunya rakyat tidak dapat menolak kalau kerajaan dah set nak ambil dan bangunkan tanah kita, tapi mereka tidak menolak cuma setuju dibangunkan mengikut cara mereka bukan cara kerajaan.

Baca artikel terbaru - "TAHNIAH Pemilik Kampung Baru ... " Kalau kerajaan dah tak boleh diharap menjaga kepentingan Melayu, terpaksalah Melayu sendiri mempertahankan hak dari dirobek kerajaan sendiri !

TerimaKasih !

Post a Comment