........... BERSIH 2 - Hishamuddin - Amaran Tetap Amaran | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

BERSIH 2 - Hishamuddin - Amaran Tetap Amaran

Sunday, June 12, 20115comments

Siapa kata Menteri Amaran tidak beri amaran ? Amaran tetap amaran, itu sudah semestinya ! Dari Utusan 12/6 -

“Saya tengok orang yang tidak bersetuju dengan Bersih juga hendak buat perhimpunan dan banyak permintaan yang tak bersetuju dengan Bersih.

“Polis dan KDN akan pantau jangan sampai huru-hara negara kita ini kalau dua pihak iaitu yang menyokong dan menentang, bertembung,”
Hishammuddin berkata, pihaknya akan bertindak jika berlaku pertembungan antara dua pihak itu hingga menjejaskan keselamatan.



“Bukan sahaja pihak berkuasa tetapi rakyat sendiri akan tolak Bersih kerana ia menyusahkan perjalanan harian mereka.

``Tiap-tiap demonstrasi jalanan yang marah orang biasa, yang tidak berdosa, orang berniaga dan orang nak bawa anak ke sekolah,” jelasnya.

Nah, kalau dah tahu demonstrasi jalanan akan menyusahkan orang biasa, kenapa dibiarkan bendanya berjalan ? Confirmed menyusahkan, tapi dibiarkan juga ?

OK, kalau tidak mahu dilihat sebagai menghalang hak kemanusiaan untuk bersuara, hadkanlah ruangan untuk bersuara itu agar tidak mengganggu ketenteraman. Contoh, berikan kebenaran berdemo di kawasan lapang seperti stadium ke atau di Lake Garden ke ........ ( Anwar mesti suka ....auwww ) dan waktu sama mereka boleh buat konsert ( ada ke lagi panggung Anniversary ke apaketahnamanya tu ? Ada kenangan tuh .. ), biarkan media bebas buat liputan tapi siapa yang cuba berdemo keluar dari kawasan terhad, tangkap je.

Takkan nak dibiarkan sejarah menyusahkan rakyat berulang ? Paling baik pilih tempat yang paling ramai cina berniaga seperti dikawasan Bukit Bintang ke, KLCC ke ... nah, berlatarbelakangkan Menara Kembar KLCC,  pendemo pun pasti suka sebab tempat tu ramai orang, dah puas berdemo boleh juga pergi shopping, peniaga cina pun suka orang ramai sebab bisnes masyuk.

Tegaslah Hishamuddin oi ! Samadan buat distadium atau tak boleh buat langsung. Mudah je kan. Puak Pakatan pun tak boleh nak tuduh kerajaan menghalang mereka bersuara dan rakyat biasa pun pasti akan sokong kerana tidak menganggu ketenteraman awam.

Kalau dibiarkan dijalanan, PASTI kecoh walau dipantau sebanyak mana sekalipun.  Dan puak Dap akan PASTIkan pendemo Melayu buat kecoh. Kena balun dengan FRU ke kena tangkap ISA ke, apa diorang peduli - JANJI KECOH ! Setakat demo aman tanpa kekecohan takde maknanya bagi puak Pakatan ni.  Takde nilai tambahan untuk dibuat modal ceramah PRU.

Bertegaslah Hishamuddin !

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2011 at 9:09 AM

Muaklah sebut Hishamudin ni.Pegi jalanlah dia.Padahnya bila sepupu jadi PM, sampah pun jadi menteri.Hishmudin ni tak tau apa pun, bagi tender kat kroni dia spt Hj Salim tu pandailah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2011 at 10:02 AM

helo bro, hisham dah tegas la tu. tersangat tegas nada dia tu. dah bagi amaran. hati-hati, tu belum lagi amaran pertama, kedua dan ketiga. kalau dia marah, dia keluar amaran terakhir. kalau masih buat lagi, dia keluar amaran terakhir pertama, kedua dan ketiga. bila dah bagi semua amaran, demo pun selesai. kalau ada yang marah kat dia terutama cina, dia minta maaf. minta maaf bang. nanti bagi amaran lain. boleh bang.kita tunggu demo lain bang. bang nak dengar amarankan. semua orang takut bila menteri bagi amaran.

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2011 at 10:33 AM

salam anselmo - Haji Salim mana pulak ni ? cer cerita, cer cerita !

salam anon 10:02 am - Nampaknya begitulah persepsi majoriti orang Melayu terhadap Hishamuddin ..... dan pelbagai persepsi negatif terhadap beberapa lagi Menteri lain. Hairan sekali, kenapa Najib masih simpan mereka semua ? Adakah kerana Najib jenis tak berani ambil risiko atau mereka ini sebenarnya suara Najib ? Entahla...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2011 at 10:34 AM

kalau kentut tak bagi amaran pun..hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2011 at 11:13 AM

saya baca artikel sanusi junid semasa beliau di kdn bekerja dengan king ghaz. katanya, mereka lebih mengetahui banyak maklumat dari org awam dan bertindak sebelum sesuatu perkara jadi besar. tetapi sekarang ni, mungkin itu semua belum besar lagi dan masih kecil. kita orang awam lebih takut daripada menteri yang banyak maklumat. kita kecoh kerana takut mungkin, tetapi menteri nampak benda ni kecil. dulu lebih tertutup, sekarang lebih terbuka kerana globalisasi. bila pembangkang perintah, tertutup juga kalau laporan tak menyebelahi mereka.

Post a Comment