........... SAMAN JPJ - Satu Lagi Program ETP Najib DiUmumkan. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

SAMAN JPJ - Satu Lagi Program ETP Najib DiUmumkan.

Thursday, February 17, 20118comments

Nampaknya tak ramai yang minat nak mengulas hal pengumuman 'Jangan Main2 Dengan Saman' dari JPJ ..... kecuali saudara Azli , orang baru kahwin kot jadi bajet ketat sikit hehehehehe, lainlah saya ni yang memanjang tak pernah nak ada duit. Blogger lain samada banyak duit atau tak pernah kena saman , tak pun tak pernah bayar saman hahahahahaha.. ( gurau je ... )

Utusan 17/2 ada lapuran - Mulai 1Mac Di bawah peraturan baru, kompaun lalu lintas RM150 akan dinaikkan kepada RM200 jika tidak dijelaskan dalam tempoh 15 hari dan RM300 jika tidak dijelaskan dalam tempoh 30 hari.

" Kompaun berganda akan dikenakan jika pemandu melakukan kesalahan kategori satu, dua dan tiga sebanyak tiga kali atau lebih dalam tempoh dua bulan,"


Sdr Azli komen - sekali lagi kerajaan bertindak tanpa berfikir panjang dengan memperkenankan saman berunsur riba - yang mana, jumlah kompaun saman akan meningkat dan terus meningkat apabila saman tersebut dibayar lewat oleh pesalah trafik.

Betul, saya setuju peraturan ini ada berunsurkan riba dan amat menyusahkan rakyat ! Kerajaan nak pastikan jalanraya kita selamat atau nak buat duit dari saman ? Sebelum ni umum nak masuk kampung, masuk semak jadi rakyat memang tak boleh lari dah. Pagi subuh keluar kebun kena pakai topi keledar, motor kena tip top. Yang jemput anak2 balik sekolah kat kampung tu mulai sekarang kena ikutlah undang2.

Lepas tu cadangan swastakan kutipan saman melalui syarikat AES, ke dah confirm lantik ? Sekarang yang ini pulak. Ni betul2 bersungguh dipihak JPJ nak maksimumkan sales :(

Mana ada orang sengaja nak disaman ? Tengok kalau tengah memandu tiba2 kita perasan lori depan bagi lampu beam dua tiga kali, terus kita slow. Itupun belum tentu lagi driver lori tu nak warning ada speedtrap, kemungkinan besar dia nak ucap hello je kat driver lori didepan kereta kita. Berapa kali saya sendiri kena hahahahahaha..

Banyak juga kes yang mangsa saman ekor ni tak puas hati. Bukan semua orang kaya nak bayar saman, keluar duit bodoh je padahal banyak lagi yang perlu dibelanjakan dengan duit itu.

Boleh dia kata - "Pada masa ini, salah satu sebab pemandu enggan menjelaskan saman ialah mereka takut dikenakan potongan markah yang mungkin menyebabkan lesen mereka digantung," Tak tahulah orang lain tapi kalau saya yang pernah kena saman dan dekat 10 bulan baru nak bayar bukan sebab takut potongan markah Demerit tapi sebab memang SAYA TAK ADA DUIT nak bayar ! Kalau masa tu dah ada undang2 ni, maknanya saya kena bayar sekali ganda = RM300 bagi kompaun asal 150 dan kalau saya takde duit juga nak bayar dalam masa 2 bulan, saya akan diheret kemahkamah.

Dan kalau denda mahkamah pun saya tak boleh bayar, maknanya saya mungkin dipenjarakan ??? Mana mampu nak bayar loyar kalau RM150 pun tak mampu bayar. Ni bukan main2 ... takkan sampai nak meminjam sebab nak bayar saman ? Saya memang orang tak berduit ! Terus terang saya katakan disini, kalau saya kena lagi saman, saya akan bayar bila ada duit lebih. Kerajaan nak heret saya masuk penjara pun heretlah ... ( dalam penjara boleh bawa masuk laptop tak ? )

Sebelum ada yang kata - ko buat salah, ko tanggunglah .... OK, saya setuju tapi bagaimana dengan mereka yang tak bersalah tapi terpaksa juga menjadi mangsa ? Yang bersalah pun, pasti ada alasan mereka yang kadang2 boleh dipertimbangkan.

Macam dua tahun lepas saya kena saman diHighway Karak selepas terowong, jalan turun bukit tinggi giler tuh ! Naik basikal turun bukit macam tu pun boleh lebih had laju kau... Polis yang buat speedtrap situ memang nak saman bukan sebab keselamatan dijalanraya.

Apapun tahniahlah Najib, satu lagi program ekonomi ETP dibawah NKVE yang pasti mendatangkan untung besar kepada syarikat swasta pengutip saman ( siapa director dia ? ) dan kerajaan. NKVE tu bukan highway lama kat KL tu tapi VE tu stands for Very Extreme ... macam Ekstremis yang najib kata penyebab huruhara dinegara kita hahahahahahaha...

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 17, 2011 at 4:59 PM

sangat benar apa yang tuan coretkan..yg kita bimbang akan wujud mentaliti.."lebih baik kasi rasuah rm 100 kpd pegawai JPJ daripada sains kertas saman"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2011 at 6:04 PM

Saman adalah kaedah biasa, tetapi pelaksanaannya boleh dijadikan luar biasa. Nah! kalau biasanya saman dibayar dengan wang, apa salahnya selepas ini saman di bayar dengan kaedah lain -- hanya diberikan demerit point, dibayar dengan kerja kebajikan, atau digantungkan lesen apabila mata demerit mencecah paras tertentu? Fikir-fikirkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2011 at 6:37 PM

Kalau saman tidak dibayar dengan wang maka tidak timbul isu duit 'kopi susu'. Kalau asalnya, saman untuk mendidik pengguna akar berhemah sebaliknya disebabkan setitik nila, rosak pula susu sebelanga. Fikir-fikirkan.

....................
Reply To This Comment ...................
February 17, 2011 at 7:22 PM

Salam Bro Azli - ya, jalan 'singkat' akan jadi pilihan ramai. mengelak beban yang berat menjadi justifikasi kepada rasuah.

salam anon 6:04pm - Kerja kebajikan adalah satu idea bagus. Tapi saya yakin kerajaan amat mengharapkan sales itu.

salam anon 6:37 pm - jujur ya, dalam keadaan saya yang tak berduit, dibuatnya kena saman, saya akui saya pilih rasuah. Bukan untuk mengayakan diri tapi nak lepas dari beban yang tak tertanggung. Jangan marah ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2011 at 5:53 PM

Salam bro Azli.... ini pendapat saya la... Polis dan JPJ tidak ada hak untuk blacklist lesen. sebabnye.
1. Ordinance Lalu lintas menyatakan " Memandu melebihi had laju" maksudnya orang yang bawa kereta tu yang pandu laju, dan bukanya kereta. yang dia tembak adalah kereta. jadi yang jadi mangsa adalah tuan punya kereta.
2. Katakan saya guna nombor orang lain dengan menggunakan kenderaan yang sama dengan kereta kita. ini dah jadi kes nyanya.
3. Saman yang dihantar adalah melalui pos. procedure serve saman adalah by hand..dengan menyatakan kesalahan ketika itu juga.
4. katakanlah imej yang dirakam tu muka kita. siapa yang boleh sahkan itu adalah kita. sama tapi tak serupa...... kes ini dah berlaku kat UK dan hakim bebaskan kerana katanya kerajaan mengambil untung atas rakyat sendiri.
sekarang ni kita malas nak masuk mahkamah dan nak bayar peguam, turun naik mahkamah just sama RM300. habis duit je.
tak tau lah apa nak jadi dengan peraturan ( bukan undang-undang) yang dibuat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 9, 2011 at 8:58 AM

Kalau tak nak bayar saman jangan lah di saman, supaya tidak di saman ikutlah undang-undang dan peraturan, sabar itu subur hilang sabar keluar jubur, semua salahkan orang sendiri salah tak tau, jangan ikut perasaan, tambah iman.

....................
Reply To This Comment ...................
June 6, 2011 at 9:02 PM

salam... tumpang lalu....
hah bro peduli.. klau flying kick hang x makan saman... meh aku tachap kt dorang sket.... hahaha...

....................
Reply To This Comment ...................
December 9, 2013 at 8:06 PM

saman tak bersain ni patut dimansuhkan.. ni sume dosa.. fitnah pada org2 tak bersalah.. kerana kita pun tak tahu dia betul atau salah.. jadi benda ni tak patut.. hasil dari ini lah.. jalan pun tak tahan lama, sana bocor sini bocor, negara tak aman, ada je masalah besar.. takkan nak tunjukkan klcc runtuh kot baru nak sedar..

Post a Comment