Persaingan Peniaga Melayu - Cina. Kisah Benar.

Wednesday, March 24, 201032comments

Saya ingin nukilkan disini satu kisah benar yang SEDANG berlaku di sebuah pantai peranginan terkenal di Pahang. Bukan kisah sekodeng ya ... tapi kalau ada permintaan, ada juga yang menarik :) Satu contoh kecil, kira mikro la, tentang Melayu dalam dunia perniagaan.

Dah namanya pantai peranginan, biasanya perniagaan cenderahati lah yang banyak. Takkan nak jual beli ekzos motor pulak. Adalah 10 orang peniaga yang terlibat dalam perniagaan souvenir ni di situ. Semuanya Melayu. Dua orang punya kedai yang agak besar dan yang lain kategori kecil - sederhana. Produk jualan meliputi kain baju bercirikan pantai, keychain dan pelbagai handikraf biasanya barangan dari Indonesia, Thai dan China. ( satu isu juga ni, perasan tak kemana saja kita pergi melancong diMsia, pastinya barangan luar yang banyak dijual )

Perniagaan mereka bermusim seperti hotel2 dimana jualan berkait rapat dengan waktu cuti. Rata2 mereka mengatakan jualan masih cukup makan walaupun jualan berkurangan dek keadaan ekonomi yang tenat. ( takpe, sabar jelah... kdnk nak naik 6% ) Persaingan sesama sendiri pasti ada. Tikam menikam, cucuk, kutuk mengutuk tu pun standardlah. So far... ok.

Produk jualan hampir sama semuanya, kerana pembekal/supplier juga sama. Dan salah seorang supplier utama adalah seorang cina dikuantan. Kita gelar dia Lim untuk senang ikut. Lim juga punya kedai souvenir yang besar dikuantan. Disamping itu, Lim juga menjadi pembekal utama produknya di pantai timur, dari Tioman hingga ke Pulau Redang. Dengan modal tebal, Lim mengimport sendiri dari China dan Thailand. Tak pakai orang tengah.

Balik ke pantai tadi.... ada satu lagi watak, kita namakan Ayu, sudah berkeluarga dan punya 2 orang anak yang masih kecil. Lakinya tak bertanggungjawab dan terserah kepada Ayu untuk mencari rezeki buat keluarganya. Ayu punya kedai kecil menjual souvenir tapi bukan di kawasan pantai yang saya ceritakan diatas. Agak jauh sikit, jadi Ayu ni pun ada mata, telinga... dengar dan lihat sajalah kawan2 peniaga lain buat duit masa2 cuti. Teringin juga nak buka kedai di sana tapi apa kan daya, bukannya ada modal.

Dua bulan lepas peluang menghadirkan diri kepada ayu.. ada sebuah kedai kosong dan tuannya offer pada ayu untuk disewakan. Waktu sama, Lim juga ada minta ayu carikan satu kedai kosong dikawasan pantai untuk 'joint venture'. Selama ini Lim amat prihatin dengan pergerakan jualan borongnya kepada customer. Dia dapati peniaga2 dari pantai diatas banyak membeli dikedainya, dan Lim sendiri pernah recce tempat itu. Dan memang telah terbukti dimana saja yang banyak bisness, Lim akan buka sendiri kedainya disana. Tidak puas dengan hanya sebagai pembekal, Lim mau kuasai sepenuhnya pasaran melalui runcit pula. Lagi untung ma...

Ternyata ia satu potensi yang amat baik bagi Lim. Cuma masalahnya tempat itu semuanya Melayu. Pasti masalah kalau orang cina pertama masuk. Dan melalui cerita2 Ayu yang beberapa kali kekedainya, Lim telah jumpa satu peluang untuknya masuk ke pasaran pantai itu.

Kini kedai baru yang dipunyai Melayu, disewakan kepada Melayu tapi barangan semua kepunyaan cina telah beroperasi sepenuhnya dikawasan perniagaan yang selama ini dikuasai Melayu. Walaupun baru 2 bulan, tapi kesannya telah mula dirasai peniaga2 Melayu yang ada disana. Pelbagai produk, pelbagai pilihan dan paling ketara, harganya yang jauh lebih murah dari mana2 peniaga Melayu.

Tidak hairan kalau Lim akan mula mencari tapak yang lebih besar atau paling tidak satu lagi cawangan dipantai yang sama.

Persoalan :

1 - Salahkah Ayu mencari duit lebih sebagai proxy atau alibaba ? Dia sememangnya kesempitan, dan bukan ada sesiapa nak tolong kalau dia susah. Ayu perlu fikirkan survival keluarganya juga.

2 - Dalam demokrasi dan dunia perniagaan yang terbuka, tidak salah kalau Lim berniaga dimana saja. Tapi bagaimana nasib 10 orang peniaga Melayu yang pastinya tidak mampu bersaing dengan Lim baik dari segi produk mahupun harga. Apa pendapat pro ekonomi liberal tentang nasib peniaga Melayu disana ? Nak buat macamana, best man wins ? Nasibla...

3 - Bagaimana harus ditangani niat Lim untuk berniaga disana ( sebelum dia buka )

4 - Bagaimana harus ditangani sekarang setelah 2 bulan dibuka dan jelas memberi kesan negatif pada peniaga Melayu lain ?

Senario diatas adalah satu contoh mudah bagaimana cina dengan mudah menguasai dunia perniagaan. Bukan teori lagi dah, tapi benar2 dan sedang berlaku. Jika dibiarkan, akan berkuburlah peniaga Melayu disana. so mereka yang bijak pandai, yang memperjuangkan ekonomi yang liberal - bagaimana ?

Tidakkah a level playing field itu penting untuk persaingan yang sihat ? Apakah Melayu se level dengan cina ketika ini ? Tanpa sebarang protection, Melayu akan hancur ! Makanya teramat penting MEB Najib mengekalkan semangat DEB. Period.

Share this article :

+ comments + 32 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2010 at 3:38 AM

tanah melayu br merdeka dlm 50 tahun.
so..tamaddun melayu br berusia 50 tahun.
chinese civilisation berusia lebih dr 5,000 tahun.
therefore in general..hw in the world can there be a LEVEL playing field between MALAY & CHINESE??
Y 13th Mei exist??
Y DEB kata for every 10 pintu kedai(shoplots)..pls let 3 of it occupied by Malay??
no doubts mmg ada chinese yg tergolong dlm "pendapatan rendah"..
BUT let us face reality..let us do the counting..let us look at the statistic..let us look at the percentage..
would all these numbers lying??
simple..in general bayangkan a civilisation yg br berumur 50 tahun didesak to compete based on merit against an old & fully matured civilisation yg da berusia more than 5,000 yrs old.
as of today even the west hv to kow-tow with China..what more can we say what's happening in M'sia..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2010 at 6:27 AM

org melayu perlu BERSATU!!
BERSATU!! BERSATU!! dan BERSATU!!!..
hanya dengan bersatu yg mampu menaikkan taraf org melayu dan ummah...

....................
Reply To This Comment ...................
March 24, 2010 at 7:50 AM

Persaolan yang menarik tetapi penyelesaiannya kabur dan berterabur kerana teori dan pratikal serta logik takkan sama di atas kertas dan di atas tanah.

Ia bukan satu fenomena baru, bukan sahaja berlaku di pantai tetapi juga di kampong di bandar di negeri dan di Malaysia serta dunia. Ia nampak monopoli, sabotaj tetapi ia adalah persaingan sihat yang sakit dan tidak adil.

Semuanya akan berubah jika perniaga ada strategi dan kreativiti. Antaranya:
1) Tukar kepada pembekal lain.
2) Produk yang ada kelainan dari segi kualiti dan jenis supaya tidak dalam persaingan yang sama.
3) Orientasi pembeli dan pengguna dari segi ramahmesra, harga yang berpatutan dan tawaran istimewa lain.
4) Membanyakkan penekanan produk tempatan.

Orang Melayu harus menggunakan pemikiran politik dengan strategi dan kreativiti untuk bersaing dengan ilmu ekonomi kaum lain.

Itu pendapat saya.

....................
Reply To This Comment ...................
March 24, 2010 at 11:06 AM

Terimakasih anon 3:38 , Kenn, dan anon 6:27

Kluangman, Tujuan saya nukilkan disini adalah untuk beri peluang mereka yang bijak pandai menghulurkan pendapat bagaimana hendak menangani masalah REAL, bukan lagi teori. Kerana yang menerima akibat adalah Melayu yang wujud, bergantung hidup dan menghadapi masalah diatas. Bukan hypotetical lagi.

Perniagaan runcit boleh diumpamakan seperti 100% pulangan/ekonomi yang ada, tanpa adanya peniaga cina, 30% ekonomi ditangan Melayu iaitu perbezaan borong dan runcit.

Lim punya ruang 70% untuknya bergerak tapi masih tidak puas hati. Masih mahukan peluang baki 30% itu juga dibuka untuknya.

Pendapat bro keatas 4 persoalan itu bagus, tapi dalam dunia realiti di pantai atau dimana saja, hanya tinggal teori yang bagus saja.

1- Ayu yang kesempitan, dioffer duit contohnya rm1000 untuk tumpang nama,bukannya jenayah... takkan tak nak ? Bukannya along atau pinjaman yang terpaksa dibayar balik.
2- Jika ada pun produk lain, pastinya pembekalnya akan jual sebanyak mungkin dan kepada seramai mungkin peniaga. Akhirnya, semua peniaga jual yang sama juga. Dan cina kalau bendanya bagus, akan ciplak produk itu di China (kenyataan). Talk about copyright to them peniaga kecil !
3- Pembeli yang majoritinya Melayu kepentingan utama adalah harga, kalau dah barangannya sama.
4- Setakat nilah, belum ada produk tempatan yang dapat menyaingi import dari segi kualiti dan kos dan menepati kehendak pelanggan.

Susah kan .. tapi itulah realitinya...

....................
Reply To This Comment ...................
March 24, 2010 at 11:12 AM

MARA atau agensi lain kena tubuhkan syarikat yang membuat barang-barang souvenir untuk dijual kepada peniaga-peniaga Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
March 24, 2010 at 3:09 PM

Salam Mae,

Saya pasti agensi2 berkenaan telah dan akan terus membuat seminar/bengkel kearah itu.

Tapiisu disini adalah persaingan antara peniaga2 Melayu yang biasanya modal kecil dengan cina kaya yang memasuki kawasan Melayu dan dalam masa singkat membungkuskan peniaga2 Melayu.

Bagaimana tanpa pengawalan atau perpaduan Melayu, cina dengan senang mengambil alih satu2 kawasan perniagaan yang asalnya dikuasai Melayu.

Biasa dengar kan komen - 'kawasan bandar semua cina'. Nah ini contoh yang sedang berlaku , in the process kata orang. Tak pun, 'on the way'.

Bagaimana nak halang ? entahla.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2010 at 5:42 PM

Tidak ada so'al level playing field sebab itu tidak akan timbul diantara Cina dan Melayu berpuluh puluh tahun dari sekarang. Mana ada nampak kedai Melayu dishopping mall besar-besaran diKL dan lain-lain bandar besar? Tak sedar ke?

Business kan bersaing, competition, bermati-matian. Pernah dengar perkataan Inggeris "the killer instinct" yang dimahukan pada eksekutif korporat antarabangsa mahu pun tempatan? Selagi boleh, depa bunuh perniagaan yang bersaing. Itu fasal diAmerika ada anti-trust, anti-monopoli laws. Depa yang besar gugup syarikat yang kecil, depa panggil merger la, management buy-out la, take-over la, reverse take-over la, masuk belakang la, main belakang la ... oops silap taip, ma'af tuan.

DiMalaysia pun banyak berlaku sejak 1980an. Dikampong aku dulu, koperasi Melayu kampong coba jual beli kelapa, buka kedai runcit. Tahu apa tokeh China kampong tu cakap? Jangan lawan saya la, nanti saya boleh lawan harga tak lama lu punya tutup, lugi. Koperasi dan kedain runcit tu dah lama mati.

Mana ada diseluruh Malaysia ini satu apa perniagaan yang Melayu kontrol - sama ada bahan mentahnya, pengkilangannya, pegagihanya, peruncitnya? Kerepek pisang pun tidak - minyak beli dari siapa, lepas dikilang jual kapada siapa, dikedai siapa? Memang ada gerai Melayu tapi ada distributor dan sub-distributor ke? Apa yang Melayu ada impot kemudian ada pemborong Melayu, ada pengagih Melayu, sampai keperuncit? Tak ada satu bahan yang semuanya Melayu dari impot hingga runcit - impot bawang pun tak ada rangkai atau linknya dengan pemborong Melayu, pengedar Melayu dan rangkaian peruncit Melayu.

Bila tak ada saperti itu, disana sini bangsa lain boleh cekik. Macam-macam cara boleh cekik. Contohnya, lambatkan bayar, lambatkan supply, taruhkan dibahagian belakang (ada komplen supermarket buat gitu untuk kerepek dsbnya beberapa bulan lalu), janji collect tapi tak collect, bermacam-macam lagi.

Mana boleh nak open competition, nak ketepikan atau cairkan DEB? Tak boleh. Mengarut. Menjahnamkan Melayu jika buat demikian.

Abu.

....................
Reply To This Comment ...................
March 24, 2010 at 6:00 PM

Salam Dinturtle;

Orang Melayu jenis ini ... hujjahnya ialah ... apa nak buat? ... nak survive!!! Ko pun, kalau di tempat aku buat macam itu jugak!!!

Maka dijawab: Mat ... nak survive punya pasal ... dedahkan sedarah sedaging kepada risiko kepupusan? Secara tak langsung, ko tutup periuk nasi sedara-sekerabat. Sepatutnya Mat ... ko ni bukan sahaja berguna kepada diri sendiri sahaja ... malahan berguna kepada sepupu-sepapat. Tapi Mat Melayu jenis ini bukan sahaja tak berguna kepada diri sendiri ... malahan menceburkan sesama bangsa kedalam kesusahan ...

Perbuatan Mat ini tak ubah dengan budaya Ali-Baba ... budaya yang menyebabkan DEB dipandang buruk ... dan nak diganti dengan apapa ntah. Tak ada harga diri. Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

....................
Reply To This Comment ...................
March 24, 2010 at 8:45 PM

Salam Abu,

Ya, saya setuju. Baru tadi Najib kata akan umumkan hujung bulan ni MEBnya. Tak sampai 1 minggu lagi nasib Melayu dihujung tanduk, namun rata2 Melayu masih sibuk dengan politik sesama Melayu.

Berapa sangat blog yang bicarakan hal MEB ni? Mungkin Melayu percayakan Najib, serah bulat2 ke dia. Nak kata apa lagi..?

....................
Reply To This Comment ...................
March 24, 2010 at 9:00 PM

Salam Tuan Dal,

Tuan maksudkan 'Ayu' dalam cerita saya kan ? Jujur, dalam nak marah ke ayu, ada juga kesian. Mungkin disini juga perlunya Melayu Bersatu, bukan hanya sebagai benteng serangan cina juga dalam menjaga kebajikan sesama Melayu.

Bayangkan peniaga2 diatas semua bersatu, saling membantu, malah menolong Ayu dalam memulakan perniagaan kedai barunya, mungkin Ayu tidak akan menjadi alibaba kepada Lim ?

Hmmmm... tapi berapa ramai pula peniaga Melayu yang sanggup menolong mewujudkan pesaingnya sendiri ?

Melayu perlukan satu Revolusi Mental bukannya Meb ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
March 24, 2010 at 11:09 PM

Salam Din.

Pity the Malays. They are in their land, their Nusantara, but they are being bullied by aliens who arrived from foreign countries. Instead of uniting and helping each other, the Malays prefer to play politics among them, even for trivial matters.

In my humble opinion, there should be a complete overhaul of the system and the Malay psyche and mentality should change. If the government is really sincere with helping 'anak anak pribumi' to move forward, then a kind of control should be implemented somewhere, somehow ....I agree that if there is no control, then small Malay businesses like what you mentioned above will be eradicated in due time. What a sad Malay Dilemma, Din...

Thanks for the article. It is informative and heart rending at the same time.

....................
Reply To This Comment ...................
March 24, 2010 at 11:34 PM

Salam Zaza, thanks for dropping by. See guys, orang perempuan kalau komen main perasaan.. they feel the problems. Ni tau nak bantai je...:)

We can talk and discuss, after 30/3, discuss some more.. at the same time those 10 Malays and many others with the same dilemma elsewhere, are dealing with the problems face on. And their livelihood on the line.

What can we do ? Nothing ! And to those Malays opting for more open market/open competition, those Malays would just be ...what? collateral damage ? Tell that to them upfront !

Terimakasih zaza...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2010 at 11:45 PM

Beli saya dari supplier lain. Lim tak salah perilakunya. Tetapi ianya mengujudkan situasi "channel conflict" atau pun "percanggahan saluran". Barangan Lim disampaikan ke konsumer melalui channels (saluran2 = penjaja Melayu sedia ada). Bila dia masuk ke pasaran itu, maka wujud persaingan yang memudaratkan saluran2 sedia ada. Maka resolusinya adalah Lim bersetuju jual harga lebih tinggi atau pun sama, tak boleh diskaun, atau pun undur diri. Kalau tidak, tukar supplier. Situasi ini tak ada kena mengena dgn Cina ke Melayu ke apa. Ini isu komersil.

Selebih itu, di negara maju, ada undang2 yang menegah kegiatan yang boleh "melingkupkan" persaingan dan mengujudkan monopoli seterusnya. Ini tugas kerajaan. Tak guna MARA ni, MARA tu, DEB ni, DEB tu. Cina budaya 5000 tahun tapi tauke2 umur mereka sama dgn tauke Melayu. Jangan pakai alasan. DEB membunuh instinct Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
March 25, 2010 at 12:29 AM

Salam anon 11:45,

Dalam konteks cerita ni, supplier Melayu tak sanggup buka kedai yang sama atas dasar sama2 cari makan dan Tapi tidak bagi seorang peniaga cina seperti Lim dimana keuntungan mengatasi segalanya. Maybe its Lims personal fault for being greedy and so happens hes chinese...

Fact is, Lim ada kelebihan dan dia gunakan kelebihan itu untuk mengatasi pesaing dengan jual murah. Tukar supplier lain pun tak guna sebab faktor kos yang lebih tinggi tetap sama. Lim adalah direct importer.

On paper memang nampak senang untuk atasi tapi in real life, totally different.

Satu lagi, my main point adalah bagaimana keadaan tidak level itu pasti akan menghancurkan Melayu jika pasaran dibuka. Tanpa mengambilkira keupayaan untuk bersaing dipihak Melayu, tanpa sebarang kawalan atau protection, mereka yang lebih kaya akan bulldoze their way. Tekalah Melayu dan cina disebelah mana ?

DEB membunuh instinct Melayu? To a certain extend i agree. Kerana saya lebih berpegang pada -sesetengah Melayu yang bertanggungjawap melaksanakan dasar2 DEB telah lalai dan mereka yang bersalah. Juga Melayu yang telah maju tetapi lupa akan tanggungjawap untuk membantu kaumnya sendiri untuk maju sepertinya... mereka ini yang bersalah bukannya DEB.

Apakah dengan menghapuskan DEB Melayu akan maju? In a level playing field - Yes! Tapi pada waktu sekarang (walau setelah sekian lama), tika Melayu sudah mula belajar bersaing mungkin waktu itu Melayu sudah hilang segalanya.

Makanya saya berpegang kepada pengubahsuaian DEB seperti menerapkan daya saing, tapi masih mengekalkan kawalan2 terhadap hak2 Melayu yang ada.

Terimakasih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2010 at 2:47 AM

Siapa cakap DEB membunuh instinct Melayu? Apa buktinya? Dengan cara macam mana membunuh instinct Melayu? Nampaknya kamu cakap melalui hidung. Orang main golf pun ada "handicap"nya.

Tahukah kamu dinegeri Cina pun ada handicap diberi kapada orang Cina? Maharajah Manchu, kuasa asing dari Manchuria yang menawan dan mmerintah negeri Cina beratus tahun hingga awal abad 20 (Manchuria menjadi sebahagian negeri Cina hanya salepas Perang Dunia Kedua) memberi penduduk diselatan negeri Cina 25% quota tempat dalam perkhidmatan awam kerana mereka dianggap tertinggal dibelakang yang lain. (Ada buku sejarah ditulis seorang Professor mengatakan demikian - kalau mahu nama, tajuk dan sebagainya, sebutkan disini dan saya boleh cari dan sebutkan kedmudian). Mengapa Cina diMalaysia yang berasal dari selatan China tak boleh terima sistem quota disini?

DiAfrica Selatan dan Kanada orang Cina adalah diantara mereka yang kebelakang dan diberi pertolongan khas. Mengapa mereka diMalaysia tidak boleh terima DEB? Mereka mempunyai kontrol diatas ekonomi negara. Berpatutanlah.

Siapa yang punya monopoli dinegara ini - cakaplah. Jangan chauvinistic atau rasis sangat. Cina sekarang mempunyai peratus kekayaan melebihi apa yang dianggarkan ditahun 1970. Melayu hanya 18% kekayaan korporat, belom lagi cakap fasal kekayaan dalam bidang ekonomi lain. Berpatutanlah.

Jangan melulu cakap "Tak guna MARA ni, MARA tu, DEB ni, DEB tu." Ini cakap kasar. Melayu tak suka, tentu marah. Kamu yang sudah diberi kerakyatan, retilah berterima kasih Melayu sudah setujukannya dimasa Merdeka. Kalau kamu perso'alkan DEB, Melayu mungkin perso'alkan kerakyatan cucu cicit kamu. Ini tak baik.

Apa maksud kamu cakap "Cina budaya 5000 tahun tapi tauke2 umur mereka sama dgn tauke Melayu."
Sejarah bertulis negeri Cina hanya 3,000 tahun. Kalau mahu ikut kajian archaeology dan sebagainya, budaya Melayu lebih lama, hingga 6,000 - 7,000 tahun. Bacalah buku "Tamadun Alam Melayu atau "The Malay Civilisation" yang diterbitkan oleh The Historical Society of Malaysia, 2007.

Dibuku itu juga kamu boleh tahu bahawa budaya Melayu sejak beribu tahun adalah "berdagang" atau "barter trading", bukan "berniaga" atau "profit taking culture". Juga, dimasa 80 tahun British memerintah diMalaya, British bantu Cina sahaja dalam perniagaan, beri lesen itu lesen ini, tanah lombong itu, tanah lombong ini, tidak ada bantu dan tidak galakkan Melayu berniaga sebab mereka mahukan Melayu jadi petani dan penangkap ikan selama-lamanya. Ini ada bukti dalam sejarah - Professor Zainal Abidin Wahid, UKM, sudah buat kajian dan bentangkan buktinya diKongress Sejarah ditahun 1978. Jadi, apa mahu banding tokeh Melayu tokeh Cina sama umur berniaga? Tak masuk akal, tahu tak? Jangan ikut cakap sesuka hati sahaja. Berpatutlah kamu.

Nono.

....................
Reply To This Comment ...................
March 25, 2010 at 8:00 AM

Nono,

Saya nak tulis macam tu lah semalam, tapi tak jumpa ayatnya :)

Oya. saya baru terfikir satu lagi. Kalau kita melihat kes diatas secara individu, mungkin boleh diterima ia sebagai isu komersil semata, peniaga yang tamak masuk pasaran dan menggunakan kelebihannya untuk mengaut keuntungan at the expense of peniaga2 lain yang telah lama disana.

Tapi sejarah telah membuktikan kita tidak dapat lari mengaitkannya dengan perkauman. Tak perlu ketahap Raja Manchu, maksud saya lihat saja dimana2 saja tempat2 perniagaan tumpuan di Msia... siapa yang memonopoli ?

Dalam konteks berkaitan, saya pernah ke Langkawi 20 tahun dulu, waktu jetinya cuma bangunan kecil. Bandar Kuah baru nak naik dan masih ramai peniaga Melayu disana. Tapi kini ? Langkawi makin maju, Kuah makin besar tapi majoriti peniaga siapa sekarang ?

Belum lagi cerita di Penang. DiGeorgetown apalagi di Batu Feringghi. Cuba Melayu buka gerai di Batu Feringghi, tengok macamana peniaga2 lain layan. Yang kebetulan juga cina2 yang tamak yang telah menganggap mereka lebih berkuasa dari kerajaan.

Di bandar2 besar pula ? Pernah baca keluhan peniaga Melayu yang mampu bersaing dengan cina tapi telah di anak tirikan dengan pelbagai karenah supaya keluar dari premis diKLCC ? Kebetulan juga peniaga2 lain semua cina..

Setelah beribu kali kebetulan dimana2 tempat, kini satu lagi kebetulan baru hendak berlaku disebuah pantai peranginan diPahang, kita masih memberi muka dengan alasan ekonomi ? Ya, memang faktor ekonomi dan masih kebetulan juga peniaga yang gagah itu orang cina yang tamak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2010 at 2:16 PM

Melayu malas, tak kreatif, tak suka berusaha,suka duduk dalam keadaan selesa, tak boleh terima tekanan dan byk lagi....
kita amik contoh kedai runcit acheh yang semakin berkembang di sesetengah kawasan di dalam selangor. bukan peniaga melayu jer yang bungkus, malah peruncit cina pon bleh bungkus di buatnya... siapa golongan acheh nie?? kaya sgt ker?? berjaya sgt ker mereka di negara asal?? tidak.. sebyah daerah di indonesia yang baru sahaja di landa tsunami... mereka tiada ape2.. cuma mereka bersatu bersama mereka kalau dalam sesuatu kawasan perumahan di kawasan saya, bukan sebuah kedai runcit yang di buka tapi 3 - 4 buah kedai di satu kawasan... mengapa mereka boleh berjaya?? supplier yang sama cina jugak?? soal nya sekarang diri sendiri dan melayu mesti bersatu.. bukan jaga periuk nasi sendiri, org lain pergi mampos... itulah prinsip melayu.. dah senang tolong lah yang baru nak berniaga nie... ini tidak bukan tolong, amik kesempatan lagi ade... fikir-fikirkan..

....................
Reply To This Comment ...................
March 25, 2010 at 2:32 PM

Salam bro din ;

Banyak sangat diperkatakan oleh suara2,blogger2 dan sebagainya mengenai DEB ni dan puratanya akan dengan tajamnya mengeluatkan perkataan

'alaa..sampai bila melayu nak duduk bwh ketiak kerajaan?'
'ala..sampai bila melayu nak belajar berdikari?'
'ala..sampai bila takut nak lawan bisnes cina?'
.........dan mcm2 ala lagi..

Maaflah..bagi saya mudah. Tak kira peratusan,statistik kekayaan melayu seimbang atau sudah lebih dari kaum cina dan lain2 dimasa akan datang pun..saya tetap akan memohon agar KEDAULATAN HAK MELAYU DI PELIHARA!

Sy bukan cakap atas dasar perkauman dan sebagainya tetapi atas dasar prinsip.Prinsip asas sebagai tuan rumah.Tuan tanah.Walau sebesar mana rumah/tanah saya,saya lah yg tetap berhak diatasnya.Betul?Setuju?

Saya nak buat rumah atas tanah saya nak bagi kumar ke, mei ling ke,amran ke,..terpulang pada saya.Janji hak tanah tu sepenuhnya kat saya.Ini bukan racist.Prinsip.

Persoalan yang nampak seperti motivasi iaitu 'bila melayu nak blaja berdikari?' tu adalah ungkapan sinis/sarkastik yg mana kita memperjudikan nasib BANGSA MELAYU.

Saya ulang.walau maju/berjaya/kaya mana pun melayu...jangan diusik hak melayu.Kesian kat melayu,ini tanahnya,rumahnya.

Jangan cepat melatah dek herdikkan orang,nanti langkah sumbang,gerak dapat dibaca,mudah diserang...kan dalam silat dah diajar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2010 at 3:44 PM

Beberapa saranan yg mungkin boleh membantu:

a) 10 peniaga Melayu bersatu, negotiate dengan Lim untuk mendapatkan harga rendah. Kalau dia tak nak beri, either cari pembekal lain atau mereka import terus dari China. Melayu kena "think big" dan ada semangat "Melayu Boleh"

b) Buat kempen "Buy Chinese Last". Again, Melayu mesti bersatu untuk menjayakan kempen ini dan peniaga2 Melayu mesti ada "customer service" yg baik dan barang2 yg berkualiti DAN yg paling penting JANGAN TIPU CUSTOMERS. Jika sales girl/man muka bertangkup & mulut celupar dengan customers - jamin takkan berjaya kempen ni.

Kita mesti ingat yg kita ada numbers. 60% populasi Malaysia ialah Melayu. Logiknya tak ada perniagaan Cina yg boleh betul2 berjaya tanpa sokongan dari orang Melayu. Jadi kenapa kita "play victim"?

Kitani sebenarnya kuat jika kita bersatu. Seperti firman Allah, takkan diubah nasib kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri. Usaha dan tawakkal tangga kejayaan. Sentiasa ingat yg Allah lah pemberi rezeki, bukan kerajaan Malaysia.

M.Khalid

....................
Reply To This Comment ...................
March 25, 2010 at 3:53 PM

Salam Anon 2:16,

Terimakasih. Mungkin Melayu begitu kerana terlalu selesa dan masih tidur.... atas kita yang telah sedar ni lah pula untuk sama2 mengejutkan mereka.

Salam anak,
Terimakasih saudara... satu perkara baik berblog ni, kita sedar ramai juga yang satu kepala ngan kita. Bukankah cara Najib - nak lihat dulu reaksi rakyat, jadi sama2lah kita tunjukkan pada Najib apa yang kita mahukan.

....................
Reply To This Comment ...................
March 25, 2010 at 4:01 PM

Salam M.Khalid,

Terimakasih. Ya, apapun akan balik kepada isu perpaduan Melayu. Kenapa ya Melayu ni susah ngat nak bersatu ? Kalau borak2 tu semua pandai cakap Melayu kena bersatu, tapi realitinya menyedihkan.

Sapa2 yang baca, silalah berikan satu contoh dimana yang ada perpaduan peniaga2 Melayu. Kalau ada, ia perlu diketengahkan agar boleh dijadikan contoh kepada semua !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2010 at 7:05 PM

salam bro din,

saya simpan dulu citer generasi dulu & skrg, nak citer pasal generasi yg akan datang.

usaha sdg dijalankan utk terapkan nilai2 melayu kena bersatu dan menguatkan jaringan.

perniagaan skala kecil telah dimulakan di mana pelajar2 ipt menjalankannya. modal disediakan, pelajar tinggal nak jalankan saja.

sekarang perniagaan itu dah ada cawangan2 di tempat lain. pelajar2 ini juga telah menyediakan peluang perniagaan hiliran utk pelajar2 lain yg berhajat utk jadi Usahawan Pelajar. di mana sebelum ini, barangan atau bahan utk berniaga di ambil dari cina, skrg, projek hiliran pula jadi pembekal kepada perniagaan ini dan cawangan2nya.

sekarang usahawan2 muda ini telah ada kelebihan kewangan, dan boleh membantu junior2 yang nak berniaga. yang manisnya, mereka tidak menyusahkan ibubapa utk minta duit belanja lagi, ada yg hantar duit pula ke kg.

apa yg saya nak tekankan...org sekarang banyak pantang larang. tu yg tak bergerak kemana2.

saya mulakan program latih pelajar jadi usahawan pelajar dgn tidak kenal sesiapa pun di antara pelajar2 itu. pantang larang pertama saya langgar - letak kepercayaan pada pelajar ini.

skrg pelajar2 ini pula letak kepercayaan kepada pelajar2 lain yg nak jadi pembekal mereka.saya seronok bila pelajar yg nak jadi pembekal dibantu oleh mereka utk mulakan perniagaannya.

harapan saya, generasi akan datang ini akan lebih bersatu dari generasi skrg. we can't change the current generation, let concentrate with the next generation.

....................
Reply To This Comment ...................
March 25, 2010 at 8:52 PM

Salam cikgu/ anon 7:05,

Pada 8 Jan yang lalu saya ke Batu Buruk untuk turut sama berdemo menentang penggunaan Allah oleh penerbitan Kristian Herald, saya berkesempatan bertemu dan berbual dengan sekumpulan anak muda dari sebuah persatuan silat dari daerah Merang. Apa yang menyentuh perasaan saya adalah adab, budibahasa dan hormat yang budak2 ni tunjukkan kepada ketua2 mereka dan sesiapa saja yang lebih tua.

Satu perasaan bangga timbul dan tika itu saya yakin, Takkan Melayu Hilang diDunia !

Dan perasaan yang sama timbul bila saya baca komen cikgu.Tahniah cikgu ! Bukan nilai wang ringgit yang diutamakan tapi pembentukan sikap dan mentaliti positif yang dapat dibentuk dari pendedahan dan pengalaman itu yang penting.

Usaha cikgu bagi saya jauh lebih bermanafaat kepada Melayu dari program taman kuda Najib. ( apakenamanya tu ....ekuin, ekuine ke ekuinas? )

Jika tak keberatan, saya harap cikgu dapat emailkan program tersebut, saya minat nak tahu lebih lanjut. dinturtle@hotmail.com

Terimakasih cikgu, dari saya mewakili Melayu yang lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2010 at 1:35 PM

Nono. Sebelum melenting, bacalah komen2 yang terdahulu. Tak baik macam tu. Kalau nak baca sikit, jangan senang melenting.

Kalau nak berniaga, kenalah menggunakan inisiatif untuk mempertahankan diri. Kalau nak salahkan orang lain, seribu dalih. Kalau nak sukses, nescaya seribu daya.

Jadi, pada saya si Lim tu "soft target". Lepas tu pulak, diperbesarkan permasalahan itu sehinggi merangkumi semua orang Cina di Malaysia. Lepas tu, lega rasanya sebab rasakan diri tak bersalah. Orang lain punya pasal. Pakai je satu perkataan: "Cina". Senang kan? Buat apa pandang cermin cari apa yang salah dengan diri sendiri! Orang Cina soft target. Hentam aje.

Macam mana nak maju macam ni. Yang lagi satu cakap Melayu 60%. Boikotlah. Kalau dia buat tak betul dan boikot tu mendatangkan kebaikan, siapa peduli Cina ke Melayu? Faham? Setahu saya, kalau Cina pun, dia akan beli dari Melayu sekiranya value for money. Tak kisah pun bangsa dia. Jada jangan nak sibuk sangat nak salahkan orang Cina aja.

Itu saja.

....................
Reply To This Comment ...................
March 26, 2010 at 2:55 PM

Salam anon 1:35 dan cil

Ya, inilah dia kenyataan hidup. Seperti kata cil, yang ada ialah keupayaan, kemampuan dan kekuatan diri sendiri sahaja yang mampu menentukan survival diri.

Best Man Wins !

Survival of the Fittest !

Saya juga teringat satu wawancara Mingguan Malaysia dengan TDM tahun 2002 dulu dimana TDM melahirkan kekecewaan terhadap Melayu yang masih tidak mahu berubah walau telah dibantu sekian lama.

Tapi saya yakin setiap orang Melayu mahukan yang terbaik untuk bangsanya sendiri cuma pendekatan yang berbeza.

1-Apakah kita mahu teruskan dasar2 DEB dalam MEB ?
2-Atau kekalkan tapi dengan perubahan supaya Melayu berubah sikap
3- Atau kurangkan supaya Melayu cepat sedar dan berubah sikap
4- Atau mansuhkan terus ?

Apakah Melayu sudah bersedia dalam pasaran terbuka ?
Atau kita biarkan saja market forces yang menentukan segalanya ?

Bukan untuk bertekak, tapi untuk memahami point masing2. Mungkin saya boleh masukkan semuanya dalam satu post dan kita bincangkan lagi disana. Masih ada 4 hari lagi sebelum MEB diumumkan...

Terimakasih diatas komen tuan2.

....................
Reply To This Comment ...................
March 26, 2010 at 4:43 PM

saya terpaksa deletekan komen cil walaupun ia satu komen yang bagus. Ada sebabnya nama tempat diatas tidak dinyatakan, komen tidak boleh diedit hanya delete. Ia bukan teka teki untuk dijawap... apa yang penting adalah senarionya, yang dapat diaplikasikan dimana saja, yang kita jadikan topik perbincangan.

Terimakasih.

....................
Reply To This Comment ...................
March 29, 2010 at 10:35 AM

tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri china...

ni nabi kata, tak tau jom kita belajar bukan gaduh dengan orang cina...

Dalam sistem ekonomi kapitalis, yang berkuasa adalah pemodal, tak kira apa bangsa melayu cina atau india, (pemodal dalam cerita ni kebetulan cina)ia ni ibarat penjajah...teori dan praktikalnya sama iaitu menekan rakyat...yang kaya bertambah kaya yang miskin dan berhutang bertambah terbeban.

pesoalannaya, nak menangkan kaum kapitalis atau kaum marhaen (Ayu). Kalau ikut Islam wajib tolong orang yang susah, sebagaimana sirah nabi tolong kaum hamba, orang miskin dan fakir (arahan zakat dikeluarkan) dan yang cacat (kisah ibnu maktum yang buta) tak kira apa bangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
March 29, 2010 at 11:34 AM

Salam tuan Hamdan,

Persoalan kes ini ada di panjangkan diartikel2 dan komen2 selepas ni. Juga di http://nj-behindtheveil.blogspot.com/2010/03/edisi-khas-model-ekonomi-baru-meb.html

....................
Reply To This Comment ...................
March 30, 2010 at 9:24 AM

Salam Din

Senang saja, sourced our own .Avoid these bastards. (Remember how Tun teached the car importers with our kereta national. )

I dreamed of Pernas Edar. Bring it back. We sourced, manufactured or import whatever we need.

Buy Malay first.

This is purely business

....................
Reply To This Comment ...................
March 30, 2010 at 9:32 AM

Salam Mohamed,

Ya bro... kita patut hidupkan kembali Pernas Edar. Good idea ! Kalau tak boleh lawan one to one dari segi modal, then kita boleh juga guna konsep koperasi. I'll tell my source, kita serahkan pada empunya badanlah pula....

Terimakasih.

Post a Comment